11.11.2008

Mac '09 : Referendum perlantikan Perdana Menteri Malaysia

. 11.11.2008


Perlembagaan manakah yang menyatakan bahawa sesiapa yang mendapat mandat tertinggi dalam parti pemerintah (yakni UmnO) akan secara automatik menjadi Perdana Menteri.

Termaktubkah dalam Perlembagaan Persekutuan ? Adakah ? Tolong tunjukkan ! Klausa mana ? Bab mana ? Apakah tradisi perlantikan itu secara zahirnya sudah termaktub dalam Perlembagaan ? Adakah ini bermakna Perlembagaan Persekutuan diperkosa ?


Dalam Perlembagaan Persekutuan, Bab 3 Pemerintah Klausa 40 (2) Yang DiPertuan Agung boleh bertindak menurut budibicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut, iaitu;

(a) Melantik seorang Perdana Menteri;

Klausa 43 (2)sub(a) Yang DiPertuan Agung hendaklah terlebih dahulu melantik seorang Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu;

Seterusnya lagi, Klausa 43 (4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat maka, Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Yang DiPertuan Agung membubarkan parlimen.

Hampir khatam Perlembagaan Persekutuan ana cari di mana Klausa yang menyatakan seorang Perdana Menteri boleh melantik penggantinya setelah mendapat sokongan majoriti cawangan-cawangan dan bahagian parti yang diwakilinya ?. Bagaimana dengan rakyat yang menentang beliau ?. Redhakah mereka ! Banyak betul persoalan yang timbul dan perlu difikirkan oleh para pemikir dan peminat politik.

Adakah Yang Dipertuan Agung bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan bukannya majoriti Jemaah Menteri. Benarkah YDP Agung tidak boleh campurtangan dalam perlantikan memanda Perdana Menteri ?. Bolehkah rakyat memohon diadakan satu referendum atau pungutan suara mengenai perlantikan ini ?.

Jawatan dalam parti sepatutnya tidak boleh dicampuradukkan dalam pentadbiran kerajaan. Parti lain manakala kerajaan lain, pemimpin dalam parti contohnya presiden parti tidak semestinya layak memegang jawatan dalam kerajaan sebagai memanda Perdana Menteri..begitu juga sebaliknya.

Alternatif terbaik adalah membuat satu referendum bagi menentusahkan bahawa Perdana Meneteri tersebut benar-benar layak memimpin negara. Soalnya wajarkah Referendum diadakan bagi menentukan kepopulariti Datuk Seri Najib Tun Razak ?. Soalnya dapatkah Datuk Seri Najib memperolehi majoriti rakyat yang mahukan beliau menjadi Perdana Menteri. Bagaimana kalau Najib tak mendapat mandat rakyat ? Berlaku rusuhankah ! Teriakkah Rosmah ! Merah padamkah JJ ! Lumpuhkah Pekan nanti !

Referendum ini cuma satu alat untuk mengukur keberkesanan Najib sebagai Perdana Menteri. Kalau ditakdirkan beliau akan menjadi Perdana Menteri, rakyat terpaksa terima walaupun yang melantiknya adalah ahli-ahli cawangan UMNO dan bukannya keputusan semua rakyat marhaen.

Semua ambil pusing dan ambil maklum bahawasanya pada bulan Mac 2009 nanti, Malaysia akan melahirkan seorang lagi Perdana Menteri. Ramai juga yang beranggapan Perdana Menteri yang bakal tiba ini lebih mengganas, kuku besi, bernafsu besar, rakus pada kuasa dan macam-macam lagi. Jika belum naik takhta sudah menunjukkan taring apatah lagi bila sudah beradu disinggahsana mahligai PutraJaya. Oleh itu, sama2 kita nantikan kemunculannya...


Webmaster; Sudahlah jawatan-jawatan dalam UMNO boleh main pas-pas baton macam tu jerr takkan dalam hal jawatan dalam Malaysia pun boleh main pas baton ni, hebatlah Malaysia !!adios..



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com