4.24.2009

1Malaysia; Menteri Kabinet letaknya lebih tinggi dari Mufti

. 4.24.2009


Beginilah jadinya bila konsep 1malaysia diperkenalkan oleh Najib, mufti-mufti diketepikan, ustaz-ustaz dipinggirkan, menteri kabinet islam dinaiktaraf. Selamat datang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Dr S Subramaniam; Sahibul Samahah Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dan Sahibul Samahah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Komen MCA bacalah kat sini ..[Bernama]. Antaranya "Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni. Keputusan Kabinet akan menyelesaikan isu-isu yang telah memberi kesan keharmonian di negara ini," kata Gan Ping Sieu, jurucakap MCA Ketua Biro Pendidikan dalam satu kenyataan.

Kekecewaan jelas terbayang kepada Mufti Perak yang lantang bersuara yang merujuk keputusan kabinet semalam, "anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti," kata Datuk Seri Harussani Zakaria.

"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Harussani dipetik berkata hari ini.

Dalam pada itu, lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentingan, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpama ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukaran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.

Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, ada dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.

Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.


Tuan Rumah; Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Citer selanjutnya ada kat [Bernama], [Malaysiakini], ulasan dari [YB Zul4Kulim]


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Anonymous said...

Salam
Bab agama Islam ni biarlah SSMufti yg dikedepankan bukan politician...
saya cadangkan SSMufti negeri2, ni letak jawatan je, kalau dah mereka di belakangkan, kalau tak ada perubahan juga, raja2 pulak letak jawatan, biar menteri saja yg tabir ... apa pendapat anda, saya agak itu yg mereka mau, mereka nak cakap segan kot...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com