Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.
Presiden PAS
8.31.2008
[+/-] |
Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak |
8.30.2008
[+/-] |
Pak Lah kuat tido..gagal bawa FDI ke Malaysia |
KUALA LUMPUR: Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim regarded the Budget 2009 as nothing new and that the government had failed to address the issue of competitiveness.
“It is nothing new. We reiterate that in the last four to five years, when there was global pressure and economic slowdown, the prime minister and Barisan Nasional (BN) were not able to provide new stimulus.
“The problem is that we have lost the competitive edge. There are no new foreign direct investments (FDIs),” he said, adding that problems of management and corruption were not dealt with,” he told reporters at parliament lobby on Aug 29.
“The issue is not giving sweeteners to Sabah, Sarawak and the poor because it does not commensurate with the big increase in inflation and high cost. What is given does not alleviate the problem and sufferings of the poor,” he added.
Anwar also accused Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi of failing to address the issue of competitiveness.
“We continue to be in a state of denial. We are not able to shift from the obsolete economic policy where there are rampant corruptions and fail to be more competitive because we are stuck with the old policies.
“I see no way where we can attract FDI. Without FDI, Malaysia cannot propel its economy. And this, unfortunately, was not addressed,” said Anwar.
by Sharon Tan
[+/-] |
Ramadhan vs Merdeka !!! |
25 Syaaban 1429 H, 27 OGOS - 'Allahumma baariklana fi rajaba, wa sya'abana, wa balighna fi Ramadhan'. Alhamdulillah, setinggi -tinggi kesyukuran mari sama-sama kita rafa'kan kepada Sang Pencipta yang sehingga kini masih lagi membuka ruang dan peluang buat kita meniti saat-saat akhir sebelum menjejakkan kaki ke Ramadhan yang Mulia. Ucapan terima kasih sekali lagi kita sembahkan pada Pemilik Agung Alam Semesta yang Maha Kasih pada hamba-hambanya, sehingga saat ini kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga.
Balai cerap seluruh negara akan menjalankan tugas masing-masing bagi menentukan tarikh 1 Ramadhan 1429 H yang dijangka jatuh pada 1 September 2008, Isnin depan. Namun persoalan yang ingin dilontarkan untuk percambahan minda bersama, sejauh mana persiapan ke arah memasuki bulan yang mulia ini telah kita persiapkan pada diri kita. Para sahabat didikan Nabi Muhammad s. a w yang tidak lekang dari bibir mereka kalimah zikir pada Allah, tidak melepaskan peluang 6 bulan sebelum Ramadhan dijadikan waktu untuk mensucikan diri dan membersihkan hati dari segala kotoran duniawi sebelum menyambut kehadiran bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini.
Mungkin itu persoalan biasa yang dilemparkan kepada kita selaku insan awam yang kerap leka dan lalai untuk mengabdikan diri padaNya. Masalah kedua pula yang timbul adalah kehadiran Ramadhan kali ini bakal disambut secara besar-besaran oleh seluruh pelusuk masyarakat Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, agama dan bangsa.
Tidak salah untuk masyarakat beragama lain meraikan kedatangan Ramadhan yang suci ini, tetapi apa yang dibimbangi dan menghantui penulis sehingga kini adalah sambutan secara besar-besaran yang bakal diadakan ini bukanlah untuk Ramadhan tetapi tarikh penting dalam negara iaitu Hari Kemerdekaan.
Saya bukanlah rakyat Malaysia yang anti-nasionalisme, bukan juga mereka yang tidak berjiwa merdeka dan jauh sekali untuk dikatakan sebagai makhluk jumud, malah prinsip dan etika hidup mengajar saya untuk menghayati bagaimana untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar.
Saban tahun kita saksikan masyarakat Malaysia yang mengisytiharkan diri mereka 'merdeka' menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah menodai nilai kemerdekaan yang ada pada tarikh bersejarah itu.
