11.18.2008

Ranjau di sebalik lahirkan bukan Melayu jadi PM

. 11.18.2008


17th November, 2008 | New Sabah Times |
amin.mu-in@newsabahtimes.com.my

DUA isu yang menarik perhatian saya kali ini ialah tentang kenyataan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa sesiapa pun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan ia seorang ‘Bangsa Malaysia’ yang menjadi pemimpin parti politik yang mendapat sokongan majoriti.

Dan isu kedua ialah hikmah di sebalik ibadat haji yang sedang ditunaikan oleh umat Islam di tanah suci Mekkah yang sepatutnya dijadikan pengajaran atau iktibar oleh umat Islam tentang ‘perpaduan sebenar’ menurut ajaran Islam yang sepatutnya menjadi amalan dan pegangan umat Islam di seluruh dunia.

Meskipun kedua-dua isu ini seperti tidak mempunyai hubung kait kerana dua perkara yang berbeza iaitu satu soal politik dan satu pula tentang agama tetapi politik juga tidak dapat dipisahkan dengan agama.



Kita lihat saja prinsip perjuangan dua parti yang berteraskan sokongan orang Melayu dan Islam di negara ini seperti Umno dan Pas yang menjadikan matlamat perjuangan utama mereka. Umno umpamanya asas perjuangan mereka untuk membela bangsa, agama dan negara manakala PAS pula berhasrat untuk menubuhkan kerajaan Islam.

Berbalik kepada kenyataan Datuk Dr Mahathir pemimpin yang menerajui negara selama 22 tahun dalam semua akhbar tempatan dan kebangsaan pada Khamis lalu bahawa sesiapa saja baik Me-layu dan bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia ‘Berbangsa Ma-laysia’.

Menurut beliau, undang-undang negara juga menyatakan bahawa mereka yang hendak menjadi perdana menteri itu hendaklah pemimpin yang mendapat sokongan majoriti.

Dr Mahatir meluahkan pandangan ini sebagai mengulas sama ada Malaysia sudah bersedia mempunyai Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu ekoran pemilihan Barack Obama sebagai pemimpin kulit hitam pertama Presiden Amerika Syarikat.

Untuk memberikan pendapat bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia memang boleh tetapi untuk melaksanakannya tidaklah semudah seperti yang dijangkakan kerana senario atau sistem politik Malaysia yang jauh berbeza dengan Amerika.

Pelantikan Perdana Menteri juga bukan sekadar pemimpin yang mendapat sokongan majoriti saja tetapi ianya juga berpandukan kepada perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada di negara ini.

Memang benar bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia berdasarkan undang-undang tetapi pelantikan Perdana Menteri adalah terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong yang menjadi ketua di negara beraja ini.

Menurut perlembagaan, Yang Dipertuan Agong mempunyai budi bicaranya sendiri untuk melantik pemimpin yang difikirkannya layak menjadi Per-dana Menteri dan mendapat sokongan majoriti.

Di Amerika pemilihan presiden dilakukan oleh keseluruhan rakyatnya yang layak mengundi sedangkan di Malaysia Perdana Menteri bukan dipilih oleh keseluruhan pengundi. Ini dua sistem yang berbeza dari segi pemilihan ketua kerajaan yang akan mengetuai sesebuah kerajaan.

Memang benar undang-undang atau pun perlembagaan negara tidak menjadi penghalang untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri tetapi adalah lagi perkara-perkara lain yang perlu diha-rungi terlebih dahulu sebelum ianya menjadi satu kenyataan.

Bila kita bercakap bukan Melayu menjadi perdana menteri bererti seorang Perdana Menteri itu datangnya dari kaum lain yang sudah tentu agamanya bukan Islam kecuali ianya memeluk agama Islam.

