5.27.2009

PAGI ESOK !!!!! JANGAN LUPERRRRR JAM 1 AM

. 5.27.2009


BARCELONA dan Manchester United pernah menghasilkan perlawanan bermutu tinggi di peringkat Eropah dan dengan kedua-dua pasukan beraksi hebat serta menarik musim ini, tidak hairan satu lagi pertembungan klasik dijangkakan bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara kali ini.

Kedua-dua pasukan pernah bertembung sebanyak sembilan kali dalam pertandingan Eropah dengan United menang tiga kali dan Barca dua kali.

Separuh akhir Liga Juara-Juara 2007-08
Barcelona 0-0 Manchester United
Manchester United 1-0 Barcelona (agregat: 1-0)
Lima pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasukan menghasilkan 23 gol, tidak hairan tumpuan diberikan terhadap benteng pertahanan. Beraksi di Nou Camp kali pertama sejak memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 1999, United bermula garang dan dihadiahkan sepakan penalti pada minit ketiga, tapi Cristiano Ronaldo mensia-siakannya. United menang di Old Trafford hasil jaringan tunggal Paul Scholes, yang terlepas aksi final 1999 kerana digantung perlawanan.



Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 1998-99

Manchester United 3-3 Barcelona
Barcelona 3-3 Manchester United
Kedua-dua pasukan beraksi hebat apabila mencatat dua keputusan seri 3-3 dalam Kumpulan D dan walaupun tiada pemain Barcelona daripada skuad itu dalam pasukan sekarang, United memiliki lima pemain. Ryan Giggs dan Scholes menjaringkan dua gol pertama di Old Trafford manakala Wes Brown, Gary Neville dan Scholes menyumbang gol pada perlawanan di Nou Camp dua bulan kemudian. Barcelona gagal meneruskan saingan manakala United kembali ke Nou Camp enam bulan kemudian untuk menjulang trofi kejuaraan.

Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 1994-95
Manchester United 2-2 Barcelona
Barcelona 4-0 Manchester United
Scholes muncul kali pertama di pentas Eropah sebagai pemain gantian pada minit ke-67 apabila United bangkit untuk seri 2-2 di Old Trafford tapi mereka diajar cukup-cukup pada perlawanan kedua.
Enam bulan selepas kecundang 4-0 di tangan AC Milan pada final, anak buah Johan Cruyff bangkit bergaya dengan dua gol Hristo Stoichkov serta masing-masing satu dari Romario dan Albert Ferrer menyempurnakan kemenangan besar 4-0. Jurulatih Barcelona sekarang, Josep Guardiola berada dalam senarai manakala bagi United, Giggs beraksi 79 minit sebelum digantikan Scholes.

Final Piala Pemenang Piala Uefa 1991
Manchester United 2-1 Barcelona
Alex Ferguson merangkul trofi pertama di Eropah bersama United lapan tahun selepas mengemudi kejayaan Aberdeen dalam pertandingan sama hasil dua gol Mark Hughes di Stadium De Kuip, Rotterdam. Beraksi menentang pasukan lamanya, Hughes meledakkan gol pada minit ke-67 dan 74 tapi sepakan percuma Ronald Koeman 11 minit sebelum tamat menjadikan suasana lebih tegang.

Suku Akhir Piala Pemenang Piala Uefa 1983-84
Barcelona 2-0 Manchester United
Manchester United 3-0 Barcelona (agregat: 3-2)
Barcelona yang diterajui Cesar Luis Menotti kelihatan hampir pasti mara ke separuh akhir selepas kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama di Nou Camp, tapi United bangkit hebat di Old Trafford. Bryan Robson menyumbang dua gol manakala Frank Stapleton menjaringkan gol kemenangan.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com