5.17.2009

Langkah ke-2; Tunggu UBN tetapkan masa dan waktu

. 5.17.2009


Tungguuuuu

Perak: Pembangkang Tunggu BN Tetapkan Tarikh Rundingan

BUTTERWORTH, 16 Mei (Bernama) -- Pakatan pembangkang menunggu Barisan Nasional (BN) mengumumkan masa yang sesuai untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di Perak.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti pembangkang bersedia berunding pada bila-bila masa bagi menyelesaikan masalah politik di negeri itu.

"Kita dah kata kita sedia jadi kita tunggu lah. Kita dah bagi kenyataan terbuka, jadi terserah lah...," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Sungai Semambu, Permatang Pauh, dekat sini.



Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau (Najib) bersedia bertemu pemimpin pembangkang malah akan menetapkan tarikhnya jika mereka tidak mengenakan sebarang syarat dalam mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pakatan pembangkang bersedia mendengar pandangan daripada BN untuk menyelesaikan kemelut politik itu dan beliau berharap BN juga bersedia mendengar pandangan daripada pihaknya.

-- BERNAMA


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com