5.26.2009

Dulu Rais hilang teloq kini Zahid pula berjangkit, kehilangan @#malu*^

. 5.26.2009


Malam ni hujah dibatalkan, boleh tido awal, simpan tenaga untuk esok ada game bola, MU vs Barcelona, layan je puak-puak pengecut ni !!!!

MStar melaporkan debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

"Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 bahawa Zahid tidak dapat datang," katanya.

Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai pengganti.


Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

"Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam," kata beliau.

Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal Rasuah Politik.

Sementara itu banyak pihak menyelar tindakan Zahid yang telah bertindak untuk menggantikan dirinya dengan orang lain bagi majlis debat berkenaa.

"Ia menunjukkan Zahid seorang yang bacul dan pengecut yang UMNO ada ketika ini," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Zahid boleh hadir di majlis tarian separa bogel di Bukit Gantang, tetapi rupa-rupanya seorang yang dayus untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat," tegasnya lagi.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com