Malam 31 Ogos sering kali menjadi tarikh penting untuk muda mudi berpesta dan bersuka ria berlatarbelakangkan persembahan konsert daripada artis-artis yang berpakej menyimpang dari norma kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka. Penganjuran program sambutan kemerdekaan yang berwajahkan aktiviti yang tidak menghargai penat lelah pejuang-pejuang kemerdekaan sering kali mendapat kutukan dan hamburan sinis dari sesetengah pihak yang ada nilai kesedaran dalam diri mereka, namun teguran dan nasihat sebegini dijadikan bahan gelak tawa mereka bahkan ada yang melabelkan nasihat tersebut sebagai 'musuh negara'.
Terang lagi bersuluh perkara yang sama bakal kita hadapi hanya beberapa hari yang akan mendatang. Sambutan ini bukan hanya mendapat penganjuran besar-besaran diperingkat nasional, malah sehingga peringkat akar umbi termasuk kampus-kampus yang menjadi kilang pemimpin masa depan turut dididik dengan budaya merosak dan menghina nilai kemerdekaan negara.
Selingan doa selamat dan nyanyian patriotik lagu-lagu kebangsaan sudah cukup untuk mengaburi mata rakyat dalam menyatakan pemimpin-pemimpin negara kita pemimpin yang berjiwa merdeka, sedangkan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan telah menodai kesucian sebuah kemerdekaan. Inilah dia gambaran sebenar senario politik negara yang menjual maruah negara tanpa kita sedari walhal minda dan akhlak kita sedang dijajah oleh agenda Yahudi laknatullah.
Paling menyentuh hati dan membuatkan iman meronta apabila memikirkan persoalan 'Merdeka' yang bakal diasimilasikan bersama kehangatan sambutan 'Ramadhan'. Mungkin ada dikalangan mereka yang beragama Islam seperti yang tercatat di atas kad pengenalan mereka, sedang sibuk membantu menghiasi suasana untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuhnya sehari sebelum kehadiran Ramadhan.
Saya amat pasti dan yakin ada di antara mereka tidak langsung mempersiapkan diri untuk bersama-sama dgn Ramadhan, bahkan boleh dikatakan ada yang tidak sedar pun akan bahang dan kehangatannya merapati kita. Sungguh malang jadi orang Islam. Hal ini terbukti dan jelas berlaku dihadapan saya sendiri apabila seorang insan bergelar 'mahasiswa' terpinga-pinga dan membilang hari apabila saya nyatakan padanya kita akan berpuasa Isnin depan.Malang yang berganda.
Ramadhan Yang Merdeka
Mujur masih ramai di kalangan ummat Islam di Malaysia hari ini diberi sentuhan hidayah dari Allah untuk merasai bayu Ramadhan yang bakal menjelma ini. Mengapa saya tajukkan artikel ini sebagai Ramadhan yang merdeka??Apakah ia membawa erti seperti kupasan saya sebentar tadi-proses mengasimilasikan kehadiran Ramadhan bersama Hari Kemerdekaan??
Jauh panggang dari api. Sebenarnya ada dua pengertian secara pandangan peribadi terhadap ungkapan ini. Kedua-duanya mungkin membawa makna yang berbeza tapi tujuannya tetap sama.
Yang pertama 'Ramadhan Yang Merdeka' ini, suka untuk saya ertikan sebagai suatu platform kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini untuk sama-sama kita merdekakan diri sendiri dari dibelenggu segala macam kekusutan duniawi sebelum kaki melangkah memasuki rumah Ramadhan yang mendatang. Kalau selama ini kita bergelumang dengan sampah maksiat, ambil peluang yang ada untuk memohon taubat dari Allah mensucikan diri dan hati. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui dapat kita kecapi kemanisannya dengan penuh penghayatan dalam keadaan diri yang telah disucikan.
