5.19.2009

PAS menuju Putrajaya selepas pilihanraya ke-13 ini

. 5.19.2009


Insyaallah, berkat doa dan komitmen penyokong dan keberkesanan pimpinan PAS akan bertapak diPutrajaya kelak. Berkat doa semua muslimin dan muslimat semalaysia alhamdullilah, kini, PAS mempunyai Kompleks Pentadbirannya sendiri yang akan dibina di Sungai Mehrab. Insyaallah, PAS akan terus maju dan lebih relevan pada masa akan datang. !! Takbir !!!






PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

-siasahdaily


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

4 comments:

Anonymous said...

Bibit2 pembaziran sudah bermula. apa beza dgn BN?

Tuanrumah said...

nak diceritakan terlalu banyak beza dengan UBN, kronisma, nepotisme, zalim, riak, bongkak, sombong, malaun, waima semua keburukan kalau nak dibongkarkan memang banyak.. hang tak sedar ka atau saje nak provoke. Kenapa PAS nak bina bangunan atau beli bangunan pun nak kecoh !! Lantaklah bukan duit hang pun, rakyat yang derma, sekurang-kurangnya dalam bangunan tu nanti ada dibuat ceramah agama, pusat pengajian agama dan surau, bangunan UMNO di PWTC ada apa!! maksiat bercambah ada lerrr

Anonymous said...

bibit pembaziran..hehehehe..lawak2..apa beza dengan umno..lagi lawak...banyak sgt beza cekk oi!!

smartmedic said...

Alhamdulillah. Moga berkat bumi putrajaya dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat di markas baru. Allahuakbar!

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com