4.24.2009

PAS mesti bersedia menjadi pengganti UMNO

. 4.24.2009


Saya nak bagitau apa sebenarnya sebab ahli2 PAS rata-rata menolak idea "Muqabalah” dan ”Kerajaan Perpaduan”(Kerajaan Nasional). Ianya bukanlah sebab mereka benci pada Presiden PAS. Ahli2 PAS rata-rata masih sayang dan memberi ”baiaah” kepada Presiden PAS. Ramai yang sanggup mati untuk mempertahankan Presiden PAS.

Saya boleh simpulkan dua faktor utama yang membuat ahli PAS menolak terus idea kerajaan nasional atau perpaduan ini.

Faktor pertama adalah ”timing” kenyataan itu dibuat. Ianya dibuat beberapa minggu selepas kerajaan Perak dijatuhkan dengan cara yang amat hina sekali. Di kala itu perasaan benci pada UMNO berada di tahap maksima dan semua ahli PAS tidak mahu berada walau sedikit pun berdekatan dengan UMNO.



Tiba-tiba cadangan kerajaan perpaduan dibuat sewaktu kebencian ahli2 PAS kepada UMNO berada di kemuncak. Oleh sebab itulah Tok Guru Nik Aziz menentang idea ”kerajaan perpaduan” ini dengan membidas Tuan Guru Presiden secara terbuka. Ianya manifestasi kebencian serta kekecewaan ahli-ahli PAS kepada UMNO.

Juga, idea kerajaan perpaduan ini idea yang tidak berpijak di bumi nyata dan mustahil dapat dilaksanakan dalam konteks Malaysia kini. Jelas, Tuan Guru Presiden telah ditipu oleh penasihat-penasihat beliau. Kasihan Tuan Guru Presiden yang mempunyai penasihat yang separuh tiang.

Sebab yang mudah adalah kerajaan nasional ini hanya dilaksanakan dalam keadaan sesebuah negara berada dalam keadaan darurat atau gawat yang sangat besar. Masaalah ekonomi di Malaysia adalah lantaran dari hasil kerja tangan UMNO melalui amalan korupsi, kronisma dan nepotisma mereka. Apakah dengan membawa mereka dalam sebuah kerajaan perpaduan dalam menyelesaikan masalaah ini?

Semua Ahli-Ahli PAS Mahu PAS Mengganti UMNO Sebagai Pemimpin Orang Melayu/Islam

Inilah dia faktor yang kedua dan yang paling besar. Rata-rata ahli PAS meninggalkan UMNO atau menolak UMNO sejak dahulu sebab mereka sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan UMNO.

Mereka telah ditipu oleh UMNO terlalu banyak kali sehingga mereka hilang perkiraan berapa kali mereka telah ditipu. Penipuan terbesar UMNO adalah berkaitan dengan Islam dimana UMNO menjadi batu penghalang terbesar kepada perlaksanaan Islam di Malaysia.

Oleh sebab itu ahli-ahli PAS memilih PAS dan meninggalkan UMNO kerana mereka mahu kepimpinan yang baru dalam hidup mereka. Mereka tidak mahu lagi UMNO memimpin mereka tapi mereka mahu PAS memimpin mereka.

Naluri manusia memerlukan kepimpinan seperti naluri manusia memerlukan makanan dan minuman. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk duduk di bawah kepimpinan PAS. Tidak hairan dalam setiap kitab-kitab akidah islamiyyah, soal akidah mesti diletakkan dalam kitab yang sama dengan permasalaahan kepimpinan.

Selepas 2008, tiba-tiba PAS melonjak naik. Tiba-tiba bukan sahaja PAS diberi peluang memimpin ahli-ahli PAS tetapi PAS juga diberi peluang memimpin rakyat Malaysia dari berbilang bangsa. Hati ahli-ahli PAS melonjak di dalam kegembiraan. Ini bermakna pemimpin yang mereka pilih sudah mampu menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.

Dengan kata lain, tindakan2 yang sepatutnya diambil oleh kepimpinan PAS sepatutnya mengarah kepada menjadikan PAS parti yang selayaknya menggantikan UMNO.

Disangka Panas Sampai Ke Petang....

Namun, sayang seribu kali sayang. Sejurus selepas PRU 2008, sebahagian kepimpinan telah membuat keputusan untuk berselingkuh dengan UMNO. Dengan erti kata lain, mereka telah berbincang dan bertemu dengan pimpinan UMNO tanpa pengetahuan semua AJK PAS Pusat dan tanpa pengetahuan Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz.

Dan yang lebih menyedihkan, kepimpinan yang terlibat itu telah sanggup menipu kepada rakyat umum serta kepada semua ahli-ahli PAS. Apabila ditanya, mereka telah menafikan sama sekali berjumpa dengan UMNO.

Di belakang mereka telah membuat konsipirasi untuk memastikan semua ahli PAS menyokong tindakan mereka hendak membawa PAS kepada UMNO. Antara konsipirasi itu adalah percubaan mereka mempengaruhi Pemuda2 PAS tanpa pengetahuan Ketua Pemuda sendiri di dalam menyokong usaha ”Muzakarah PAS-UMNO”.(Rujuk artikel saya ”Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!