'Ramadhan Yang Merdeka' ini juga sebenarnya membawa suatu makna tersirat yang signifikan. Pada hemat saya ia menjelaskan pada kita betapa kasihnya Allah pada hambanya dengan menyediakan satu bulan tarbiyyah sebagai medan untuk kita service kembali iman serta menjadikannya ia bekalan taqwa untuk kita tempuhi 11 bulan yang akan datang dalam keadaan diri kita merdeka dan bersih dari segala dosa dan noda. Graduan yang berjaya dengan cemerlang hasil didikan University of Ramadhan ini akan merasakan diri mereka merdeka daripada dibelenggu hasutan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk melalaikan kita.
Kata Akhir
Sebagai menggulung daripada apa yang terlintas di hati untuk dibincangkan bersama ini, marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan sebenar dalam fasa menyambut tetamu Shahru Ramadhan yang didalamnya memiliki seribu satu nikmat dan rahmat dari Allah bagi mereka yang tahu menilainya.Selaku umat Islam yang bertamadun dan merdeka, seharusnya kita menjuarai persoalan sikap,akhlak dan etika dalam apa jua bidang kerana kita dibekalkan manual kehidupan yang cukup agung iaitu Al-Quranul Karim,Kalamullah.
Justeru jadikan kemerdekaan kali ini sebagai platform awal untuk kita berubah dan merubah ke arah suatu yang lebih synergic untuk membangunkan ummat Islam. Apa salahkan kita jadikan solat hajat dan juga munajat kepada Allah sebagai hiburan kita sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara kita dan juga ketibaan Ramadhan. Semoga usaha kita mencegah diri kita dan saudara muslim kita yang lain dari melakukan kemaksiatan kepada Allah diawal2 Ramadhan ini bakal mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.
[+/-] |
Seruan disahut..langkah digerakkan. Tahniah !! |
Wan Nordin & Irwan Mohammad Zain
HarakahDaily Fri | Aug 29, 08 | 4:31:35 pm MYT
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Tindakan polis menghalang sekumpulan mahasiswa berhimpun di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat bagi membantah penganjuran konsert penyanyi simbol seks, Avril Lavinge hari ini amat dikesali.
Demikian kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad ketika ditemui di pekarangan Masjid Negara selepas himpunan aman anjuran Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) sebentar tadi.
Ujar Kamaruzzaman, pihaknya kesal dengan kekasaran yang dilakukan polis menghalang himpunan membantah maksiat.
"Walaupun imam semasa khutbahnya mengingatkan bahawa pentingnya menghalang program maksiat yang merosakkan akidah ummah, namun pihak berkuasa bertindak sebaliknya menghalang kami untuk membantah konsert seorang artis simbol seks dan membawa pengaruh budaya yang sesat," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan yang membenarkan konsert tersebut yang nyata bercanggah dengan norma masyarakat Malaysia selain lari dari penghayatan kemerdekaan sebenar.
"Amat malang sekali jika pejuang-pejuang kemerdekaan jika mereka masih hidup mengetahui adanya penganjuran konsert yang membawa kemusnahan kepada rakyat ini," katanya.
Himpunan aman tersebut dianjur bagi membantah penganjuran konsert penyanyi seksi dari Canada, Avril Lavinge yang dijadualkan malam 29 Ogos 2008 di Stadium Merdeka.
Kira-kira 100 mahasiswa memulakan himpunan dengan bertakbir sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
Demonstrasi anjuran Gamis itu merupakan satu bentuk bantahan mahasiswa yang prihatin terhadap konsert yang melalaikan dan boleh menyumbang ke arah maksiat.
Namun, himpunan yang baru sahaja bermula kira-kira 10 minit, dicemari dengan tindakan kasar seorang anggota polis yang menerjah ke arah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad yang sedang berucap.
Dalam demonstrasi yang bermula tepat pukul dua petang tadi, wakil Gamis, Karisma, Teras dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah berucap selama lima minit setiap seorang bagi menyatakan bantahan mereka.
Namun ketika Kamaruzaman sedang menyampaikan ucapannya, pihak polis telah menghalang demonstrasi tersebut dan mengugut untuk mengambil tindakan.
Biarpun pihak Gamis meminta masa lima minit untuk menamatkan ucapan Kamaruzaman tetapi anggota polis yang mula bersikap kasar itu tidak menghiraukan permintaan tersebut dan cuba merampas pembesar suara yang digunakan.
