11.18.2008

Tiada Keutamaan Bangsa Dalam Islam - Ulasan Tok Guru

. 11.18.2008


"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan. "Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong. Inilah cakap pemimpin Muslim Melayu sebenarnya.


KOTA BAHARU, 17 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya.


Webmaster; Melayu UmNO totok ni takkan ke mana, bila Melayu yang diperjuangkan kehormatannya akan hilang tetapi bila Islam yang dipertahankan, Insyaallah mulia dan hormat akan datang.



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com