hai, tak habis-habis pemimpin dunia kena baling dengan kasut. Dimulai dengan eksiden presiden Bush kena baling kasur dek wartawan Iraq, satu lagi peristiwa balingan kasut juga berlaku ketika Presiden China memberikan ceramahnya kepada pelajar-pelajar Universiti Oxford baru-baru ini.
Wartawan Iraq yang baling kasut kat Bush tu punya penangan, siap diciptakan game untuk membaling kasut. (Sila klik foto kat bawah ini.]
main la puas-puas, hahaha Bush kena baling kasut dengan aku, kakakaka
tapi, ada satu cerita terbaru lagi, kali ini bukan di Malaysia tetapi di Amsterdam...
Nah, baca kat [sini] sendiri. By the way, ana nak main game kasut ni... i'm sorry.
2.24.2009
[+/-] |
Permainan baling kasut . khusyuk buatnya. |
[+/-] |
Berita terkini ! Pilihanraya di Batang Ai, Sarawak [malaysiakini] |
Malaysiakini telah melaporkan bahawa YB. DATUK DUBLIN UNTING AK. INGKOT, PGBK,AMN telah meninggal dunia dannnn ini bermakna pilihanraya bagi N 29 Batang Ai, Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
YB. DATUK DUBLIN UNTING AK. INGKOT telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai setelah menang tanpa bertanding pada pilihanraya 2001.
2.23.2009
[+/-] |
shopping, Masjid Quba dan Masjid Qiblatain.. |
Dah nak bertolak ke Mekah.. sedih rasanya untuk meninggalkan Madinah Al-Munawarrah. Sebelum itu kami ada masa setengah hari untuk ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan juga pergi ke Ladang Kurma.
Ini roomate ana masa buat umrah, nama Abg Ismail, ana Ibrahim. Member2 cakap Ismail anaknya Ibrahim...alhamdullilah !!!! Orang sebut nama pun penuh... alhamdullilah ! Ye tak abang Ismail.
Opsss.. malam sebelum berangkat ke Mekah, kami pergi shopping dulu. Ana tukang nengok dan bawa beg shopping aje, wife ana tukang nengok, tunjuk dan beli, tak banyak pun beli, cuma keperluan peribadi, keluarga dan sahabat di Malaysia.
Shopping kat sini tak lengkap kalau tak beli minyak wangi.. ehhh minyak atar la. Minyak Hajarul Aswad.
Tengok.. tengok.. tangan kosong je beb !!
Foto di atas adalah Masjid Quba, masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah SAW setelah tiba di Kota Madinah.
Alhamdullilah, ana telah bersolat sunat di dalam Masjid ini. Manakala foto dalam Masjid di bawah pula ialah bahagian dalam Masjid Qiblatain. Sejarah Masjid Qiblatain di [sini].
Selingan: Foto bawah ialah pemandangan dari luar Masjid Qiblatain.
2.22.2009
[+/-] |
Foto ziarah ke Kota Madain Saleh (Bhgn 2) |
Kisah sejarah Nabi Saleh kat [sini]
Cantik kan rumah batu ni....
Eh.. eh.. eh.. ana, wife dengan sapa lak ni. Oooo rupanya bergambar dengan Ustaz Munif Ahmad, dari kumpulan Hijjaz nashid tu. Apa khabar Ustaz..
Salah satu rumah yang kami lawati.. tak de ape pun kat dalam tu cuma berbentuk 4 segi serta ada ruang-ruang untuk letak mayat keluarga mereka.
Yang kat belakang tu adalah tempat persemadian mayat-mayat penghuni rumah tersebut dan ianya ditutup oleh batu yang telah dipahat, hebat sungguh. Tapi kini dah hilang, tak tau ke mana menurut mereka...
Ini pula adalah tempat pemujaan berhala mereka. Dihujung atas diletakkan berhala dan puak-puak ini akan duduk serta melakukan pemujaan mengikut adat agama mereka. Semua ini diterangkan oleh pemandu pelancong kami, pak arab tu..
Aha ! Tempat ini dulu adalah tempat persidangan atau mesyuarat ketua-ketua agama bagi kaum Thamud. Ianya tak ada meja cuma batu besar yang dipahat untuk menjadi tempat duduk. Segala keputusan mesyuarat akan diputuskan di sini.
Foto kat belakang tu adalah perigi yang dibina oleh kaum Thamud dulu. Dalam sungguh periginya, bijak sungguh kaumThamud ini hingga tempat ini dahulu adalah kota perdagangan yang sangat terkenal sewaktu zaman Nabi Saleh.
