2.07.2009

Alkisahnya.. berangkat menjadi tetamu Allah

. 2.07.2009



Dari Kota Kinabalu...ke Kuala Lumpur dan....


seterusnya 10 jam penerbangan ke Jeddah..

19.01.2008....bermula pengembaraan kami untuk pertama kalinya..
Bangga ada, gementar ada, gembira ada, ceria, takut pun ada dan seribu satu macam perasaan timbul dibenak kami (pemergian ini adalah bersama isteri ana)

Umroh dan ziarah yang kami lalui ini sangat mengujakan. Tempat-tempat yang kami ziarahi termasuklah;

1. Madinah Al-Munawarah..terletaknya Masjid Nabawi, masjid kedua suci selepas Makkah Al Mukaranah, kota bersemadinya Rasullullah SAW, kota bercahaya. tempat yang telah diziarahi termasuklah Makam Rasullullah SAW, makam Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA, perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan beberapa tempat menarik lain.

2. Mada'in Saleh - Tempat tinggal kaum Samud iaitu umat Nabi Shaleh kota peninggalan kerajaan Nabatean dan Petra di Al Ula.



3. Makkah Al Mukaramah - Tempat lahirnya Islam dan Nabi kita Muhammad SAW, kota ibadah haji dan umroh. Terdapatnya perkuburan Ma'la, ahli kubur yang kedua dibangkitkan di akhirat kelak selepas ahli kubur di perkuburan Baqi.

4. Jabal Nur - merasai keperitan mendaki gunung tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari malaikat Jibrail..akan udarakan foto-foto pendakian kelak.

5. Ziarah ke Jabal Tsur, Mina, Arafah, Muzalifah, ladang unta, muzium dua masjidil haram dan beberapa tempat menarik lagi yang akan diceritakan kelak...

6. Taif. - kota yang diangkat malaikat dari Syria, di bawa tawaf di Kaabah, kota subur dengan tanaman, juga kota yang sejuk sepanjang tahun.

7. Batu tergantung di Taif, Masjid Bilal, pergunungan Al-Shafa serta beberapa tempat lain lagi.

8. Tempat bermiqat di beberapa tempat yakni di Tana'im, Janara'ah, Bir Ali, Hudaibiah dan beberapa tempat lagi.



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; Kisah mengembaraan kami akan menyusul seterusnya..kerap-keraplah jenguk blog ni yerrrr



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com