UMNO menangis pilu..mengenangkan pinangannya ditolak hendak berbinikan PAS tapi hajat tak kesampaian. Apa nak dikata dah nasib badan. Dua tiga hari riuh sekampung PAS hampir bersetuju untuk terima pinangan UMNO, habis dicanang satu kampung, satu daerah tak cukup guna healer, guna radio malah guna media masa lagi satu dunia tahu kad undangan telah diedarkan..melelehlah air liur.
UMNO menangis bagai nak rak...ye la mana tak rak, satu dunia dah heboh kalahkan kes Chua Soi Lek la, Lingam la, Anwar la..semua tenggelam. Kompang dah berbunyi. Alunan lagu pengantin baru sayup-sayup berkumandang, bunga manggar berderai-derai ditiup bayu, kiri kanan juak-juak UMNO dan Barang Naik berdondong..berbaris siap berkipas dan bertepuk tangan...namun.....hampa dan hampeh. Kelihatan pasangan pengantin berdakap erat bersama Pakatan Rakyat ibarat dibuang sayang diluah pun sayang. PAS tetap berpegang teguh, UMNO berputih mata, kesiannnnnnnn
UMNO menangis tak berlagu..nak berlagu lagu mana suara pun dah tak dak..hidung bak buah bacang ada hati nak pinang anak emas besan Pakatan Rakyat cermin la muka tu dah kedut buat tarik kulit muka pun tak laku lagi dah tambah pakai botok buat ketawa satu dunia je..apa dah jadi.
UMNO menangis terkedu-kedu....PAS ketawa terbahak-bahak ibarat The Beast nak pinang The Beauty, the Beauty acah-acah je si the Beast ni yang lebih terperasan. The Beast siap sujud depan kaki hampir nak jilat kepala kaki the Beauty oh no..no.no ni bukan tempat romantik the Beauty bukan senang nak pegang-pegang gitu ..the Beauty amal cara Islam sebenar bukan Islam Hadhari..jaga kelakuan sikit no..nanti kena hukum qisas.
UMNO menangis siapa yang tahu..semua pakat tak nak ambil tahu doh..hang tinggal la dalam tayar buruk sorang-sorang..bersahabat dengan denggi, berbicara la dengan jentik-jentik, berkhalwatlah sorang diri..jangan berliwat udah le..berbesan la dengan virus chingukunye tak lama la tu berbintik muk..sahabat semua ucapkan lah Inalillahiwainailaihiroojiunnnn
7.31.2008
[+/-] |
UMNO menangis .... |
[+/-] |
Kenapa UMNO tak tawar kerusi negeri Johor atau Pahang ke. |
Berita dari Malaysiakini.
PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Oleh itu, itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat tidak lagi berbangkit," katanya.
Keputusan itu dicapai selepas pertemuan khas hampir lima jam barisan pemimpin tertinggi PAS bagi meredakan kehangatan kontroversi rundingan sulit dengan Umno sejak beberapa minggu, khususnya selepas pengakuan Abdul Hadi awal bulan ini.
Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu - jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama - melibatkan hampir 50 pemimpin parti, termasuk mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan semua wakil PAS yang bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pertemuan yang bermula jam 10 pagi diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.
abdul hadi awang pc on pas umno talks 310708Dalam sidang media selepas mesyuarat besar itu, Abdul Hadi juga berkata PAS akan terus memainkan peranan aktif bersama Pakatan Rakyat dan "mengajak ahli-ahli Parlimen Umno menyertai gabungan itu, khususnya bersama PAS atau PKR."
Abdul Hadi - yang mengakui memberi restu pada rundingan sulit dengan Abdullah dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, beberapa selepas pilihanraya umum 8 Mac - berkata PAS masih terbuka kepada sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak, termasuk Umno.
"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi dan individu demi untuk kepentingan negara dan ummah," katanya lagi.
Pertemuan pertama seumpamanya itu diadakan selepas cadangan kontroversi Nik Abdul Aziz agar dua parti itu dibubarkan jika serius mahu bekerjasama dan Umno harus menerima pelaksanaan hudud jika mahu teruskan dialog.
Ia juga diadakan selepas wujud tawaran terbuka Umno Perak untuk membentuk kerajaan campuran di negeri itu.
