4.21.2009

Toyota Camry milik kerajaan negeri Perak dilelong

. 4.21.2009


Lelong ! Lelong ! Lelong !

1..RM148,000 2 ..RM150,000 3.RM152,000 tahniah ! Toyota Camry yang dibeli oleh kerajaan teraju pimpinan Ir Nizar akan dilelong. Badi kereta Camry cukup terasa oleh puak-puak KUDETA Perak ini. Mari beli, KUDETA Perak nak ganti dengan Volvo dan Merc.



21/04/2009 8:17pm

IPOH 21 April - Kerajaan Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

- Bernama


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

szan said...

haaaa....... apsal jdi mcm tu...bnyk duit ke kjaan ngeri perak..? dh kena tambah utang plak ...ego sngt ke exco ngeri perak...ke bangang semua yg jadi vip tu..

Tuanrumah said...

KuDeta UBN Perak dah gila talak kuasa, lepas hantar notis suruh letak jawatan kat ketua2 kampung Perak, la ni pi lelong kereta ni, lepas ni buat konsert Jom Heboh (program maksiat yg diharamkan mufti cap @#$! perak tu)kat Lumut, tunganglanggang la negeri teman ni nanti....

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com