Anggota polis yang bernama Redzaime menerjah terus kepada Kamaruzzaman dan mendesak Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu menghentikan segera ucapannya.
Kamaruzzaman cuba berbincang dengan anggota polis terbabit dengan meminta masa lima minit bagi menyudahkan ucapan seterusnya bersurai.
Malangnya, tindakan kasar anggota polis terbabit dengan bantuan beberapa anggota berpakaian preman menyulitkan keadaan, malah mengundang rasa marah di kalangan peserta himpunan.
Seorang peserta berbadan gempal melaungkan takbir dengan disusuli kecaman terhadap tindakan kasar polis.
Pergelutan berlaku hampir lima minit, namun tiada tangkapan berlaku sementara selepas reda, polis terus menanti di hadapan peserta himpunan sebelum bersurai kira-kira 10 minit selepas itu. - mks. _
Lagi kisah perjuangan menentang maksiat di [sini]
8.29.2008
[+/-] |
MCMC ikut peraturan ...pirahhhhh jilat kepala botak Hamid Albar |
More comments [here fr Ong Tee Kiat]
BLOCKING OF MALAYSIA TODAY WEBSITE: MCMC acted within its rights, says Home Minister
By : EILEEN NG at the Dewan Rakyat
[The New Straits Times Online] KUALA LUMPUR, THURS:
The Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) acted within its rights to block access to Malaysia Today news website.
Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said the commission was just exercising its powers as provided for under the Communications and Multimedia Act.
"Everyone is subjected to the law, even websites and blogs," he said at the Parliament lobby today, adding that the government did not have any intention to curtail the freedom of expression.
"However, when you publish defamatory contents, it is only natural for action to be taken," he said.
MCMC had instructed all Internet service providers to block access to Malaysia Today following complaints from the public regarding offensive comments posted on the website. Despite the measure, visitors can still access the site via mirror websites and foreign-based DNS.
Deputy Energy, Water and Communications minister Datuk Joseph Salang Gandum said he was unaware of MCMC's actions.
"MCMC did not brief me, but they might have briefed the minister," he said, adding that minister Datuk Shaziman Abu Mansor is currently in Bali and is expected to be back tomorrow.
Information minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said although he was aware of the action taken against Malaysia Today, noted that it does not come under his ministry's jurisdiction.
Reader's Comments
(Latest Comments Displayed First)
Tanglimara, Penang:
Wrong move... Address the real issue by taking action against the bloggers who break the law and do not resort actions that deemed undemocratic and regressive. But on the other hand, blogging community too is partially responsible by behaving in a irresponsible and unethical ways. Licence to blog is NOT license to slander and provoke racial and religious sensitivities.
Patrick, Kuala Lumpur:
Although MCMC has claimed that it is within their rights to block access to any website and blog they should take into consideration the fact that our country is 51 years old and I believe the majority of blog readers are matured enough to distinguish facts from fiction. Therefore, their action in this case will be viewed by many as a step backwards in the freedom of expression and of choice.
Faez, London:
Again another prime example of how symptom is cured instead of the cause! This is an obvious, overreacting response to the outcome of the PP by-election and while I'm not blaming any party, this matter should have been handled more subtly. What is natural, is that fellow readers are not daft and gullible enough to believe every single supposedly defamatory materials out there. This action by MCMC is not only silly but an insult to us responsible Malaysians. The MCMC should have realised that their actions may risk the loss of popularity and approval of the government, something it badly needs.
Benedict Rajan..Rajan:
We have just back tracked from democracy...this is cracy.
Jiin, KL:
What happens after this? Will we turn into China and have all supposedly "offensive" websites blocked? I think the action by MCMC is uncalled for!
megat,kuantan:
i suggest don't block the website.
