8.14.2008

Krisis kehilangan Melayu

. 8.14.2008



Apa yang Melayu masih ada...Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Tanah untuk Orang Melayu
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(bangsa lain?) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

2. Jawatan dalam Kerajaan
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

3. Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4. Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti ekonomi lain.

Siapa yang menghancurkan dan memperkotak-katikkan bangsa Melayu...

Apa yang Melayu tinggalkan......Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan negara digubal, istilah "Malaysia" belum wujud. Apa yang wujud adalah Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1961, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan "Malaysia" - dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.....31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga diperkenalkan. Pada tahun ini juga, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan di mana "Bahasa Melayu" yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mula dikenali sebagai "Bahasa Malaysia". Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....orang Melayu dan kaum bumiputera lain untuk sekian lama telah banyak menerima bantuan, keistimewaan serta perlindungan daripada kerajaan dalam pelbagai aspek. Yang penting dalam minda orang Melayu, terdapat jaminan dalam bentuk subsidi atau hak istimewa bagi mereka sekiranya mereka menghadapi halangan dan masalah. Namun kini, subsidi dan insentif bukan lagi diterima oleh orang Melayu sahaja malah semua sektor termasuk industri perkilangan, perumahan, pengangkutan dll cuma kita je yang tak perasan....hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....Mesyuarat Kali Ke-60 Majlis Tanah Negara (MTN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan untuk meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan Tanah Rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk tempoh 60 tahun....tanah digadai, pemilik tanah Melayu cuma jadi proksi bangsa lain..hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....pengambilalihan tanah orang-orang Melayu dalam projek mega ECER mungkin akan dibuat dalam bentuk wang tunai dan bentuk lain, dan yang pertama lebih menjadi pilihan kepada pemilik tanah. 1. Tanah milik Melayu digunakan untuk projek ppembukaan jalan baru serta projek-projek lain. 2. Orang Melayu dapat duit banyak alamatlah..kereta besar, rumah besar, semua hutang, kemudian apa akan jadi...fikirkanlah sendiri. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....Majlis Raja-Raja Melayu merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia...masih tak hilang lagi Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.....Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Pertubuhan yang asal telah diharamkan, bermakna pertubuhan untuk orang Melayu telah terkubur..hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.....Dasar Ekonomi Baru yang memperjuangkan 30% equiti orang melayu di dalam ekonomi negara kini hanya tinggal kata-kata sahaja. Kita hanya capai kalau tak silap 15%-20% sahaja sudah tiada lagi kedengaran, ibarat berita lapuk. Kayanya sebahagian perompak-perompak termasuk pemimpin rasuah yang ada hari ni. orang bawahan yang terlopong...apa kes. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia. kok sedih bangat ni...hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. Rejimen Askar Melayu DiRaja bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Ini masih ada lagi, satu-satunya perkhidmatan awam yang paling ana respect sekali. Masih ada Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.....Keretapi Tanah Melayu Berhad merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992.

Apa yang Melayu tinggalkan.....Perkampungan Melayu yang mewarnai ibu kota termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat, Kampung Batu Muda, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi, Sungai Pencala dan Ulu Klang. Masih ada belum terjejas lagi..masih ada Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....HANYA ada dua orang Melayu dalam senarai 10 paling kaya di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhkary dan Tan Sri Azman Hashim manakala Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, T. Ananda Krishnan, (Malaysian Business 2008). Kesian Melayu.

Jadi..rasanya inilah apa yang Melayu tinggal kini...seni dan permainan seperti joget lambak, tarian zapin, mak inang, dikir barat manakala permainan pula ialah congkak, batu seremban, cak limpung dan sepakraga untuk menghibur hati orang-orang Melayu..

Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'ad; ayat 11)...renung-renungkanlah....


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Anonymous said...

Setuju dgn pendapat anda tapi apa yg anda boleh lakukan utk merubahnya. Dgn menukar kerajaan dan saya pasti dgn analisa anda bermula dari sejarah anda pasti termasuk dgn nas2 al quran anda sememangnya yg teramat betul. lagi elok kalau anda yg menjadi pemimpin negara. Tengaok seberapa mana and boleh lakukannya seprti tulisan anda yg hanya menganalisa keburukan seolah2 tiada kebaikan langsung.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com