8.28.2008

Jom dakwah di Stadium Merdeka 29/08/2008 jam 7 malam

. 8.28.2008



Pemudawilayah - Bagi mereka yang ingin turut serta dalam XPDC Dakwah ini, sila berkumpul di hadapan Stadium Merdeka pada jam 7.00 petang, 29 Ogos 2008….sebarkan maklumat ini pada seluruh umat Islam. Menyelamatkan akidah anak-anak muda adalah tanggungjawab kita bersama. Allahuakbar !!Allahuakbar !!!


Ayuh srikandi pejuang Islam, ayuh bersama pemuda-pemuda Islam tegakkan yang hak musnahkan yang batil, permulaan kita menyambut puasa dengan ibadah yang agung !!!
Ratusan anggota Pemuda PAS akan mengedarkan risalah dakwah kepada pengunjung konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne di Stadium Merdeka, Jumaat ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dijadual mengetuai lebih 500 ahli dewan itu untuk mengedarkan lebih 10,000 risalah kepada pengunjung beragama Islam di konsert itu yang diadakan bersempena siri jelajah antarabangsa penyanyi itu di Asia Tenggara.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad memberitahu Malaysiakini, risalah nasihat tentang masalah sosial di kalangan remaja itu kini sedang dicetak.


“Risalah itu untuk mengajak kembali kepada fitrah Islam yang sebenarnya,” katanya.

“Oleh kerana sekarang sudah dekat dengan (sambutan) kemerdekaan dan Ramadhan, apa yang perlu dibuat oleh remaja (untuk dimuatkan dalam risalah).”

Risalah itu turut memasukkan makna ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama.




Inilah wajah perosak umat Islam, Ayuh Pemuda pemudi Islam Ayuh kita bergerak..!


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com