Jika Perdana Menteri Malaysia itu bukan pemimpin Melayu dan tidak pula beragama Islam bagaimana kedudukan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Apakah seorang ketua kerajaan bukan beragama Islam boleh menduduki kerusi dalam pertubuhan ini? Sedangkan untuk menjadi anggota OIC ketua kerajaan sesebuah negara itu hendaklah beragama Islam. Malaysia yang pernah menjadi pengerusi pertubuhan ini sudah pasti tidak mahu menjadi anggota pemerhati saja seperti Singapura dan Filipina kerana ketua kerajaan mereka bukan dari kalangan pemimpin beragama Islam.

Dalam hubungan ini sudah tentu Yang Dipertuan Agong juga akan mengambil kira agama seorang pemimpin bukan Melayu itu sebelum melantik menjadi Perdana Menteri.

Bagi saya belum masanya bukan Melayu untuk menjadi ketua kerajaan di negara yang didiami oleh pelbagai kaum dan agama ini.

Kalau kita hendak membandingkan ciri-ciri ke-pimpinan yang dimiliki oleh Barack Obama dengan pemimpin bukan Melayu yang ada di negara ini, bukan mahu memperkecil-kecilkan pemimpin bukan Melayu tetapi masih belum ada lagi pemimpin seumpama ini yang sudah dilahirkan di negara ini.

Barack Obama, yang mendapat sokongan bukan saja di kalangan kulit hitam tetapi juga kulit putih begitu fasih berpidato menggunakan Bahasa Inggeris bahasa rasmi negara itu sedangkan di negara kita masih belum ada lagi pemimpin bukan Melayu yang benar-benar fasih menggunakan Bahasa Malaysia dengan cara dan gaya percakapannya sebagai seorang Melayu tulen yang tidak mempunyai ‘pelat-pelat percakapan’ bahasa ibunda mereka seperti dari kaum Cina, India atau kaum-kaum lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian peribadi saya.

Memang tidak dinafikan ada yang mampu berbuat demikian tetapi malangnya mereka ini bukanlah terdiri dari kalangan pemimpin-pe-mimpin negara seperti yang dibuktikan oleh pengacara-pengacara atau pembaca-pembaca berita di radio atau televisyen tempatan dan juga kalangan pendakwah yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Selain dengan pembaca berita di televisyen dan radio yang sering kita saksikan di kaca-kaca TV saya juga amat kagum dengan kefasihan dua orang pendakwah berbangsa Cina dan India yang me-meluk agama Islam bercakap dalam bahasa Melayu malah hebat dalam bidang agama seperti Ustaz Re-duan Tee Abdullah dan Ustaz Farid Ravi Abdullah yang sering muncul dalam siaran Forum Perdana setiap malam Jumaat.

Sesuatu yang amat menakjubkan terhadap Ustaz Reduan Tee dan Farid yang sering menjadi pengerusi dan tetamu dalam Forum Perdana ini, mereka juga mempunyai pengetahuan agama Islam yang mendalam dari kalangan umat Islam sendiri.

Begitu juga Ustaz Farid Ravi selain sering menjadi tetamu bual bicara dalam Forum Perdana juga sering terbabit mengendalikan program se-cara langsung Interaktif al-Quran di mana melalui program ini beliau bukan saja menjadi hakim pertandingan masyarakat Islam yang membuat panggilan secara langsung melalui telefon untuk membaca ayat-ayat al-Quran yang dipilih terutama se-kali surah-surah lazim tetapi memperbetulkan dari segi tajwid, tarranum dan juga pelbagai kesalahan bacaan yang dilakukan oleh pemanggil.

Bayangkan bagaimana hebatnya seorang pendakwah yang ibu bapa dan sebahagian dari adik beradiknya yang lain bukan beragama Islam berjaya memberikan bimbingan kepada kalangan masyarakat Islam itu sendiri dalam bidang agama dan pengajaran kitab suci al-Quran.

Inilah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah yang maha berkuasa kepada setiap insan yang dikehendakinya.

Kalaulah ada parti-parti politik yang majoriti ahlinya bukan Melayu dapat melahirkan insan-insan seperti ini, saya fikir untuk mendapat sokongan majoriti dari kalangan orang Melayu tidaklah sukar.