[+/-] |
Foto ziarah ke Kota Madain Saleh (Bhgn 1) |
Menariknya kisah serta foto-foto sekitar Madain Saleh di [sini] dari sahabat yang telah sampai ke sana lebih awal untuk tatapan semua.
Foto ini tunjuk pemandangan matahari turun dekat kawasan ini, indah kejadian Allah SWT walau di mana kita berada.
Ini analah, sejuknya tempat ni walaupun matahari dah naik tapi tak la sampai beku, hehehe.
Nengok la rumah batu ini, hebatkan kaum Thamud dulu, mengukir batu untuk dijadikan tempat tinggal, rumah ini dikira keturunan diraja melihat kepada jumlah tangga di atas dan terdapat ukiran burung helang namun telah dimusnahkan oleh sahabat terdahulu atas faktor menduakan Allah.. nauzubillahiminzalik.
Terpegun melihat batu diatas yang seolah-olah tergantung oleh puncak yang tajam. Proses ini terjadi akibat perubahan cuaca disini sejak dahulu lagi.
Percaya atau tidak ! kawasan ini telah dipagar dan proses pengalian semula kota lama Madain Saleh sedang dijalankan. Ianya dilakukan dengan kerjasama Arab Saudi dan United Nation. Menurut jurucakap Pak Arab tu, ianya dijangka mengambiol masa 2 tahun dan insyaallah, kita akan dapat melihat kota tersebut secara realiti kelak ! tunggu..
Inilah sebahagian kawasan yang dipagar dan sedang dikorek tanahnya untuk menunjukkan kepada dunia bukti kewujudan kota Madain Saleh ini..
2.20.2009
[+/-] |
Demi maruah Islam, rela syahid dan kelaparan. |
Apa yang dapat diluahkan lagi, membaca kedua-dua artikel ini cukup menyentuh perasaan, membangkitkan kembali semangat jihad, walaupun berjauhan dari bumi Gaza namun niat untuk mati dibumi Gaza ini tetap bersemadi.
Bridget Al-Qassam mempertahankan maruah dengan tidak memberikan sesuatu tanpa peperangan dengan Yahudi zionist [artikel kilik sini] manakala Juru Runding Israel, Amos Gilad menyatakan bahawa puak Palestine Gaza lebih rela kelaparan dari penyerahkan anggota tentera Israel yang ditawan, Gilad Shalit. Baca [artikel disini]. Betapa hebatnya komitmen pejuang-pejuang serta rakyat Gaza yang sehidup semati dengan perjuangannya, demi mengangkat maruah Islam serta menelanjangkan maruah Yahudi.
Kita di Malaysia, di mana maruah yang ada. Tepuk dada tanya selera !!
[+/-] |
Kisah benar perempuan tua , lembu dan Gaza |
(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.
2.19.2009
[+/-] |
Puak BN tak derr teloq, takut bubar dewan Perak |
Alaaaaa, wa dengaq apa yang Pak Lah lembik cakap kat [Malaysiakini]. Fed-up betui la rasanyerrrr. Wa dah standby beli tiket dah ni nak balik Perak ngundi ni. Ishhh ingatkan dapat bertarung laksana Hang Tuah lawan Hang Jebat, la ni Hang Jebat dah undur, depa mai hantaq Hang Kataq. Kataq tu ada teloq ke, kalau takderr maknanyerr puak-puak seberang tu la yang jueh, ka ka ka
Bagi wa la kan, aperr la susah-susah bertelagah buat malu kat negori lain jer, tengok Kelantan tu tak jelous kerr ! aman makmur dibawah naungan tok guru. Bubar je la dewan tu, biaq rakyat yang pilih. Wa rasa dan semua penyokong Pakatan Rakyat bersetuju kita buat pilihanraya negeri semula dan kalau BN menang , perintahlah kami turuti saje. Puak-puak kami dah biasa kalah, bagi kami biasalah tu, dunia bukan nak kiamat esok, dua tahun lagi bukannya lama, yerrr tak !
Yang Pak Lah ni satu, yang dok perangat juak-juak hang tu buat ape. Kita fight cara anak jantan, bukan cara mat lembut (dalam puak BN tu ada sisotong + kataq = ? ka ka ka. Awat, hang tu punya lembut jugak ka sampai takut nak lawan cara jantan ! Tak larat nak pi test kot. Tolonglah Pak Lah, belum berenti ni buatlah jasa yang orang dok ingat sampai hang mati. Ni tak, tak tau la jasa apa sejak jadi PM yang boleh wa cita kat anak cucu wa kelak.
Teringat pasai jasa, wa dah list jasa2 siNajis..opsss sorry typing error Najib. Dan boleh dibukukan sejarah dia. Kalau nak timbang guna dacing BN tu, tentulah berat kot belah dia coz dacing tu banyak tipu helahnyer. Banyak sampai la ke kes Altantuya dan kapal selam Kala Jengking tur. Wa tak suka "Scorpion", mengagungkan bahasa omputih jerrr, hampehh!!