EB & Subang:
By blocking the access, the authorities are stopping the public from knowing the facts. The public is able to judge for themselves whether to believe or not.
jamal, kl:
What is happening to my beloved country? What next?
jmn,kl:
What's the difference between this and obstructing democracy and freedom of speech
WebMaster : Kepala botak yang semakin botak akhirnya....jadi cermin la pulak..he..he..he
8.28.2008
[+/-] |
Jom dakwah di Stadium Merdeka 29/08/2008 jam 7 malam |
Pemudawilayah - Bagi mereka yang ingin turut serta dalam XPDC Dakwah ini, sila berkumpul di hadapan Stadium Merdeka pada jam 7.00 petang, 29 Ogos 2008….sebarkan maklumat ini pada seluruh umat Islam. Menyelamatkan akidah anak-anak muda adalah tanggungjawab kita bersama. Allahuakbar !!Allahuakbar !!!
Ayuh srikandi pejuang Islam, ayuh bersama pemuda-pemuda Islam tegakkan yang hak musnahkan yang batil, permulaan kita menyambut puasa dengan ibadah yang agung !!!
Ratusan anggota Pemuda PAS akan mengedarkan risalah dakwah kepada pengunjung konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne di Stadium Merdeka, Jumaat ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dijadual mengetuai lebih 500 ahli dewan itu untuk mengedarkan lebih 10,000 risalah kepada pengunjung beragama Islam di konsert itu yang diadakan bersempena siri jelajah antarabangsa penyanyi itu di Asia Tenggara.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad memberitahu Malaysiakini, risalah nasihat tentang masalah sosial di kalangan remaja itu kini sedang dicetak.
“Risalah itu untuk mengajak kembali kepada fitrah Islam yang sebenarnya,” katanya.
“Oleh kerana sekarang sudah dekat dengan (sambutan) kemerdekaan dan Ramadhan, apa yang perlu dibuat oleh remaja (untuk dimuatkan dalam risalah).”
Risalah itu turut memasukkan makna ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama.
Inilah wajah perosak umat Islam, Ayuh Pemuda pemudi Islam Ayuh kita bergerak..!
8.27.2008
[+/-] |
Penulis blog: Kami bertanggungjawab...betul tu !!! |
Jimadie Shah Othman | Aug 27, 08 4:46pm [diciplak dari Malaysiakini]
Penulis-penulis blog politik umumnya bertanggungjawab terhadap tulisan yang disiarkan di internet, termasuk mendedahkan identiti dan mengakui kesilapan.
"Macam saya letak logo anjing, saya mengakui saya buat kesalahan bodoh. Tetapi tulisan yang lain saya pertahankan," kata Abu Bakar Mohd Rashid, pemilik blog Penarik Beca.
Pada 6 Ogos lalu, beliau disiasat selama dua hari berhubung pemaparan imej kepala anjing di lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu artikelnya bulan lepas.
Abu Bakar, seorang wartawan sambilan yang dekat dengan PAS, mengulas ura-ura terbaru kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penulis blog susulan kegagalan BN menjawab tuduhan-tuduhan di internet sehingga dipercayai menjadi salah satu punca ketewasan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Rumusan langkah terbaru ini dilaporkan dicapai dalam satu pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan minggu lalu.
Tanpa tindakan tegas terhadap penulis blog, kerajaan BN kesan tuduhan-tuduhan di Internet boleh menjejaskan dengan teruk parti dalam pilihanraya umum akan datang, lapor akhbar web Malaysian Insider. Artikelnya disini.
Ulasan Webmaster ; Ana setuju dengan pandangan beberapa blogger politik yang menyatakan kepertanggungjawaban mereka ke atas apa yang mereka utarakan. Blogger tidak berselindung atas satu-satu faktor namun atas apa yang mereka fikirkan serta bukti yang ada. Biasalah dalam sesuatu artikel hatta akhbar kerajaan@UmnO sendiri (lihat photo bawah) di mana Utusan Meloya memohon maaf atas artikel yang terlepas keluar ke atas YB Karpal Singh baru-baru ni.
