20.01.2009 - Sampai jerr di Airport Jeddah, kami menaiki bas ke terminal Imigresen untuk check pasport, waktu itu jam lebih kurang 10 malam...waktu Arab Saudi... Nak cita duduk berjam-jam dalam flight, tido...makan...ke tandas...tengok TV...baca buku cara berumroh dan buku agama..borak..itulah aktiviti yang dilakukan oleh ana lerrrr
Siap berkumpul semua kami naik bas menuju ke Madinah Al Munawarrah yang mengambil masa lebih kurang 5 jam, singgah rehat dan makan di suatu tempat namanya kalau tak silap Wadi Bata'in. Solat jamak takhir coz solat Maghrib hormat waktu ketika di dalam flight. Pengalaman pertama kami buat solat hormat waktu coz air sembahyang dah tak derrr...almaklumlah berjam-jam duk dalam flight..he he he
Nak cerita sepanjang perjalanan ini sangat mengasyikkan dengan keadaan di Malaysia. Di Airport Jeddah kedengaran hiruk pikuk bunyi hon kenderaan bertali arus, macam-macam jenis kenderaan yang tak terdapat di Malaysia ada di sini, kebanyakkan dari Amerika Syarikat dan Jepun. Ana yang berhijrah di Kota Kinabalu nak dengar hon kenderaan dalam sebulan pun susah kat sini..jauh bezanya.
Hentian rehat pun aderr..tak macam highway kat Malaysia tempat makannya banyak pilihan serta ruang solat pun selesa tapi kat sini tempat yang kami singgah rehat kena solat kat ruang kedai, kedinginan malam cukup terasa tambahan pula kena air untuk ambil wuduq..pehhh sejuknyerr.
Sepanjang perjalanan ke Madinah, waktu malam..ana pun tidur...
Kemudian dikejutkan dengan suara mutawif iaitu Ustaz Jaafar mengumumkan bahawa rombongan akan memasuki kota Madinah..lihat melalui tingkap bas, sungguh menakjubkan, kota bercahaya yang sering menjadi sebutan sahabat-sahabat, ustaz, ibu dan ayah yang pernah sampai ke sana. Air mata kesayuan menitis mengucapkan syukur atas kesudian Allah SWT dan juga Rasullulah SAW menjemput ana dan isteri menjadi tetamunya.
Ustaz Jaafar membacakan doa memasuki bumi Madinah Al-Munawarah diikuti oleh kami satu rombongan. Air mata masih menitis..syahdunyer cukup terasa dapat memijak bumi Rasullulah..Allah sahaja yang tahu isi hati ini..
Sampai di hotel penginapan kami iaitu Gawharat Al Fayroz Hotel, tidak jauh dari Masjid Nabawi cuma lebih kurang 250 meter sahaja, azan Subuh telah berkumandang..
Hati meronta untuk terus berjemaah Subuh di Masjid Nabawi, check in..masuk bilik..mandi..terus ke Masjid Nabawi, perjalanan ke Masjid Nbawi waktu Subuh cukup dingin walaupun jeket dipakai, al-hamdulillah, dapatlah ana solat Subuh berjemaah di situ...bersambung lagi yerrr
2.08.2009
Airport Jeddah dan check in hotel...
Webmaster; cerita selanjutnya berkenaan seharian bertapa di Masjid Nabawi, pusing-pusing sekitar kawasan Masjid, kota bercahaja dan amat tenang...
0 comments:
Post a Comment