4.22.2009

PAS mahu tanding di Penanti, sokongan akar umbi kuat.

. 4.22.2009


Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut.

Omar Hassan memberitahu Malaysiakini hari ini, usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Tuan Rumah; Ini bermakna PKR, jika benar berlaku pertandingan ini, pihaknya akan menghadapi wakil 3 penjuru iaitu dari PAS sendiri, ahli gabungan Pakatan Rakyat dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang telah menawarkan dirinya untuk bertanding. Selanjutnya, Ini tidak termasuk UMNO yang akan membuat keputusannya hari ini samada untuk terus bertanding atau tidak.


Susulan itu, alangkah baiknya jika Pakatan Rakyat berunding dalam menentukan kedudukan sebenar kerusi Penanti ini kerna kalau diikutkan potensi kemenangan sememangnya akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Namun, atas dasar krisis rumahtangga yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat buat masa ini sangatlah elok buat parti ini mengundurkan diri bagi menjaga nama baik Pakatan itu sendiri.


Kedudukan PKR dan UBN dalam pilihanraya lalu.

Kita tidak mahu isu TKM1, Fairuz serta isu salahfaham antara pemimpin tertinggi Keadilan dan pemerintah negeri Pulau Pinang menjadi buahpaku puak-puak UBN untuk mengucarkacirkan pakatan ini.

PAS melihat kedudukan mereka amatlah baik dengan sokongan majoriti pengundi Melayu di Penanti. Isu-isu mengenai kontroversi rampasan kuasa di Perak, kontroversi gilakuasa di Terengganu, gila talak dan rasuah di Melaka serta bahang kemanisan yang dirasai oleh seluruh penyokong PAS dan PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan senjata tajam bagi Pakatan untuk mengulingkan pakatan UBN ini.

Puak UBN semakin elergi dengan Pakatan Rakyat @ PR sehingga ada ura-ura untuk menghalang pihak media, rakyat untuk mengharamkan perkataan ini. Hingga sebegiturupa ketakutan mereka menghadapi tsunami PR dewasa ini.

Sewajarnya Tok Guru Haji Hadi Awang membawa perutusan ini kepengetahuan Jawatankuasa Pakatan Rakyat agar satu muzakarah bersama dapat dibuat dan keputusan nanti sudah pasti akan disokong oleh semua pihak.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com