2.18.2009

Exora, Ixora, edora, ikut suka lah labu..

. 2.18.2009


Susulan dari komen ana kat [sini], pihak pengurusan Proton menjelaskan bahawa "Exora" bukanlah nama bunga atau tumbuhan tetapi..ana copy & paste keseluruhan berita dari BERNAMA itu.

18 Februari, 2009 21:07 PM

Exora Bukan Nama Bunga, Kata Proton

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Bhd hari ini menjelaskan bahawa kenderaan pelbagai guna (MPV) barunya, Exora, tidak mengambil sempena nama sejenis bunga.

Bagaimanapun, sebutannya serupa dengan nama sejenis bunga, 'Ixora', kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Exora dipilih kerana ia bukan nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Perkataan Exora tidak wujud," kata Proton sambil menambah bahawa nama tersebut dipilih selepas proses pemilihan yang teliti dijalankan.



MPV baru itu mencetuskan isu berikutan nama 'Exora' yang hampir sama dengan nama sejenis bunga, sedangkan peraduan menamakan kereta itu tidak membenarkan nama bunga atau haiwan digunakan.

Proton berkata semasa proses pemilihan itu, syarikat itu telah menolak semua penyertaan yang merujuk kepada haiwan atau tumbuhan-tumbuhan.

Contohnya, Proton menerima sejumlah 139 penyertaan yang memberikan nama 'Ixora' dan 39 penyertaan yang memberikan nama 'Exora'. Syarikat itu menolak 'Ixora' kerana ia nama sejenis bunga.

Bagi Proton, nama dan tagline itu melambangkan usaha syarikat menawarkan kenderaan terbaik yang boleh mewujudkan kemesraan keluarga.

"MPV ini melambangkan usaha syarikat untuk memasukkan banyak ciri terbaik yang terdapat pada kenderaan penumpang, dan direka bentuk bagi memenuhi keperluan keluarga Malaysia," katanya.

-- BERNAMA


klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; By de way, keinginan nak miliki sebiji ohhh Exora ni tetap ada, insyaallah !!



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com