10.29.2008

Peralihan kuasa berlaku ???

. 10.29.2008


28 October 2008 PerakExpress.com

Semua Ahli Parlimen dari PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini! Seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.



Beliau berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.

“Jangan terkejut, kerana Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, dua jawatan penting kabinet, Menteri Dalam Negeri dan menteri Perdagangan Antarabangsa akan diisi oleh wakil Cina, dan Lim Kit Siang merupakan calon pilihan.


Webmaster ; Buatlah macamana pun asalkan kerajaan bani totok ni dapat diturunkan dengan segera...



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

Anonymous said...

Aku rasa tak....

Anonymous said...

Mengarutlah berita ini. Dah berapa kali menipu rakyat. Kejap 16 Sept. Then tak jadi..Now nak menipu lagi ka???

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com