11.07.2008

Saya juga mahu cabar orang Melayu @ Islam

. 11.07.2008


susulan komen MSO di web beliau [sini]

Kalau kita asyik bercakap pasal MelaYu, percayalah ia takkan kemana. Semua mengaku orang Melayu bila rasa dirinya ditindas. Mulalah ada yang cium keris, ada yang berarak bawa potret sultan, buka perlembagaan artikel 115 (kalau tak salah). Saman orang ni...saman orang tu. Akhirnya tak kemana, sebab apa. Sebab perkauman, itulah puncanya..kita hidup dalam negara majmuk.

Kau orang Banjar, Petani, Bugis, Jawa, Melayu Brunei, ada cina, ada india ..sensitiviti perlu dijaga. Kalau masing-masing nak menegakkan kaum masing-masing bahagikanlah bumi Malaysia ini. Sanggupkah kita..!! kalau nak bangkitkan asal bumi ini Melayu yang punya kenapa dibiarkan "Perjanjian Lama" dicabuli. Siapa yang mencabulnya...puak Melayu dahulukalakah, zaman Kapitan Yap Ah Loy kah atau zaman Hang Tuah. Jika datuk nenek moyang kita dulu biarkan, sanggupkah kita korek kubur mereka dan maki mereka !

Aku sendiri naik hairan mengapa orang Melayu sering bertekak pasal Melayu. Selalunya kalau bertekak sebegini maknanya ada unsur kurangnya keyakinan pada diri individu Melayu itu, rasa takut mencengkam diri hingga timbul rasa fobia jika terdesing ditelinga Melayu itu diganggu-gugat. Bukankah ini pengecut namanya, realiti tak pun timbul, dah kecut perut. Kita bertelagah bab Melayu, orang lain dah advance (dengan izin) masuk bab ekonomi, Melayu juga yang ketinggalan.

Tapi kalau kita mengaku diri ini, kita ini Islam. Masing-masing berpegang pada satu kalimah yang sama "Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah S.W.T". Hah !..itu la yang kita lihat dalam berjemaah, tak kira kau cina muaalaf ke, Banjari, Jawa, Siam ke tah apa-apa bangsa yang masing-masing agungkan itu..hilang perkaumannya bila duduk dalam saf ini, mengapa kita tak bersatu dalam Islam, kenapa harus dibezakan Melayu PAS dan Melayu UmNo.

Kita paham masing-masing ada pegangannya yang tersendiri, PAS hendak mewujudkan negara Islam yang ciri-ciri pemerintahan insyaallah mengikut syarak. UmNO hendak mengekalkan kuasa yang ada dan tidak sebulu dengan PAS. UMNO sering berteriak dan mengugut kuasa Melayu akan terhapus jika mereka kalah dan hilang kuasa. Tetapi rakyat melihat UmnO tempat mengumpulkan kekayaan dan kuasa untuk keluarga dan kroni.

PAS tidak berebut kuasa, itu sebab PAS kurang pemimpin berpengalaman untuk memerintah. Orang PAS paham bila jadi pemimpin, beban tanggungan di akhirat lebih berat dari didunia, itu yang dipikirkan dulu. Masing-masing tolak jawatan tetapi kalau dah terpilih terpaksa tanggung juga. UmnO tidak, berebut jawatan kerna apa, bukan akhirat yang diutamakan tapi dunia yang didahulukan. Percaya atau tidak !! terpulang tapi kebenaran terserlah bila mana Islam diketepikan hatta dalam Perlembagaannya juga.

Geli geleman aku bila dengar NGO-NGO Melayu yang tumbuh macam cendawan, tidak diketahui sejauh mana keikhlasan mereka namun sepanjang perhatian dari aspek politik, inilah cara untuk mengapai cita-cita menuju pangkat, harta dan uang. Tidak banyak NGO yang benar-benar ikhlas mungkin Mercy Malaysia dan KijangCare boleh dikatakan kurang profile namun jasanya besar. Yang lainnya hanya pandai cakap dan berarak saja, kemudian buat press conference, tunjuk muka, bagi memorandum, lepas tu senyap...tup..tup dekat pilihanraya muncul dan calunkan diri. Hebatkan !!

NGO-NGO Islam ada tetapi mereka ini lebih kepada tarbiah individu kerna mereka faham dengan ketakwaan individu akan wujud satu pasukan Islam yang hebat walaupun ianya mengambil masa bertahun-tahun. Bila dalam diri wujud takutkan Allah takkan terjadi segala politik dan rasuah wang ni, perebutan kuasa dan pangkat, apa yang akan nampak hanyalah berbakti dan memikul tanggungjawab kepada masyarakat. Mereka inilah pemimpin yang zuhud dunia dan kaya akhirat. Lagi hebatkan !!!

Kesimpulannya, marilah kita kembali pada yang Esa, kita ikut panduan yang ada pada Al-Quran, ikut betul-betul (teringat kes gempa bumi di Pakistan dimana tiada satu rumah yang rosak dan kosong dimasuki pencuri, semua redha atas bencana yang diturunkan Allah..hebatnya akidah mereka, sungguh hebat). Yang penting jaga rezeki, itulah punca segala kerosakan hati..jika rezeki yang diperolehi itu haram seluruh anak bini akan makan duit haram, daging, isi dan kulit jadi haram. Dapat zuriat pun perangai jadi tak baik, kena cek semua ini jangan pandang ringan.

Bersatulah kita atas nama Islam, Sultan berdaulat tidak akan hilang kerana KeBawah Duli juga Islam. Sultan adalah Khalifah bumi Malaysia, penjaga kedaulatan Panji Islam, daulat Islam hormatlah Melayu, jatuh Islam hinalah Melayu...kerna apa ! Melayu itu Islam, Islam itu Melayu, Melayu ada apa, Melayu ada kuasa, politik dan daulah.


Webmaster; Suka lihat PAS dan UMNO bersatu atas dasar Islam. Tolonglah ketepikan isu perkauman itu, insyallah Islam akan dihormati dan negara ini akan dillimpahi rahmatNya



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com