11.06.2008

Prasangka baik @ prasangka buruk...Khairy vs Salahuddin

. 11.06.2008



Hal yang nak dibincangkan oleh Khairy bersama Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr Salahuddin Ayub berkenaan foto di atas. Namun jika direnung sejenak suasana politik dewasa ini, timbul prasangka yang tidak baik dan cuba diambil kesempatan oleh Khairy. Adakah ini satu strategi setelah cubaan untuk berdebat dengan Mukhriz masih samar-samar sedangkan tinggal empat bulan lagi untuk Pak Lah meletakkan jawatannya.

Semua maklum Pak Lah sekurang-kurangnya mahu meninggalkan generasi beliau dalam kepemimpinan negara tetapi berdasarkan angka terbaru pemilihan Ketua Pemuda, Khairy jatuh di tempat ke-3 selepas Khir Toyo.

Semua maklum Khairy naik bukan berdasarkan kepemimpinan jitu tetapi atas dasar legasi Pak Lah sama seperti Hishamuddin dan Najib sendiri. Khairy pada dasarnya kurang merasai sepak terajang dalam politik maka itu sebabnya kebanyakan cawangannya di Negeri Sembilan tidak mencalunkan beliau sebagai Ketua Pemuda UmNO.

Adakah peluang beliau bersua-muka dengan Sdr Salahuddin sekadar meraih populariti menanti hari mengundi Mac kelak. Apakah kejayaan beliau menyelesaikan satu-satu masalah yang berkaitan Islam serta isu-isu hangat seperti ISA ini akan menyebabkan bahagian-bahagian UmnO mengundi beliau kelak. Mukhriz sendiri rasanya kurang yakin akan kemenangan beliau kelak...penangan ini telah dirasai oleh musuh ayahnya, Che Det iaitu Ku Li yang kalah dengan beberapa undi sahaja walaupun banyak bahagian sebelum itu mencalunkan beliau sebagai PM...apa-apa boleh jadi dalam tempoh empat bulan ini..politik la katakan.

Persoalan yang timbul, bolehkah Khairy J selesaikannya sedangkan Syed Hamid pun tak nak hapuskan ISA ini. Siapa yang lebih berkuasa, Khairy ahli parlimen, Syed Hamid ada kementeriannya, Khairy boleh bercakap sama seperti group GMI..adakah Hamid nak terima ...awak siapa, Pak Lah dah nak pergi...awak tunggu masa bye ! bye !!

Permintaan Sdr Salahuddin satu pemikiran bijak, buat sesuatu dulu terhadap ISA baru bincang...kalau komitmen sedikit ini pun tak boleh selesaikan, buang masa sahaja untuk berbincang...siapa yang lebih cerdik. Nampaknya Sdr Salahuddin lebih merasai perit sepaknya terajng dalam politik ini, syabas bro...

Jemputan melalui media oleh sdr Khairy Jamaluddin

Fauwaz Abdul Aziz | Malaysiakini | Nov 6, 08 1:13pm
Among other highlights of today's session, Umno Youth chief hopeful Khairy Jamaluddin called on PAS Youth chief Salahuddin Ayub for a meeting to discuss alternatives to the ISA.

Permintaan dari Sdr Salahuddin Ayub,

Thursday November 6, 2008 MYT 3:44:03 PM By ZULKIFLI ABD RAHMAN | The Star
Salahuddin replied he would agree to engage Khairy and anyone only if the ISA was abolished first. Salahuddin said the ISA was a cruel law which should be abolished and replaced with alternative preventive laws based on the Islamic vision of equality for all humans.


Webmaster; Prasangka baik atau prasangka buruk, terpulanglah cuma kalau dilihat dari aspek Khairy @ UmNo, lebih prasangka buruk demi survival politik beliau yang mungkin dipenghujungnya, tetapi dari view Sdr Salahuddin, baik prasangkanya kerna jika pertemuan ini atas dasar menyelesaikan isu dan tidak berkait dengan politik..alhamullilah



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com