4.19.2009

Kongress Makkal Sakthi, ikon baru parti baru kaum India

. 4.19.2009


Makkal Sakhti!. Kuasa Rakyat! People's Power!!. Hindraf akan berjuang atas landasan politik. Mereka akan memperjuangkan nasib bangsa India dengan menubuhkan Kongress Makkal Sakhti. Kenyataan Hidraf tu tak keluaq punya kat paper haprak milik kerajaan, nak tau kat sini. Baca selanjutnya..
Laman web Makkal Sakhti kat [sini]

S. Samy Vellu melalut mengatakan bahawa dia mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam masa 12 bulan ini dengan merapatkan barisan pemimpin dan ahli demi mengembalikan semula kepercayaan penduduk kaum India di negara ini terhadap parti itu. Laporan selanjutnya kat [sini].




SamiBellu semakin terperosok, mengaku 700,000 kaum India menjadi ahli MIC. Onpaper 700,000 kenyataannya 1,000 aje itupun yang kaki ampu dan kaki bodek tegar. Semua kaki ampu dan kakibodeh atas angin pakat angkat kaki coz SamiBellu tak lagi pegang apa-apa jawatan dan tak bawa keuntungan bagi mereka. Ini perkara biasa bagi kesatuan ByEnd. Macam PakLah, senyap sampai sekarang tentunya PakLah masih berduka cita kerana diri terpinggir hatta perasmian Exora pun tak dijemput.

Samy Vellu berkokok sama macam Najib, adik beradik kembar tapi tak serupa. Ucapan Najib sewaktu berucap di hadapan lebih 30,000 penduduk yang menyambut kepulangannya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri di Dataran Pekan mengatakan rakyat tidak menolak Barisan Nasional (BN) sebaliknya menolak kepemimpinan yang tidak dekat di hati mereka. Baca selanjutnya kat [sini]. Sama maksudnya, macam dirancang. Bertapa tok guru yang sama ke?? Pipit terbang dua sejoli.

Pemimpin ByEnd hanya berpura-pura berkokok dihadapan rakyat bahawa mereka akan membuat perubahan tapi setelah beberapa minggu hanya sikap berpura-pura cuba ditonjolkan oleh mereka. Lihat saja 13 tahanan ISA yang dibebaskan, mereka hanya bebas dalam sangkar neraka buatan ByEnd tapi kaki tangan malah semua anggota badan mereka masih terikat dengan peraturan-peraturan yang memenjarakan mereka.

Lihat saja konsep 1Malaysia yang cuba dipsikologi oleh Najib. Sama tapi tak serupa. :Malaysia Malaysian.. "Pas for all"..sama je kan malah DAP dan PAS telah mendahulukan Najib dalam memperkenalkan konsep 1Malaysia ini. Macamana IslamHariHari ciptaan dan bawaan PakLah, Islam ni nak dikaji, Islam boleh dikaji dan dirombakkah?? Hebat ajaran sesat ni...

Nampaknya ikatan PR semakin kencang manakala ikatan BN semakin berkarat. Moga pejuangan menegakkan demokrasi dan keadilan dalam negara Malaysia ini akan menjelma satu masa kelak..Makkal Sakhti!!! Kuasa Rakyat!!!!People's Power!!!Bahasa Cina aku tak tau la pula..kakakaka

Tuan Rumah; Wakaka SamiBellu dah tergugat ! Hindraf tubuh parti untuk perjuangan kaum India. SamiBellu hampir monopaus..kakakaka


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

Laksamana Sunan said...

keluar MIC ramai-ramai!mari masuk parti baru...parti Makkal Sakthi...

Anonymous said...

Makkal Sakhti!. Kuasa Rakyat! People's Power!!.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com