4.17.2009

Utusan Meloya cuba gugat ketenteraman awam

. 4.17.2009


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya kenyataan yang dibuat oleh pihak dan individu tertentu itu berbaur negatif.[Bernama]. Musa Hassan tak cakap kosongkan! Tunjukkan kejantanan anda dengan mengambil tindakan terhadap suara perpecahan umat milik UMNO selari dengan apa yang anda laungkan! Ada berani ka...


Dengan tajuk 'Bangkitlah Melayu', akhbar itu memetik beberapa sumber dengan seruan:


"Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu."

"Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka."

Tindakan akhbar Umno menyiarkan laporan itu mengundang kritikan tokoh DAP Lim Kit Siang semalam. Ahli parlimen Ipoh Timur menyifatkan tindakan akhbar itu menyebabkan terbinanya "penjara kaum" dalam BN sendiri dan memusnahkan kewibawaan gagasan Satu Malaysia.

[Tuanrumah; kalau lagu ni dikeluarkan oleh Harakah dan SuaraKeadilan, pasti! konfirm! tidak dinafikan lagi! akhbar2 ini pastinya digantung dan dirampas oleh pekerja-pekerja KDN yang terpaksa buat dalam ketidakrelaan. Lihatlah betapa jentera kerajaan dan kroni dipergunakan dan diperkotak-katikkan, dibuli sesuai dengan motto Najib iaitu 1Malaysia untuk kroni, bukan untuk rakyat sebenarnya.

Najib cuba membina populariti gugusannya dengan konsep 1Malaysia namun dibelakang tabir cuba memprovok kaum agar berpecahbelah. Inilah jenis manusia yang cakap tak serupa bikin. Semua perkara ini akan pecah apabila PRK Penanti diadakan, tengoklah!

Balaci-balaci yang membela Melayu tetapi menolak Islam terkedu, bisu beribu bahasa bila Najib mempromosikan 1Malaysia, sapa yang cuba kelirukan siapa, konsep DAP "Malaysia Malaysian" dan permintaan dari orang Sabah dan Sarawak agar kerajaan menghapuskan pengelasan penduduk pribumi macamana! Bukankah semua ini sama dengan konsep 1Malaysia.

Bukankah ianya sama macam Islam Hadhari jelmaan oleh PakLah dulu. Islam itu dah merangkumi keseluruhan kehidupan namun demi survival PakLah mencipta Islam Hadhari untuk melengkapkannya sesuai dengan kepelbagaian kaum serta sosial bumi Malaysia ini. Islam Hadhari dijaja keseluruh dunia dan kini akan digubah mengikut citarasa pimpinan Najib pula. Prinsip Islam boleh dirombakkah !!

Terlepas cakap buruk padahnya, Najib mula enggan mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan ini. Najib didalam dilema, kuasa Melayu makin kurang, kuasa untuk bangsa lain semakin bertambah. Rakyat marhaen yang prihatin tidak mungkin lupa kabinet baru ini, walaupun dikatakan PR bersekutu dengan DAP. Sama je BN meludah lepas tu jilat ludah tu semula. Memang ini sikap BN dari dulu. Cuma satu pengharapan iaitu Melayu jangan mudah lupa, jika kerap lupa amalkan perkara ini, 5 tiang Islam. 1 Mengucap kalimahsyahadah. 2 Solat 5 waktu. 3 Puasa 4 Zakat 5 Haji..insyaallah kita takkan lupa.]

Lu pikirlah sendiri.....



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Aku anak Malaysia, kerja kat Sabah pon kena permit! terasa macam bangsa asing lak! ..



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com