Kerajaan Nabatean sebenarnya meliputi kawasan yg sangat luas dari MADA'IN SALEH di Arab Saudi sehingga ke Petra di Jordan dan Damsyiq di Syria. Petra dikatakan adalah ibu negara kerajaan Nabatean. Mereka menguasai jalan perdagangan silam di samping memungut cukai dan melindungi kafilah perdagangan yg berisi rempah dan sutera India, gading Afrika serta kulit haiwan. itu adalah sebahagian cerita yang ana ketahui..
Al-Ula adalah satu bandar persinggahan para pedagang yang berdagang dari Mekah ke Syria. Jarak di antara Madinah dan al-Ula ialah 399 KM sedangkan jaraknya dengan Jordan dalam 500 KM.
Apa yang ingin ana kongsi pada saat ini ialah sebuah kubu dan makam seorang panglima Islam, Musa bin Nusair.
Ketika Islam telah sampai ke Afrika Utara iaitu Tunisa, Libya dan Magribi, maka operasi dakwah ingin diteruskan ke benua Eropah.
Operasi dakwah ke Afrika Utara ini diketuai oleh seorang panglima Islam bernama Musa bin Nusair. Panglima Islam ini kemudiannya merekrut seorang lagi panglima hebat bernama Tariq bin Ziyad.
[Nampak tak menara masjid kubah berwarna hijau yang masih terpelihara dan digunakan hingga ke hari ini]
Tariq ibn Ziyad merupakan seorang pemuda yang berbangsa Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Tubuhnya tinggi lagi tegap.Di negara Spanyol namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu. Tariq membantu Musa bin Nusair membina benteng pertahanan Afrika Utara.
Kejayaan mereka ini hanyalah sementara. Bagi Musa bin Nusair, beliau menerima nasib hampir yang sama. Ia dilucutkan jawatan dan dihinakan. Cuma ia tidaklah dihukum. Setelah kematian sahabatnya Panglima Islam Tariq ini, beliau membawa diri ke al-Ula. Darah panglima yang mengalir di dalan tubuhnya membuatkan beliau membina benteng pertahanan di al-Ula ini. Benteng ini digunakan untuk mempertahankan kota al-Ula dari serangan penyamun-penyamun padang pasir. Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment