4.24.2009

Jawapanbalas berhubung kes saman gantirugi kerajaan Pulau Pinang.

. 4.24.2009


Puak-puak seberang sana kini mempertikaikan kenapa nak dihebohkan sangat kes MB Pahang kena saman RM63juta sedangkan Pulau Pinang pun kena saman RM14.3juta. Apa beza kerajaan UBN dengan PR ! Ape beza.. ni la kalau pengampu, kaki bodek cap ayam terlolong tanpa fakta.

SILA BACA DAN FAHAMKAN! Ucapan Penggulungan oleh Y.A.B Lim Guan Eng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 28 Julai 2008

Kes Tan Hak Ju

Ini satu lagi kes yang telah merugikan Kerajaan Negeri dan pembaziran wang rakyat akibat kecuaian dan keputusan yang tidak tepat. Saya tidak menafikan bahawa kecuaian dan kelalaian boleh berlaku di mana-mana dan dalam semua perkara. Tetapi saya sangat musykil bagaimana Kerajaan Negeri yang dulu boleh meluluskan sekeping tanah yang luasnya 10.6 ekar kepada seorang individu yang kononnya adalah pengusaha kuari. Tanah seluas 10.6 ekar adalah cukup besar untuk diberikan hanya kepada seorang individu yang sepatutnya tidak berlaku. Dalam kes ini saya sesungguhnya berpendapat telah berlaku kecuaian di semua peringkat.

Kes ini telah menjadi kes mahkamah apabila Kerajaan Negeri yang lalu telah membatalkan pemberian milik tanah tersebut. Akibatnya Kerajaan Negeri mengalami kerugian apabila keputusan mahkamah telah berpihak kepada individu berkenaan. Saya difahamkan bahawa sebelum kes ini difailkan di mahkamah, telah ada proses perundingan untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.

Dalam proses rundingan tersebut, pada satu peringkat individu berkenaan telah bersetuju untuk menerima ganti rugi yang jauh lebih rendah iaitu RM1.8 juta, tetapi Kerajaan Negeri yang dahulu tidak bersetuju menyebabkan berlakunya saman di mahkamah di mana akibatnya perintah bayaran yang dibuat oleh mahkamah ialah RM29 juta (asalnya RM40 juta – dikurangkan selepas rayuan). Dengan kadar 8% sejak tahun Februari 2005, jumlah kehilangan yang mungkin dialami oleh pihak kerajaan negeri mungkin mencecah RM 40 juta.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri yang dulu kurang bijak membuat keputusan dan tidak menangani kes dengan baik. Lagipun tidak sebarang tindakan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab. Saya dengan ini menegaskan sekali bahawa prinsip CAT yang diperkenalkan oleh kerajaan boleh menghindarkan daripada berlakunya skendal tanah yang merugikan ini.

Kerajaan Negeri yang dahulu tu saper, bukankah kerajaan teruju Gerakan yang dah tak bergerak sekarang ini... layan lagu Geraaaaam dulu.



Tuan Rumah; MB Adnan bengap urus kerajaan Pahang sampai kena saman RM63juta beb!! dulu, Astana Golf pun kena lelong. Alhamdullilah, kes ini berlaku ketika Kerajaan UBN masih pegang Pahang, PAS akan ambilalih Pahang dalam pilihanraya ke13 nanti dalam keadaan yang suci bersih namun pasti akan ada najis yang akan ditinggalkan oleh puak-puak durjana ini sebagaimana najis yang ditinggalkan dinegeri Selangor, Pulau pinang, Kedah dan Perak.

Bersiap sediakah PAS untuk memerintah Pahang!!, bersedialah dengan Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengepalai teraju baru pemerintahan. Takbir !!! Allahuakhbar!!!


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com