8.08.2008

Kementerian Penerangan join persatuan blogger

. 8.08.2008


Layari laman web Kementerian Penerangan Malaysia @ http://myblog.gov.my/

Kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memberi jaminan Bajet 2009 yang akan dibentang hujung tahun ini tidak akan membebankan rakyat, sudah pasti memberi satu kelegaan besar kepada rakyat. Lebih-lebih lagi jaminan beliau tersebut bakal memihak kepada rakyat di peringkat bawahan yang kini berdepan dengan kesukaran akibat kenaikan harga minyak, barangan makanan dan perkhidmatan.

Bajet 2009 juga menurut beliau akan memberikan tumpuan untuk menyelesaikan isu-isu besar yang menjadi kegelisahan rakyat kebelakangan ini. Antara yang akan diberi tumpuan adalah untuk menyedia kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan berkesan. Langkah tersebut bertujuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat berikutan peningkatan mendadak kos bahan bakar di samping menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Apakah syor anda kepada pihak kerajaan? Boleh anda komen dan bagi cadangan tapi belum tentu dia nak terima !!!! Lu pikirlah sendiri..


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com