2.09.2009

Solat jenazah, perkuburan baqi dan bacaan al-quran..

. 2.09.2009


Seharian di Madinah...

Keistimewaan beriktikaf dimasjid ini cukup tenang, masing-masing membaca al-quran, berzikir malah ada yang termenung mungkin menghisab diri sendiri wah!!! banyaknya dosa yang ku lakukan selamaku hidup ini, berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.


Setelah solat Zuhur, ana beriktikaf di dalam masjid. Disini, selepas solat wajib akan ada solat jenazah. Berebut-rebut orang ramai ingin mengangkat jenazah untuk dibawa ke perkuburan. Kebetulan ana solat Asar di ruang hadapan mimbar yang cuma ada 6 atau 7 saf sahaja. Solat jenazah diteruskan selepas itu. Mayat simati diletakkan didalam bilik hadapan juga kebetulan ana terlihat sewaktu pintu dan tirai terselak lalu terdapat beberapa jenazah.

Sungguh bertuah mereka ini yang meninggal di Madinah..ustaz ada menceritakan bahawa sesudah kiamat, manusia yang pertama akan dibangkitkan ialah Nabi Muhammad SAW, diikuti para sahabatnya, kemudian sahabat seislam yang meninggal diperkuburan Baqi ini dan seterusnya diperkuburan Maa'la di Makkah.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Akulah orang pertama yang dikeluarkan daripada pecahan bumi pada hari Kiamat dan akulah juga orang yang pertama dibangkitkan. Aku, Abu Bakar dan Umar r.a akan keluar ke perkuburan Baqi', lalu membangkit mereka. Kemudian membangkit penduduk Mekah. Oleh itu, mereka akan berkumpul di antara dua Tanah Haram. Sesungguhnya seramai 10,000 orang sahabat telah dikebumikan di Madinah Munawwarah."


Ustaz menggalakkan semua kita agar berniat untuk mati di sini...

Memang niat ana selepas solat Asar akan pergi menziarahi perkuburan Baqi. Kebanyakkan dari isteri-isteri nabi (ummahatul-mukminin) dan putera-puteri Rasullullah juga dikebumikan disini. Habis solat jenazah, ramai orang berebut untuk mengangkat jenazah tersebut, ana cuma mengikuti dari belakang. Lajunya mereka berjalan sampai tak terkejar oleh kita..alhamdullilah, pintu perkuburan Baqi dibuka selepas Asar.


Sayu rasa di hati ketika melintasi perkuburan Baqi ini...ana berjalan hingga kehujung tembok sebelah sana dan kemudian pusing semula, mulut tak putus-putus membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada ahli-ahli Baqi.

Selesai ziarah, ana menuju ke Moverick, satu baris gerai untuk makan kebab dengan isteri ana...laparnyerrr...



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; sambung lagi nanti nyerrrrrrr



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com