11.17.2008

YB aku terancam, kuasa makin pupus ditelan waktu !

. 11.17.2008


KUALA LUMPUR | 15 Nov.| Utusan Meloya - Anggota Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin berkata beliau tidak berniat mengancam kedudukan sesiapa apabila menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Larut.



Hamzah berkata, beliau setuju untuk bertanding apabila meyakini bahawa majoriti anggota di kawasan Parlimen itu mahukan perubahan dan telah meminta agar beliau bertanding jawatan itu. Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah 70 peratus daripada ketua cawangan dan perwakilan UMNO bahagian itu mahukan supaya beliau bertanding.

"Soalnya adakah kemasukan saya ke bahagian Larut dan kemudian bertanding Ketua UMNO Bahagian Larut mengancam kedudukan sesetengah pihak?," tanya Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menolak pencalonan Hamzah atas alasan Hamzah tidak layak bertanding kerana menjadi anggota bahagian itu selepas 31 Disember 2007.

Ulasanku; Tolonglah! Pleaseee! nak gaduh boleh, tunjukkan kejantananmu YB Raja Ahmad !. Malunyer aku (ni kali kedua aku malu ngan YB aku ni, kali pertama kat sini. Belum bertanding pun dah bising, kamu tu kalah undi ciput ajerrr dengan Ustaz Nazri, bagi can la kat Hamzah Zainuddin untuk pimpin UMNO lak, hah ! mampoiuhlah UmNO. Eloklah dua-dua penyangak Umno ni nak berebut tempat kat Larut ni, selamat berkubur UMNO ..


Webmaster; Inilah sikap pemimpin UmNO yang mabukkan kuasa dan pangkat, namun PAS teruskan pikat pengundi baru..Insyaalah, kita menang di Larut ini nanti..



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com