2.13.2009

Mada'in Saleh, sejarah kaumnya yang ingkar kepada Nabi Saleh as.

. 2.13.2009




Aiiii.. takkan singgah je kat Khaibar, rupanya plan kami menuju ke Al-Ula dan Madain Saleh, kota nabi Saleh dahulu yang dikatakan kaumnya amat pandai dalam pertukangan batu-batu hinggakan rumah mereka pun dalam batu. Tak caya.. nanti ana tunjukkan foto-fotonya..


Lepas check-in, makan dan solat jamak taqdim Zuhur dan Asar, kami pun berangkat menuju ke satu kawasan desert (ewah.english lak ! padang pasir) menyaksikan pembentukan batuan bukit dan gunung semulajadi yang terbentuk hasil perubahan alam, akibat angin, hujan, panas dan pelbagai aktiviti lain hingga bukit batuan tersebut ada yang menyerupai kepala anjing, bentuk gajah, pin bowling dan lain-lain lagilah.


AAaaaaa.. nampak tak batuan bukit yang terbentuk kat belakang hotel kami menginap ni... mengasyikkan dan mengkagumkan. Kejadian alam yang Allah SWT menyuruh kita memikir, menghayati dan mengakui bahawa segala kejadian di muka bumi ini adalah hakNya.

Sejuknya kat sini.. tak tau nak cakap, datanglah kalau nak rasa kesejukannya tapi datang dalam musim sejuk yerrrr



ini baru preview bila kami sampai di Hotel Al-Ula, cerita menarik akan terbit dalam artikel selanjutnya...

Antara kisah yang bakal diceritakan ialah;

1.0 Kisah bagaimana kaum Thamud menderhaka kepada Nabi Saleh sepertimana yang tercatat dalam Al-Quran. Foto-foto menarik rumah-rumah batu serta kotanya.

2.0 Kisah penaklukan kerajaan Bani Uthmaniyah keatas Arab Saudi serta komplot oleh kerajaan Arab waktu itu yang bersekongkol dengan British menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah. Foto-foto peninggalan sejarah kerajaan Uthmaniyah masih ada.

3.0 Dan ana nak gi rehat dulu, tunggu..


mak kau!!, dalam bilik hotel pun punya lah sejuk sampai tak leh nak tidoq, roommate lain dah krok..krok.. ana belum kagi, menggigil kesejukan..ha .ha..ha


klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; Kaum Nabu Saleh dikenali dengan Kaum Thamud, sejarah Nabi Saleh as ada diceritakan dalam Al-Quran, surah Al-Hijr dan surah Al-Araaf, bacalah ..



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com