2.13.2009

Pertarungan dua bukit - Ref Malaysiakini

. 2.13.2009


[Malaysiakini]

Siap siaga.. pertarungan antara dua bukit. 1. Bukit gantang di Perak dan 1 lagi di Bukit Selambau. Pakatan Rakyat mendahului Barisan Najis opss typing error ... sorry.. dengan bekerjasama meletakkan calun PKR di Bukit Selambau [Ref Malaysiakini] dan calon PAS di Bukit Gantang cuma calon yang sesuai belum jumpa lagi.


Sepertimana pencarian calon-calon di PRK Kuala Terengganu, bagi PAS pencarian calon-calon adalah yang paling sukar, teramat sukar bukan macam cari calon Akademi Fantasia ke atau calon Cari Menantu ataupun calon Gadis Melayu. Sukar kerana apa ? Kerana calon-calonnya ramai yang berwibawa, berkelayakan, berpendidikan, agama tidak dikesampingkan..itu yang paling utama. Ibarat nak jadi pejuang HAMAS, bukan main tarik masuk aje, seseorang calon pejuang HAMAS kena khatam Al-Quran, solat 5 waktu, jemaah Subuh tak pernah tinggal dan yang paling penting tinggal duniawi akhirat yang utama.

Tak caya..perbanyakkanlah baca kisah pejuang HAMAS ni.. hampir sama dengan perjuangan PAS cuma PAS berjuang melalui ide politik, HAMAS pun begitu tetapi bersama senjata. HAMAS ditindas dengan begitu hebat, dugaan PAS baru kecil aje. Kena juga tindas dengan anak zionist ni..


Cakap tentang dua bukit ni, teringat kisah Bukit Uhud dan Bukit Al-Rummah (Bukit Pemanah). Baru jer ana ziarah tempat ni. masih terbayang depan mata perkuburan serta dua bukit ni. Tak caya kerr.. bukti kat foto bawah ni..


Harus semua pihak dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar peristiwa perang Uhud yang mana ada pihak mengingkari perintah Rasullulah sewaktu kemenangan hampir berpihak kepada pejuang Muslim. Kegagalan mematuhi arahan menyebabkan 70 pejuang Muslim mati syahid dan Rasullulah sendiri mengalami kecederaan.

Maka ikutilah arahan pemimpin, usah diingkari, satukan hati untuk menentang puak-puak zalim. Jadikan dua bukit ini iaitu bukit Uhud dan bukit Ar-Rummah sebagai iktibar, tak kisahlah kalau anggap perjuangan memepertahankan dua bukit ini iaitu bukit Gantang dan bukit Selembau sebagai jihad menentang kebobrokan, kezaliman, penganiayaan dan hidupkan kembali maruah Islam serta keadilan.

erhhhh.. kalau dulu pejuang Islam bersama Rasullullah menentang kaum Musyrikin Makkah di dua bukit ni, di Malaysia ! Pakatan Rakyat tentang puak aper yerr...jawab sendiri le !!!


klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; Akan bersama blogger PerakNetwork berjuang menghancurkan kerajaan haram UmnO di Perak. Takbir !! Allahuakhbar.



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

Anonymous said...

kali ini PAS/PKR menentang puak..... Yahudumesia (yang semau boleh) dan heavy metal(C4).... cuma doa dan tawakal jer boleh menang. Ketua pahalawan ni bukan sembarangan ketus, dia boleh buat dan guna apa sahaja jentera kerajaan untuk kemenanganya...(Sultan pun boleh di guna pakai)

Anonymous said...

Yahudumesia =)) anoy yang kata bukan ana yang cakap :))

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com