10.29.2008

Rokok naik dah bah !!!! Ngerinyerrrr gambar ni..

. 10.29.2008


Malaysiakini Oct 29, 08 4:13pm
Harga minimum rokok mungkin ditetapkan RM6 sekotak menjelang akhir tahun ini sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.



Kementerian Kesihatan kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008, yang akan menyaksikan penetapan harga minimum bagi semua rokok yang dijual di pasaran tempatan.

Menurut Bernama, perkara itu dibincang dan dipersetujui semua pihak termasuk industri dan kabinet pada 17 September lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

"Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan harga rokok di pasaran adalah strategi paling utama dan amat berkesan sekali dalam usaha mengawal penggunaan tembakau, khususnya bagi generasi muda, iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah," beliau dipetik berkata hari ini.

Apabila harga lantai dikuatkuasakan nanti, peruncit yang didapati melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, katanya.

Mulai Jun pula, semua kotak rokok diwajibkan mempamerkan cetakan amaran kesihatan bergambar, maklumat kesihatan tentang bahaya kandungan rokok dan pernyataan larangan jualan kepada orang berumur bawah 18 tahun melalui pewartaan peraturan itu 15 September lalu.

Melalui pewartaan itu juga, tambah Liow, istilah-istilah seperti 'low tar', 'light', 'ultra-light' atau 'mild' adalah dilarang berkuat kuasa serta-merta.

Menurut agensi berita itu lagi, peraturan baru itu juga mengisytiharkan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok, termasuk kakitangan dan pelawat.

Penakrifan semula kawasan larangan merokok di kompleks beli-belah kini turut merangkumi kawasan kaki lima di sekeliling bangunan berkuatkuasa serta-merta.

Mengulas mengenai penguatkuasaan, Liow berkata tahun ini sahaja sebanyak 2,622 perokok telah dikompaun dengan nilai RM564,000 bagi kesalahan-kesalahan berkaitan, manakala 1,946 kes lagi dibawa ke mahkamah.




Dah kalau gian sangat sumbat je rokok tu macam dalam gambar ni...biaq mati cepat..selamat dunia..kah..kah..kah



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com