Keadilan adalah juga faktor yang tidak kurang paling penting untuk menjadi Perdana Menteri di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini.

Perkara ini perlu dibuktikan terlebih dahulu bukan saja dari percakapan tetapi melalui tindakan-tindakan seseorang pemimpin itu supaya ianya mampu meyakinkan segenap lapisan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang paling terbaik un-tuk memimpin negara ini.

Bagi saya kalau bukan Melayu benar-benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia langkah pertama yang perlu diambil ialah menghapuskan parti-parti berasaskan kaum terlebih dahulu dan hanya mewujudkan sistem dua parti saja seperti yang diaamalkan di Amerika Syarikat dan Britain.

Bagaimanapun seperti yang saya perkatakan dalam tulisan saya sebelum ini, apakah pemimpin-pemimpin parti berasaskan kaum ini sanggup meninggalkan asas perjuangan kaum yang mereka jadikan agenda sebelum ini.

Dan yang paling penting sekali berlaku adil terhadap semua kaum di negara ini. Bagi saya masih belum ada pemimpin bukan Melayu yang mampu memberikan contoh terbaik dalam kepimpinan mereka terhadap kaum-kaum lain.

Kita ambil contoh saja kepimpinan seorang bukan Melayu di sebuah negeri di Semenanjung Malaysia yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, menurut laporan dari sepuluh portfolio yang ada, hanya dua diberikan kepada kaum Melayu manakala lapan kalangan bukan Melayu. Tindakan seperti ini sudah pasti meminggirkan orang Melayu dan pada masa yang sama bagaimana dia boleh menjadi pemimpin yang adil?

Apakah ini contoh terbaik yang diberikan oleh kepimpinan bukan Melayu? Saya juga masih ingat bagaimana sebuah parti yang pernah memerintah di negeri ini yang juga hanya memberikan jawatan-jawatan penting kepada kaum yang majoriti menganggotai partinya dan begitu juga jawatan penting dalam perkhidmatan awam, akhirnya parti ini hanya dapat bertahan selama sembilan tahun saja.

Pada pandangan saya mana-mana pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hendaklah dari sekarang memperjuangan semuanya berteraskan ‘Bangsa Malaysia’ termasuk memperjuangkan ‘Bahasa Malaysia’sebagai bahasa perpaduan dan penyatuan masyarakat. Dalam erti kata lain perjuangnya ialah ‘satu bangsa satu negara iaitu ‘bangsa dan negara Malaysia’.

Tetapi persoalan yang akan timbul pula, apakah orang bukan Melayu sanggup menjadikan bang-sanya ditukar kepada menjadi bangsa Malaysia, jika sanggup pun apakah orang Melayu boleh menerima mereka sebagai bangsa Malaysia? Inilah persoalan yang amat sukar untuk kita rungkaikan dan memerlukan banyak pengorbanan.

Mungkin ada yang berpendapat jika mereka diterima sebagai bangsa Malaysia sudah tentu mereka juga akan mendapat keistimewaan seperti yang dinikmati oleh orang-orang Melayu dan bumiputera yang hak mereka dijamin dalam perlembagaan dan undang-undang negara.

Ini mungkin salah satu dari puluhan atau ratusan lagi isu yang perlu ditangani terlebih dahulu se-belum kita dapat menyaksikan seorang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak.

Kalau orang kulit hitam terpaksa menunggu 200 tahun untuk menjadikan pemimpin mereka menjadi presiden, pada pandangan saya kita juga mungkin terpaksa menunggu dalam tempoh itu untuk menjadikan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti catatan sejarah yang diukirkan oleh ‘Barack Obama’ dalam Pemilihan Presiden Amerika yang ke-44 pada 4 November yang lalu yang terus menjadi perbualan masyarakat global.

Mungkin dalam tempoh yang disebutkan tadi, semua kaum yang ada di negeri ini sudah tidak lagi bercakap dalam bahasa ibunda mereka sama ada di rumah, di pejabat, tempat-tempat awam atau di mana-mana saja tetapi hanya menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia saja.