Wa dok celoteh ni bukanya aperr, wa sedih coz wa nak balik kampung, ngundi, nak balik kampong ngundi pas, nak balik kampung ngundi pas nak balik kakakak !!!
[+/-] |
Merc di Terengganu, Camry di Perak, kini VOLVO beb !! di Sabah. |
Apa PM lembik nak kata lagi, tak terlioq ke nengok Musa Aman and the Geng gi lawat naik VOLVO. Tak caya baca [sini]. Cisss, aku bagi 20 billion bangunkan Sabah, Volvo dia beli. Setahu ana kalau kat Sabah mana ada orang pakai kete mewah sedan paling koman pun Ninja King. Harga more than RM500K. Ana pun cuma guna RAV4 harga RM150K, saje nak eksyen kat puak-puak UmNO ni, kakaka.
Ni mesti Volvo jenis 5 siries tu 4WD la, mana main sedan-sedan ni sakit pungkok bila pegi lawat kampung yang dah lebih 45 tahun merdeka dok macam tu juga. Orang Sabah tak pandai komplen cuma depa suka simpan dalam hati ajer !!. Ramai kekawan ana kat Sabah ni cakap macam tu. Tapi yang peliknya bila musim pilihanraya depa ngundi puak seberang tu juga asalkan dapat tong biru air, atap zink, kain dan lain-lain habuan lagilah.
Pehh!!! terkeluaq air lioq orang Sabah bila nengok Musa Aman dan 12 menteri turun padang pakai Volvo beb, duit rakyat tu tapi depa pun tak dapat rasa naik, keciannyerrrr. Ana juga dapat tahu yang ramai Cina Sabah dan kaum bumi Sabah berhijrah ke Australia coz tak puas hati pasal sistem pentadbiran kat Malaysia. Pernah kami berbincang pasai perkara ini. Depa cakap kalau ada tempat tinggal yang lebih baik baik blah, tapi tak leh bincang kat sini coz ada benda yg terlalu sensitif bagi rakyat Sabah.
Macamana rupa nanti VolVo tu yerr, tunggu la waktu kempen pilihanraya Pensiangan nanti, ana tunjukkan gambarnyer. Wassalam.
[+/-] |
Bandar zaman kerajaan Nabatean di Al-Ula |
Kerajaan Nabatean sebenarnya meliputi kawasan yg sangat luas dari MADA'IN SALEH di Arab Saudi sehingga ke Petra di Jordan dan Damsyiq di Syria. Petra dikatakan adalah ibu negara kerajaan Nabatean. Mereka menguasai jalan perdagangan silam di samping memungut cukai dan melindungi kafilah perdagangan yg berisi rempah dan sutera India, gading Afrika serta kulit haiwan. itu adalah sebahagian cerita yang ana ketahui..
Al-Ula adalah satu bandar persinggahan para pedagang yang berdagang dari Mekah ke Syria. Jarak di antara Madinah dan al-Ula ialah 399 KM sedangkan jaraknya dengan Jordan dalam 500 KM.
Apa yang ingin ana kongsi pada saat ini ialah sebuah kubu dan makam seorang panglima Islam, Musa bin Nusair.
Ketika Islam telah sampai ke Afrika Utara iaitu Tunisa, Libya dan Magribi, maka operasi dakwah ingin diteruskan ke benua Eropah.
Operasi dakwah ke Afrika Utara ini diketuai oleh seorang panglima Islam bernama Musa bin Nusair. Panglima Islam ini kemudiannya merekrut seorang lagi panglima hebat bernama Tariq bin Ziyad.
[Nampak tak menara masjid kubah berwarna hijau yang masih terpelihara dan digunakan hingga ke hari ini]
Tariq ibn Ziyad merupakan seorang pemuda yang berbangsa Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Tubuhnya tinggi lagi tegap.Di negara Spanyol namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu. Tariq membantu Musa bin Nusair membina benteng pertahanan Afrika Utara.
Kejayaan mereka ini hanyalah sementara. Bagi Musa bin Nusair, beliau menerima nasib hampir yang sama. Ia dilucutkan jawatan dan dihinakan. Cuma ia tidaklah dihukum. Setelah kematian sahabatnya Panglima Islam Tariq ini, beliau membawa diri ke al-Ula. Darah panglima yang mengalir di dalan tubuhnya membuatkan beliau membina benteng pertahanan di al-Ula ini. Benteng ini digunakan untuk mempertahankan kota al-Ula dari serangan penyamun-penyamun padang pasir. Wallahualam..