Apakah akan ada OSA ke-dua ke atas para blogger ini. Salahkah kami untuk mengutarakan pandangan dan pendapat untuk tatapan masyarakat marhaen. Boleh dikatakan hanya 60 % penduduk Malaysia sahaja yang mempunyai akses internet kemudian tolak separuh katakan 30 % yang mengambilberat hal politik negara jadi hanya 30 % yang betul-betul mengamati hal ehwal politik negara termasuk para blogger.
Baguslah kalau jumlah 30 % ini didakwa sudah mengancam situasi negara. Kira hebatlah para blogger ini sehingga kerajaan@UmnO terpaksa berbuat sesuatu hingga Sultan Pahang pun terpaksa masuk campur hal urusan blogger ni. Hebat sungguh !!!!
Kita tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan@UmnO menjarah bumi ini untuk memenjara para blogger, mengkasi jari tangan para blogger dan sejauh mana kita semua para blogger bersatu hati menghadapi semua ini. Adakah kita terpaksa jadi begini...tengok photo bawah..lu fikirlah sendiri .....
[+/-] |
KENYATAAN MEDIA - KITA MENANG !!! (WE WON !!) |
PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008
Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.
Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.
Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.
Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.
Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.
Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.
Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.
Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.
Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
————————
PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 AUGUST 2008
We won! And our victory is decisive and overwhelming.
I share in the joy felt by all Malaysians on this historic day. This is a victory for the people. And it’s great to be back!
On March 8th Malaysians voted for a New Dawn. Today, on the eve of our independence day, we have reasserted that call. We celebrate our nation’s independence in the spirit that our founding fathers intended - a nation of one and a people united.
In the face of the greatest adversity, our campaign focused on the issues that matter to Malaysians. Our calls for national unity, good governance and a vibrant democracy have silenced the voices of racist chanting, those who profit from the abuse of power and exploit the politics of fear and deceit.
We have promised a New Dawn for Malaysia and we will deliver on our promise. We will forge ahead on our Malaysian Economic Agenda to revive the economy, and to uplift the poor and the marginalized of all races. We will restore the integrity of the judiciary, fight corruption and build a truly unified nation.
We will be a government that is totally committed to realizing the people’s aspirations.
With the success of the eight of March and tonight’s resounding victory, I daresay we are indeed ready to face the challenges of the future, together.
We could not have won without the firm, unwavering support of our friends in the Pakatan Rakyat and the tens of thousands of Malaysians – Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadhazans - who have come to Permatang Pauh to work hard for this victory. I truly appreciate your courage, conviction and valour; and congratulate your commitment to our shared principles of freedom, justice and democracy.
This may be one small step for Permatang Pauh but one giant leap for the people of Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
[+/-] |
Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh |
Alhamdullillah...berakhir sudah sketsa alam berhubung dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan keputusan-keputusan seperti di atas. Kata-kata insan ini wajar kita renungi...Mesej daripada seorang Mujahidah :- "Jasad berada di Kuala Lumpur namun semangat bersama sahabat-sahabat di sana (Permatang Pauh). Kalau DSAI memperbodohkan kita, terlaknat dia dan tujuh keturunannya di sisi ALLAH Azza wajalla. Jika DSAI benar, moga diperturunkan ALLAH segala bala tenteraNYA di bumi dan di atas langit membantu kemenangan besar kita hari ini!
Memang benarlah apa yang anak muda kini cakap namun tidak didengar atau saja buat tak dengar yakni UMNO semakin uzur, kubur sudah mari dan UmnO perlu ditalqinkan. Apa yang Umno dapat, clik baca selanjutnya !!!!!he he he
8.23.2008
[+/-] |
Dari Permatang Pauh ke Putra Jaya |
Saya telah menyaksikan
Bagaimana keadilan telah dikalahkan
oleh para penguasa
dengan gaya yang anggun
dan sikap yang gagah
Tanpa ada ungkapan kekejaman
diwajah mereka
Dengan bahasa yang rapi
mereka keluarkan keputusan-keputusan
yang tidak adil terhadap rakyat
Serta dengan budi bahasa yang halus
mereka saling membagi keuntungan
yang mereka dapat dari rakyat
yang kehilangan tanah dan ternaknya
Ya, semuanya dilakukan
sebagai suatu kewajaran
Demi Orang-Orang Rangkasbitung…
W.S Rendra
8.21.2008
[+/-] |
Pelajar UiTM kena tipu! Ha! Ha! Ha! |
Artikel Oleh melayunett
" Pelajar UiTM tertipu apabila UMNO mengumumkan bahawa tindakan akan dikenakan ke atas mereka kerana berdemonstrasi secara haram. Keseronokan mereka berdemonstrasi yang ditambah dengan kepuasan tidak perlu hadir ke kelas (dapat pelepasan) berkecai apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron memaklumkan tindakan akan diambil ke atas mereka.
