8.12.2008

Beautiful Islam

. 8.12.2008


Minister's wife, Datin Seri Jeanne Abdullah who converted to Islam more than 30 years ago, said she is happy with the religion.

Describing Islam as a "beautiful religion", Jeanne said she had no regrets ever since she converted at the age of 23 for marriage. Alhamdulillah. Apabila kita faham tentang Islam...tahulah kita bahawa Islam itu agama yang syumul.

"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya."Islam tidak terbatas kepada Rukun Islam dan ibadah rutin sahaja sepertimana yang difahami oleh sebilangan manusia. Ia sebenarnya lebih luas. Di dalamnya terkandung ilmu akidah, konsep kehidupan di dunia dan akhirat, syariat, syiar, akhlak dan pelbagai lagi bidang ilmu yang berkaitan dengan kehidupan individu.


Bagaimanakah menjadi Muslim yang sempurna di sisi Allah? Meyakini Islam sebagai akidah yang benar, mengamalkan syariat Islam yang betul dan menghiasi diri dengan akhlak yang baik. Sukarkah melakukannya? Benarkah sukar menjadi hamba Tuhan?

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

"My most favourite time is when Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) reads the Quran with me during subuh (dawn). I read it in English and he reads and explains to me."

I enjoy reading the Quran without rushing and relish every word," she said.

Baguslah Pak Lah baca Quran setiap lepas solat subuh bersama isterinya yang tercinta. Namun lebih baik kalau Pak Lah mengamalkan isi Al-Quran itu sendiri dalam pentadbiran negara yang mana beliau menjadi terajunya.

Lebih baik juga hukum-hukum yang terkandung di dalam Al-Quran yang menjadi tuntutan agama islam dilaksanakan di dalam negara kita. Jauh dari rasuah, kronisma, salah guna kuasa, kebobrokan sosial, maksiat, fitnah, adu domba dan mengajak kepada amar maaruf.

Membaca dan memahami Al-Quran adalah satu amalan yang dituntut namun melaksanakan ilmu yang kita tahu adalah wajib. Macamana Pak Lah? Mulakan dari keluarga saudara dengan memastikan Datin Jean dan Nori menutup aurat sebagaimana yang dituntut oleh Allah. Datin Seri memerlukan bimbingan dan beliau, Alhamdulillah nampaknya cenderung kepada Islam....


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com