Kisah sejarah Nabi Saleh kat [sini]
Cantik kan rumah batu ni....
Eh.. eh.. eh.. ana, wife dengan sapa lak ni. Oooo rupanya bergambar dengan Ustaz Munif Ahmad, dari kumpulan Hijjaz nashid tu. Apa khabar Ustaz..
Salah satu rumah yang kami lawati.. tak de ape pun kat dalam tu cuma berbentuk 4 segi serta ada ruang-ruang untuk letak mayat keluarga mereka.
Yang kat belakang tu adalah tempat persemadian mayat-mayat penghuni rumah tersebut dan ianya ditutup oleh batu yang telah dipahat, hebat sungguh. Tapi kini dah hilang, tak tau ke mana menurut mereka...
Ini pula adalah tempat pemujaan berhala mereka. Dihujung atas diletakkan berhala dan puak-puak ini akan duduk serta melakukan pemujaan mengikut adat agama mereka. Semua ini diterangkan oleh pemandu pelancong kami, pak arab tu..
Aha ! Tempat ini dulu adalah tempat persidangan atau mesyuarat ketua-ketua agama bagi kaum Thamud. Ianya tak ada meja cuma batu besar yang dipahat untuk menjadi tempat duduk. Segala keputusan mesyuarat akan diputuskan di sini.
Foto kat belakang tu adalah perigi yang dibina oleh kaum Thamud dulu. Dalam sungguh periginya, bijak sungguh kaumThamud ini hingga tempat ini dahulu adalah kota perdagangan yang sangat terkenal sewaktu zaman Nabi Saleh.
2.22.2009
Foto ziarah ke Kota Madain Saleh (Bhgn 2)
Webmaster; Kekadang politik di Perak ini membantutkan pengisahan ana di Tanah Suci ini, itu la antara sebab artikel kisah ini lambat keluar. EEEeeeee bila la nak election ni !!!
0 comments:
Post a Comment