Mungkin benar kata orang ramai, pelajar UiTM bagaikan lembu UMNO. Selepas puas dikerjakan, disembelih pula.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya 10 peratus kuota universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera kini berdepan tindakan disiplin.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada lembaga tatatertib universiti berkenaan berhubung bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang bertanggungjawab menganjurkannya.
"Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.
"Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu.
Baru-baru ini, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam untuk membantah cadangan membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.
Tindakan itu disusuli oleh sokongan pelajar UiTM di beberapa tempat di seluruh negara yang turut mengadakan protes berhubung isu sama.
Idris berkata, tindakan pelajar mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu hanya akan mengganggu ketenteraman awam.
"Saya ingin mengingatkan pelajar di universiti tempatan lain supaya tidak mengulangi tindakan sama seperti dilakukan pelajar UiTM pada masa depan ketika berdepan dengan sesuatu isu.
"Banyak cara dan saluran yang boleh digunakan pelajar universiti untuk menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya desakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) supaya kerajaan mansuhkan AUKU, beliau berkata, ia mustahil untuk dipenuhi.
"Kerajaan hanya akan melakukan pindaan kepada 30 perkara membabitkan AUKU. Antaranya membabitkan kuasa menteri, tatatertib dan pembabitan pelajar dalam pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Pindaan AUKU akan dibacakan kali kedua dan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan sebelum diluluskan," katanya.
Kesian betul budak UiTM yang kini dilabel sebagai lembu UMNO. Tapi, bukan semua. Masih ramai yang tak setuju dengan UMNO tetapi terpaksa low-profile untuk elak dikenakan tindakan oleh proksi UMNO No.1, Ibrahim UMNO Shah.
"
Ana rasalah dan korang agak mamat di atas ni patut kena buang UITM ke..memalukan UITM sahaja..dahla kepala senget ..anak buah pun kepala senget terlebih pulak hensem tu..hempehh..bagi kat nenek ana la jadi NC kah ! kah! Kah! ana tak leh nak taip ni..ketawa sorang-sorang. Tolong lah...keluaq air mata ni ketawa..siluncai misai tebai terjun dengan labu-labunya...kah kah kah...
8.20.2008
[+/-] |
Cilakak punya mak bapak ni..haram jadah !!!! |
Klik gambar untuk besarkan foto...
Berita ni ana dapat dalam Daily Express bertarikh 16/08/2008 (Sabtu) yang lalu. Ana tak tau samada kes ni ada di paper yang lain. Sedih nak cakap. Apa komen anda !!
Apa nak cakap lagi..tok guru dah pesan, kalau pisahkan agama dengan politik, sosial, budaya dan segalanya..inilah akibatnya. Wallahualam..susah ana nak cakap. Geram ada, nak maki pun ada, cilakak punya yang buat, sedap-sedap jolok masuk,jolok masuk dah dapat baby hangpa buang gitu je..memang hangpa ni manusia cilakak. Kalau dah tau tak nak baby tu, tinggallah kat masjid ke, depan umah orang ke, hospital ke,,sekurang-kurangnya ada orang yang boleh bantu..ini tidak campakkan dalam longkang..memang cilakak mak bapak budak ni..Allah please laknat manusia ni..
Ya Allah,,tolonglah turunkan laknat yang teramat sangat kepada mak bapak yang buat ni..ana menanngis taip cerita ni..Ya Allah tolonglah ana pinta atas nama kemanusiaan tolonglah turunkan laknat kepada orang yang buat ni.
8.16.2008
[+/-] |
Bahagian akhir penamaan calon Permatang Pauh |
Ana sampai kat kampus UITM, tengok ramai student berkumpul kat pintu pagar depan kampus. Tengkok sat apa yang berlaku. La..ingatkan ada perhimpunan perjuangkan Melayu kat UITM, rupa-rupanya prepare sepanduk untuk Anwar. Guard tahan depa tak leh nak gi kempen penamaan calon. Salah seorang student tu cakap, yang sokong Ariff Shah dah lepas, siap naik bas aircond lagi..tak pe..tak pe.. Si Ibrahim Misai tebai tu tak lama la tu..
Ketika berjalan-jalan di dalam kampus UITM Permatang Pauh tu lepas sembahyang Maghrib, menghilangkan penat lelah, ana nampak seorang kanak-kanak merenung penuh minat poster bakal Perdana Menteri Malaysia itu. Terkejut juga ana bila dalam kampus ni ada poster besar DSAI berhampiran dewan besar UITM...mungkin keja-keja orang Anwar ni. Depa dah tau musti Anwar menang ye lah. Apa-apa pun syabas penyokong Anwar dalam kampus UITM. Mesti terkejut beruk simisai tebal tu.
Lepas tu keluar kampus, singgah sat kat Seberang Jaya. Ikut short kat jalan nak pi Carefour. Fuh !!!!! Poster Anwar di depan Hospital Seberang Jaya, dengan lampu limpahnya lagi tu...cayalah memang ramai supporter Anwar ni. Hebat..hebat tak terkata..terkedu mulut.
Masuk Bandar Perda, tipon kakak, nak ajak dia ngan family makan Char Kueh Tiaw. Sedap makan Char Kuew Tiaw ni..sepinggan tak cukup..tambah lagi. Kakak kata ok, tunggu kat depan Kompleks TNB Bandar Perda. Ana ok.. sampai situ pehhhhhh!!! poster Anwar lagi..besar tu, siap tutup bangunan TNB la. Ada lampu limpah juga. Tengelam habis bendera Malaysia dan Pulau Pinang nak sambut Merdeka nanti dek penangan Anwar ni. Moga berjaya DSAI !!!!
Tengah jamu selera makan Char Kueh Tiaw, member dalam (Ana punya Informer la) MMS, tengok gambar rasa nak pengsan. Tak caya pun ada, call member tu balik, confirm dan sah dia cakap..Menteri Kabinet sidang pakai bantuan pernafasan dah sekarang ni. Pak Lah tak berani keluar..chair meeting kot gambaq jendela tu je. Hang pa nampak ke..cuba tengok betui-betui. Pak Lah kata kita nak kalah dah ni camna nak buat..ayat biasa tu la. Menteri Kabinet yang ada dalam gambaq ni ana tak boleh nak cam..coz pakai topeng penuh..habislah kalau Hospital Seberang Jaya tak dak alat CPR tu, alamat usung keranda la...he he he
Penat dan kenyang ni..balik umah kakak. Lepak dulu lah layan anak buah hero 2 orang ni, buka TV..la muka ni lagi dok kerut dahi..pening aku..pening aku. Dia la yang cakap, aku dengaq dalam TV tu. Jatuhlah saham aku mana jeaneeee aku tak datang tolong picit belakang aku. Adus sakitnya..macam kena gigit je aku rasa. La rupanya ana tertidor dan mimpi pulak tu. Kucing ana gigit kaki ana rupanya. Masyaallah, mimpi penamaan calon Permatang Pauh rupanya..tu la tido tak basuh kaki.
Apa pun suatu kisah pengembaraan mimpi ana yang menghiburkan dan ana doakan DSAI berjaya dalam kempennya. EEEiiiiiii tu la korang aku minta sumbangan flight tak dak orang nak derma, dah terngigau. Bye !!