Meskipun negara menetapkan Tahun 2020 sebagai negara maju, mungkin dalam tempoh 150 atau 200 tahun akan datang masyarakat kita sudah lebih maju lagi dan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka.

Tanda-tanda untuk masyarakat kita menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa tunggal sudah pun nampak sedikit demi sedikit dan antara tanda-tanda itu ada kalangan masyarakat kita terutama dari kalangan mereka yang kahwin campur seperti Cina dengan India, Cina dengan Melayu atau India dengan Melayu, atau kaum-kaum etnik-etnik lain seperti Kadazan, Dusun, Murut dan sebagainya tidak lagi mempertuturkan bahasa ibunda mereka di rumah apatah lagi di tempat-tempat awam sebaliknya sering menggunakan dua bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau Inggeris.

Contoh paling hampir ialah keluarga saya, meskipun saya seorang Melayu Brunei dan isteri dari keturunan Kadazan tetapi semua anak-anak saya tidak menggunakan bahasa ibunda isteri saya.

Begitu juga dengan abang-abang ipar atau kakak-kakak ipar saya yang berkahwin sesama kaum mereka iaitu Kadazan dengan Kadazan atau Dusun dengan Dusun tetapi kini sudah terdapat kalangan anak-anak mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Jika trend seumpama ini berterusan maka suatu hari nanti kita akan melahirkan generasi baru dari kalangan rakyat Malaysia yang hanya bertutur dalam dua bahasa saja iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Seperti kata Dr Mahathir dalam kenyataannya baru-baru ini, untuk menjadikan apa juga kaum sama ada Melayu atau bukan Melayu untuk menjadi perdana menteri, rakyat perlu berkorban.

Bagaimanapun katanya parti-parti berasaskan kaum seperti yang diterajui oleh BN sejak 50 tahun lalu masih lagi relevan kerana parti itu telah berjaya mengurangkan perbahasan mengenai perkauman dan telah membangunkan negara ini ke tahap yang ada pada masa ini.

Memang benar buat masa ini parti-parti ber-asaskan kaum masih lagi diperlukan untuk me-neruskan kesinambungan apa yang telah kita warisi sebelum ini. Belum masanya untuk kita mewujudkan sistem dua parti seperti di Amerika dan Britain kerana apa yang diperjuangkan oleh parti-parti berasaskan kaum itu masih belum lagi tercapai.

Umno umpamanya perjuangan mereka supaya penguasaan Melayu dan bumiputera 30 peratus dalam bidang ekonomi masih belum lagi tercapai. Buat masa ini bukan bumiputera masih menguasai bidang ekonomi dan golongan Melayu dan bumiputera yang menjadi penduduk majoriti di negara ini masih lagi mengusai politik. Ini adalah per-kongsian yang di lihat adil kerana sekiranya bukan bumiputera yang sudah menguasai ekonomi dan menguasai pula politik pula sudah tentu perasaan tidak senang hati akan timbul dan akan berlakulah ‘keadaan-keadaan’ yang tidak dingini.

Orang Melayu dan bumiputera sebenarnya ma-sih memerlukan kuasa politik untuk membolehkan mereka melaksanakan agenda untuk memaju dan membangunkan kaum asal di negara ini yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang terutama sekali penguasaan ekonomi yang menjadi nadi terpanting dalam pembangunan negara dan mas-yarakat.

Dalam hubungan ini, sama ada orang Melayu atau bumiputera sanggup menyerahkan kuasa politik yang mereka pegang ini kepada bukan bumiputera seperti orang kulit putih menyerahkan jawatan presiden kepada kulit hitam di Amerika Syarikat ‘tepuk dada tanyalah selera’. Semua ini terletak di tangan mereka kerana negara kita juga mengamalkan sistem demokrasi seperti yang diamalkan oleh AS dan juga Bratain.

