7.21.2008

Bawa ke Muzakarah PAS ke-54 di Ipoh

. 7.21.2008



KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) � Dewan Ulamak PAS Pusat mahu segala isi perbincangan di antara pemimpin tertinggi PAS dan Umno yang dikatakan diadakan sebelum ini turut dibincang di semua peringkat parti.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, resolusi hasil pertemuan tersebut juga perlu dibawa kepada muktamar yang akan diadakan di Ipoh mulai 13 Ogos ini sebelum diputuskan Majlis Syura.


�Dewan Ulama boleh bersetuju dengan pertemuan yang diadakan di antara pemimpin Umno dan PAS sekiranya ia berteraskan kepada Islam dan perpaduan semua bangsa.

�Pertemuan tersebut boleh diadakan tidak hanya kepada pimpinan Umno dan PAS sahaja malah kepada parti-parti lain juga boleh diadakan bagi meningkat imej Islam dan perpaduan rakyat di negara ini,� katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa muzakarah bersama pemimpin PAS sudah diadakan sebanyak tiga kali membincangkan isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Mohamed berkata, sekiranya pertemuan diadakan di antara PAS dan Umno boleh membawa kepada penyelesaian masalah berbangkit sebelum ini seharusnya peluang tersebut digunakan sebaik mungkin.

"Sememangnya terdapat beberapa pandangan yang berbeza di antara PAS dan Umno, begitu juga pimpinan parti, namun kita seharusnya jangan melihat kepada kelemahan sahaja.

�Mungkin juga terdapat kebaikan dalam pertemuan tersebut. Kalau kita enggan bertemu dengan Umno, sampai bila pun hal-hal yang berkaitan Islam tak dapat disampaikan kepada mereka," katanya.

Menurutnya beliau ingin sangat sekiranya PAS bermuzakarah dengan Umno menyentuh isu calon beragama Islam hendaklah ditampilkan di kawasan mempunyai kira-kira 75 peratus pengundi Melayu.

Kata beliau agama Islam bukan hanya milik orang Melayu sahaja, malah untuk semua kaum.

Ditanya pembabitan Dewan Ulamak PAS Pusat dalam muzakarah yang diadakan sebelum ini, katanya beliau tidak dijemput dan tidak tahu apa yang dibincangkan.

�Bagaimanapun saya berharap pertemuan tersebut menyentuh isu yang berkaitan Islam dan perpaduan bangsa di negara ini. - mj


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com