7.19.2008

Ceramah Isu Semasa di Kota Kinabalu, Sabah

. 7.19.2008



Ulasan : Pimpinan tertinggi pas Pusat dan pas Sabah iaitu dari kiri Tn Hj Anuar Tahir, Tn Hj Ansari Abdullah, Tn Hj Mat Sabu, Dato' Wan Mutalib Embong dan Timb. Persuruhjaya Pas Sabah, Tn Hj Aminudin

Ulasan : Ucapan dr Dato' Wan Mutalib Embong mengupas isu-isu berkaitan petisyen pilihanraya di Terengganu, Kelantan dan di Perlis. Menyaksikan kebobrokan yang berlaku dalam institusi kehakiman, kepincangan dalam suruhanjaya pilihanraya serta kegagalan mengimplikasi akta pilihanraya. Ujarnya lagi bahawa kewujudan Pakatan Rakyat bukanlah oleh sebab faktor Anwar tetapi lebih kepada suara rakyat yang mahukan keadilan..."u'r force by the voice of the people".

Menjelaskan kedatangan mereka ke Sabah adalah untuk mengkaji serta membuat laporan berhubung post mortem pilihanraya ke 12 bagi negeri Sabah

Ulasan : Tn Hj Ansaari Abdullah juga merupakan peguam bagi petisyen pilihanraya di Sabah ini. Menceritakan pengalaman beliau turun naik mahkamah bagi menyelesaikan kes-kes terbabit. Menyatakan kesedihan akan sikap penduduk Sabah yang senang digula-gulakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Sebelum pilihanraya maki hamun kerajaan, bila pilihanraya digula-gulakan dengan beras, tong gas, tangki air, zink rumah sokong BN, sekarang BN menang naik harga, maki hamun BN...itulah yang berlaku setiap kali pilihanraya di Sabah ini..

Kepada Tn Hj..ana teringat kata-kata ini.."Aku tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman dan "tuan", adalah memang warisanku untuk berdiri teguh, bangga dan tidak kenal erti takut, untuk berfikir dan bertindak, menghadapi dunia ini dengan megah lalu berkata.."inilah yang telah ku lakukan!". Segalanya ini adalah erti seorang insan..syabas Tn Hj..


Ulasan : Rindu jua ana kat abah ni..maklumlah kalau kat s'jung tu slalu dgr ceramah beliau ttp di Sabah ni sukar sekali..Alhamdulillah tercapai jua. Memang mantap ceramah malam ni, hingga keluar air mata ketawa dari jenaka sindiran yang diutarakan.

Beliau menghuraikan kebaikan-kebaikan serta perkara-perkara yang telah dilakukan oleh kelima-lima negeri yang telah berjaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Beliau juga menekankan pilihan rakyat kini bukanlah kepada pemilihan pemimpin-pemimpin yang bijak pandai, cerdik tetapi rakyat kini telah beralih kepada pemimpin yang beramanah, jujur i.e pemimpin yang dimaksudkan iaiah Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat..yang mana seboleh-bolehnya mengamalkan kehidupan sahabat nabi iaitu Umar ibnu Aziz.

Beliau juga menyatakan bahawa pilihanraya ke 13 akan diadakan kemungkinan pertengahan 2012 (lebih kurang 2 1/2 tahun) lagi memandangkan peralihan kuasa antara Pak Lah Hadhari serta Najib berlaku. Beliau meminta pejuang-pejuang di Sabah bersiap sedia dan jangan leka dalam menerangkan kepada rakyat tentang apa yang berlaku.


Semua khusyuk mendengar celoteh serta sindiran bermaklumat oleh penceramah Tn Hj Mat Sabu.

Penceramah serta pemimpin-pemimpin Pas Pusat dan Pas Sabah bersalaman selepas majlis berlangsung.

Sidang akhbar diadakan sejurus ceramah berlangsung. Pelbagai soalan diutarakan oleh wakil-wakil akhbar dari Negeri Sabah ini.



Tahniah buat Ketua Pemuda Pas Sabah, Ustaz Anuar Ali, Ahli jawatankuasa pusat serta hadirin yang bersama-sama bersatu menegakkan syiar Islam di bumi Sabah ini.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com