7.19.2008

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

. 7.19.2008



KUALA LUMPUR, 18 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS masih bersama dengan Pakatan Rakyat dan tidak ada apa-apa keputusan daripada parti untuk menilai kembali kedudukannya dalam pakatan berkenaan.

Cakap-cakap PAS akan menilai semula kedudukannya dalam pakatan itu tidak berbangkit saat ini kerana ianya tidak pernah dibincang secara rasmi dalam mana-mana badan tertinggi PAS.

Menurut Abdul Hadi, menjadi amalan PAS apa juga keputusan berhubung polisi dan dasar parti mestilah terlebih dahulu dirujukkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Dewan-Dewan; Harian, Ulamak atau Majlis Syura.

"Dewan Harian bersama Dewan Ulamak adalah penting dalam memutuskan apa juga keputusan atau sebelum sesuatu tindakan hendak dibuat," katanya.

Menurutnya lagi cakap-cakap mengatakan PAS mungkin akan mengkaji balik kedudukan dalam Pakatan Rakyat itu adalah cakap-cakap individu yang mana ia bukan merupakan keputusan PAS dan ia tidak boleh dipegang serta bersifat perkara cabang, kecil.

"Sudah menjadi amalan PAS bila ada perkara penting ia akan dirujuk kepada akar umbi (ahli PAS) terlebih dahulu," jelasnya lagi ketika diwawancara di Institiut Jantung Negara (INJ) Selasa lalu.

Abdul Hadi dimasukkan ke IJN Ahad lalu untuk mendapat rawatan kerana mengalami stress. Beliau sudah dibenarkan keluar pada Selasa lepas.

Mengenai sikapnya terhadap DAP yang turut menjadi gabungan pakatan berkenaan ia tidak menjadi masalah besar kerana PAS sendiri dalam membina perpaduan Nasional yang beteraskan Islam tidak akan membelakangkan rakan-rakan bukan Islam.

"PAS akan tetap melayani rakan-rakan bukan Islam dengan penuh keadilan sesuai idengan prinsip Islam," tegasnya.

Mengenai reaksi Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS, Abdul Hadi menjelaskan pihaknya juga menyabut baik bagaimana ia perlu ditujuk kepada parti terlebih dahulu.

"Kita sudah lama mengajak Umno bermuzakarah berhubung isu-isu kepentingan bersama, jadi kalau dia pelawa kita kita bersedia, tetapi apapun keputusan bergantung kepada PAS," tekannya.

Ulasan webmaster ; Alhamdulillah, lega rasanya dengar keterangan Tuan Guru Presiden tadi...rasa-rasanya Pakatan Rakyat akan menguasai Malaysia pada Pilihanraya ke 13 nanti setelah segala janji-janji yang dibuat pada pilihanraya ke 12 lalu tertunai. Rakyat semakin matang dan bijak menilai, tidak lagi digulakan oleh kerajaaan Barang Naik. Ikut prinsip rakyat Kelantan beri ambil undi tetap bulan ayuh beristiqamah.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com