Nak tahu ana solat Subuh dimana, alhamdullilah..ana menyusup masuk dan menyelit, dapat tempat berhampiran mimbar nabi. Walaupun berhimpit, ana tetap bersyukur.
Habis solat Subuh, (dimasjid ini tak der doa imam macam kat Malaysia, sendiri-sendiri ler) ana bergegas menziarahi Rasulullah s.a.w dan memberikan salam pertemuan dengan Rasul Agung yang maha tercinta ini. juga salam dari keluarga serta sahabat handai. Satu persatu pintu makam ana lewati.
Bisikan doa "Assalamualaikum ya Rasullullah !! Salam sejahtera ka atasmu, Rasul Allah yang Agung lagi Mulia....". Mata menjeling kedalam ruang melalui jeriji besi tersebut. Ya Allah, Ampunilah daku, air mata ini terus menitis mengenangkan sejarah perjuangan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Terdapat 3 makam di dalam Masjid Nabawi, iaitu Makam Rasulullah s.a.w, makam Khalifah Pertama – Saidina Abu Bakar al-Siddiq, dan Khalifah Kedua – Saidina Umar al-Khattab (radiallahu anhum). Ketiga-tiga makam mereka diletakkan bersebelahan, dan boleh dilihat dengan jelas pintu makam mereka yang dilitupi kain hijau.
Beransur ke pintu kedua, mengucapkan salam keatas Abu Bakar Al-Siddiq, sahabat Rasul yang paling disayanginya, sahabat yang sama-sama merasai keperitan perjuangan Rasullulah SAW, dan seterusnya ke makam Umar Al-Khatab, khalifah ketiga dengan gelaran "Faruq" yakni yang memisahkan antara yang haq dan yang batil.
Habis ziarah pulang ke bilik hotel, rehat dan tidur coz keletihan. Sebelum zuhur, ana dan isteri bergegas sekali lagi untuk bersembahyang Zohor berjemaah. Sebelum tu ana ceritakan yang ana dapat sembahyang di kawasan raudah serta menziarahi makam nabi dan para sahabat. Teruja mendengarnya dan ana katakan bahawa waktu untuk lawatan bagi wanita adalah selepas Zohor hingga ke Asar.
Alhamdullilah, isteri juga dapat menziarahi dengan izin Allah SWT..
2.09.2009
Madinah Al-Munawarrah, kota Rasullulah SAW
Webmaster; sambung lagi pengembaraan ziarah kami...tunggu yerrrr
0 comments:
Post a Comment