11.19.2008

Dr Sheikh Yusuf Estes, sedikit info tentang ceramahnya

. 11.19.2008



"...masih menanti kehadiran Dr. Sheikh Yusuf Estes..."

Alhamdullilah, berakhir sudah ceramah hebat seorang pejuang Islam dari United State malam tadi. Gaya seorang penceramah yang menghiburkan, tidak mengantuk dan sangat mudah untuk memahami apa yang disampaikannya. Diselitkan dengan lawak jenakanya dan menyampaikan ceramah bertajuk "Perspektif Islam dalam Sains dan Realiti Sebenarnya" menarik lebih dari 500 orang menghadirinya termasuk dari hadirin luar negeri serta dari anutan agama lainnya.

Kupasan mengenai sains iaitu kejadian alam dan manusia serta huraian Allah yang Maha Pencipta dan Berkuasa atas sesuatu telah dihuraikan oleh Dr Yusuf selama lebih kurang 1 jam 40 minit itu.

Dr. Yusuf juga meninggalkan laman-laman web tentang Islam yang beliau dan organisasinya jalankan kepada hadirin untuk ditelaah dan mendapat panduan darinya. Antaranya;

1.0 Shareislam.com
2.0 Allahsquran.com
3.0 Godallah.com
4.0 Scienceislam.com
5.0 Watchislam.com
6.0 Turntoislam.com
7.0 Yusufestes.com
8.0 Islamtomorrow.com


Pertanyaan adik kecil berusia 10 tahun bernama Anis amat menyentuh perasaan hadirin termasuk Dr. Yusuf sendiri iaitu "Bagaimanakah saya ingin menyebarkan agama Islam ini kepada rakan-rakan saya ?"

Dr Yusuf dalam jawapannya menyatakan bahawa cara kita umat Islam hanya satu iaitu menunjukkan akhlak dan pekerti kita sebagai orang Islam dari segala aspek keperibadian, budibahasa, tingkahlaku, percakapan dan sebagainya. Itulah cara kita menarik non-muslim menganut Islam. Ikut sunnah Rasullulah dengan sikap penyabar, sopan santun, tolong menolong hingga ramai bukan Islam waktu itu tertarik kepada ajaran Islam ini.

Moga ilmu yang disampaikan mendapat manfaat kepada hadirin yang datang bukan sahaja sekitar Kota Kinabalu tetapi juga seluruh tempat yang menjadi persinggahannya diMalaysia ini. Insyaallah.


Webmaster; Ingat kata-kata Dr Yusuf, sembahlah kepada Pencipta kita bukan menyembah pada apa yang dikurniakan Pencipta



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com