Mungkin sudah agak panjang lebar saya berbicara tentang politik yang sebenarnya tidak pernah ada penghujungnya, lupakan soal kaum mana yang akan menjadi Perdana Menteri pada masa-masa akan datang memandangkan pilihan raya pun masih agak jauh untuk itu izinkan saya membicarakan isu kedua iaitu hikmah di sebalik ibadat haji memetik khutbah Jumaat seorang ustaz di salah sebuah masjid di Putatan Jumaat lalu.

Pengajaran yang paling menarik dan patut dikongsikan bersama dalam ruangan ini ialah pengajaran di sebalik ibadat haji yang sedang ditunaikan oleh umat Islam di tanah suci Mekkah sekarang dan juga tentang sejarah di sebalik ibadat haji itu sendiri di zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Secara ringkasnya ibadat haji yang ditunaikan oleh umat Islam yang menjadi tetamu Allah perlu dicontohi oleh umat Islam di mana apabila mereka berada di tanah suci itu, kehadiran mereka adalah sama sebagai hamba Allah tanpa mengira pangkat dan kedudukan atau warna kulit seseorang itu.

Semua jemaah hanya memakai pakaian yang sama iaitu ihram, sejenis kain putih.

Kehadiran umat Islam berkumpul di tanah suci Mekkah juga menunjukkan betapa hebatnya perpaduan di kalangan umat Islam dari seluruh dunia juga tanpa mengira pangkat, keturunan, bangsa dan kedudukan seseorang itu.

Sejarah perpaduan yang ditunjukkan pada mu-sim haji pada zaman junjungan besar Nabi Muham-mad kata ustaz itu ialah perpaduan tulen yang di-tunjukkan oleh kaum Muhajirin dan Ansar.

Ketika itu, kata ustaz itu jika kaum muhajirin mempunyai dua lapis kain ihram, mereka akan memberikan selapis kepada kaum Ansar, jika kaum Mujahirin mempunyai dua rumah mereka akan memberikan sebuah kepada kaum Ansar, jika kaum Ansar mempunyai dua bidang tanah, sebidang pula akan diwakafkan kepada kepada Mujahirin.

Malah tambah ustaz itu jika kaum Muhajirin itu mempunyai dua orang isteri mereka sanggup men-ceraikannya untuk dikahwinkan dengan kaum Ansar.

Begitulah hebatnya perpaduan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kaum ini yang berlandas-kan kepada ‘Keimanan dan Ketaqwaan’ kepada Allah.

Tetapi katanya perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam kini sudah agak jauh menyimpang daripada ajaran sebenar.

Kita lihat saja apa yang berlaku dengan negara-negara Islam sekarang yang berperang dan ber-bunuh-bunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku di Iraq, Palestin dan Afgnistan malah terdapat juga umat Islam menyalahgunakan ‘jihad’ sebenar sehingga sanggup membunuh saudara seagama sendiri.

Begitu juga dengan perpaduan yang ditunjukkan di kalangan umat Islam di negara ini yang juga sudah semakin terhakis dari sehari ke sehari malah ada kalangan umat Islam yang berjiran terutama sekali yang tinggal di taman-taman perumahan dan bandar-bandar mereka tidak kenal mengenali sesama sendiri apatah lagi bertegur sapa.

Dari itu katanya umat Islam perlulah memahami perpaduan sebenar yang dianjurkan oleh Islam agar umat Islam itu akan terus menjadi umat cemerlang, gemilang dan terbilang.


Webmaster; Dapatkah kita menerima Ust Ravi atau Ust Riduan Tee diangkat jadi PM..bagi ana, aslkan sesiapa yang memahami dan bersedia berkorban untuk Islam, ana setuju !



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Anonymous said...

Bukan Melayu perlu jadi Melayu andai mahu jadi Perdana Menteri di Malaysia. Seperti Obama yang sanggup berkorban menjadi 'kulit putih' dan melayakkannya menjadi Presiden Amerika Syarikat. Bukannya seperti negara kita kini, orang imigran (asalnya) masih terus berbahasa imigrannya dan bukan berbahasa Melayu. Mereka sepatutnya malu kerana masih terus tidak berbahasa Melayu di negara ini.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com