Bayangkan sehingga ke tahap tidak ada langsung kata simpati kepada Anwar Ibrahim sewaktu beliau difitnah dalam isu liwat-Saiful. Apabila ditanya berkenaan isu Anwar Ibrahim ini, boleh dijawab:

Soalan:Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?
Jawapan: Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah. ”


Langsung tiada kata simpati. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang pergi melawat Anwar dan menyatakan simpati beliau bagi pihak PAS kepadanya. Selepas itu,berlakulah rentetan peristiwa demi peristiwa yang telah melibatkan Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan beberapa kenyataan dan berakhir dengan kenyataan umum yang dibuat Tok Guru Nik Aziz mengkondem idea ”Kerajaan Perpaduan” ini.

Semua Ini Mengecewakan Ahli-Ahli PAS

Semua ahli PAS kecewa dengan perkembangan ini. Ahli-ahli PAS hendak melihat PAS maju dengan manjadikan PAS parti yang diterima semua masyarakat Malaysia tanpa mengorbaknkan prinsip Islam.

Lebih-lebih lagi PAS dilihat sebagai parti yang bersih berbanding dengan UMNO yang sangat kotor dan najis.

Jadi, tidak hairanlah dalam Muktamar2 Kawasan kekecewaan ini terserlah sehingga menantu Tuan Guru Presiden juga ditolak perwakilan.

Kepimpinan PAS Masa Depan

PAS mestilah dipimpin oleh merekayang mampu menjadikan PAS parti pengganti kepada UMNO.

Bukan pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi kawan dengan UMNO.

PAS mesti memimpin agenda ”Islam sederhana” di Malaysia yang mana kesederhanaan itu tidak mengorbankan prinsip Islam dan perkara yang ”Qat’ii” dalam Islam.

PAS pernah cuba untuk memimpin agenda ”nasionalisma Melayu”semasa PAS dipimpin Dr Burhanuddin Helmi dan berjaya mendapat sokongan yang mantap dari majoriti orang Melayu tanpa mengorbankan prinsip Islam. Mengapa tidak sekarang dengan agenda ”Islam sederhana”?

Para perwakilan mesti memilih pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan mampu memimpin Malaysia itu sendiri.

Para perwakilan harus menolak semua pimpinan yang mahu membawa PAS hanya menjadi parti sampingan atau parti pembangkang. Status pembangkang hanya layak bagi UMNO dan bukannya PAS.

Kiranya salah pilih pemimpin, maka PAS akan kehilangan peluang keemasan ini buat selama-lamanya. Rakyat akan hilang kepercayaan kepada PAS dan payah untuk PAS mendapat balik kepercayaan rakyat kepadanya.

Dan yang paling penting, perwakilan mesti memilih barisan pemimpin yang akan menjadi pemimpin kepada UMNO, bukannya rakan.

Artikel yang cukup baik dari Tulang Besi


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

Haji Yaziz Yunus said...

Assalamualaikum wrt.
Secara ikhlasnya mampukah PAS mengganti UMNO sebagai mewakali orang Mealayu/Islam di Malaysia? Yang saya takut PKR akan mengambil kesempatan ini dan membiarkan PAS terkontang kanting dipinggirkan. Di tempat saya, walaupun PAS mempunyai banyak ahli dan ranting dari PKR dan DAP, tapi nampak semua kerja-kerja politik hanya menonjolkan ahli2 PKR. Pemimpin PAS umpama takut untuk menonjolkan diri atau mungkinkah kerana mereka merasa diri mereka terlalu kecil untuk ke depan dengan memimpin masyarakat setempat?
Cakap saja berdegar-degar tapi dari segi praktisnya di mana dia muka pemimpin PAS setempat? Sebagai orang Melayu yang menyokong UMNO saya tidak terkilan jika PAS dapat memerintah negara tapi saya teramat bimbang jika PKR dan DAP yang akan memonopoli kerajaan persekutuan PR nanti.
Satu lagi, saya harapkan orang PAS jangan terlalu sombong dan bongkak dengan kejayaan mereka sehingga membuatkan saya serta ramai lagi umat Melayu menjadi amat menyampah!

Penyokong PERKASA

Tuanrumah said...

Salam Yaziz,

Itu sebab artikel ini dikeluarkan oleh TulangBesi, hndknya org Melayu/Islam kembali ke fitrah asal. PAS masih berhemah dalam segala pendekatan yg diambil cuma ahli2 baru mgkn kurang memahami perjuangan PAS dalam menegakkan Islam, dlm mentarbiahkan ahli di+ dgn situasi semasa kini yg desakan rakyat agar PR mengambilalih pemerintahan negara.

PAS telah berjuang lebih 50 tahun dan banyak mengalami asam garam perjuangannya. Kenapa tidak diberi satu peluang untuk PAS memerintah negara. Kita berpilihanraya setiap 5 tahun sekali. Kita tlh ditakutkan oleh phk pemerintah bhw akan terjadi huruhara jika berlaku pertukaran pemerintah walaupun ianya belum berlaku lagi. Ikhlas cakap kalau PAS diberi peluang dan gagal mentadbir sepertimana kehendak rakyat, tukarlah!

Yaziz, UBN sebenarnya semakin menjunam prestasinya akibat pemerintahan kroni, rasuah, maksiat, gila kuasa, gila pompuan.. sayangkah Yaziz utk meninggalkan parti tersebut. Kenapa harus bimbang padahal ianya tdk brlaku lagi. Bolehkah dibaiki labu2 yg dah ditebuk, carilah labu2 lain yg msk ranum dan baru.. hijrahlah utk kebaikkan.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com