Siri pendedahan media tentang rundingan tertutup PAS-Umno mutakhir ini mendorong ketua penerangan PAS Mahfuz Omar mohon maaf secara terbuka awal minggu ini kerana pernah menafikan pertemuan sulit dua parti itu.
Isu perkongsian kuasa disahkan sendiri oleh perdana menteri dan Dr Mohamad Khir walaupun PAS dan pembangkang menganggap ia usaha Umno memecah-belahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Kehangatan perbincangan isu ini mendorong kira-kira 50 wartawan dan jurugambar bergegas ke bangunan di Jalan Raja Laut menunggu keputusan terbaru PAS.
Turut hadir di sidang media itu, setiausaha agung PAS Datuk Kamarudin Jaafar dan ketua Muslimat, Nuridah Salleh (foto atas).
Mengulas sama ada muqabalah dengan Umno akan diteruskan, presiden PAS berkata:
"Saya dah sebut tadi pertemuan (perbincangan). Yang kita tidak khususkan kepada Umno, tapi semua parti-parti politik dan NGO. Ini amalan PAS sejak dulu hingga sekarang."
Ditanya tindakan yang akan diambil kepada mana-mana pimpinan yang mungkin mengadakan pertemuan secara sulit dengan Umno pada masa depan, beliau berkata:
"Tidak ada sulit lagi. Kita menyatakan boleh diadakan pertemuan. Dan pertemuan ini sudah tentu akan dimaklumkan kepada parti. dan selama ini pun dimaklumkan kepada parti."
Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, menjelaskan PAS akan membela sesiapa sahaja termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sehubungan itu, Abdul Hadi menggesa kes tokoh pembangkang itu diselesaikan di mahkamah syariah.
"PAS sebuah parti Islam tetap menyatakan bahawa isu tersebut hendaklah diselasaikan mengikut syariat Islam.
"Dan saya rujuk perkara kepada Perlembagaan (Persekutuan) Perkara 121 A1, kes yang berkaitan dengan orang Islam, harus dirujuk kepada mahkamah syariah. Sekiranya tidak boleh, Umno kena buat perubahan," katanya.
Mengulas kedudukan pengundi bukan Islam yang memberi sokongan parti itu dalam pilihanraya lalu, Abdul Hadi berkata PAS terus menghargai sokongan mereka dan bercadang memberikan lebih peranan dalam arena politik.
Ulasan : UMNO pun satu hal tawar jawwatan di tempat yang Pakatan Rakyat menang..cuba tawar di Perlis ke, Pahang ke (Adnan cuma tawar jawatan Exco je apa klas.., Johor ke baru kena regu. Barula PAS nak bincang betul-betulo ni nampaknya main-main je takut lepas hilang kuasa ke)
[+/-] |
Mari mara menuju Islam yang Shumul !!! |
Risalah Nasihat dan Teguran kepada Saudara-saudaraku yang Enggan Berjihad
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Risalah nasihat dan teguran dari Hamba Allah yang faqir kepada Allah
kepada saudara-saudaraku yang enggan untuk berjihad
Wahai kalian yang enggan berjihad! (Orang-orang yang duduk-duduk tak berjihad):
Sesungguhnya telah datang hadits daripada Nabi s.a.w, bahwa beliau bersabda:
'Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri", dan telah datang pula hadits bahwa beliau s.a.w bersabda: "Ad-dien (agama) adalah nasihat " Maka, iman dalam hatiku ini mencetuskan rasa kasih kepada kamu, rasa kasih yang mendorongku untuk memberikan nasihat-nasihat yang benar kepada kalian. Renunglah wahai Mukmin! Renunglah dengan sedalam-dalamnya akan nasihatku ini.
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Apakah kalian rela duduk-duduk bersama orang-orang yang tinggal dan tidak berjihad (wanita, kanak-kanak, orang tua, golongan munafiq)? Firman Allah: "Mereka reda bersama orang-orang yang tinggal tidak berjihad, dan Allah mengunci mati hati mereka, maka mereka tidak memahami." (At-Taubah (9):87)
Sesungguhnya demikianlah kenyataannya. Kalian sentiasa berpaling ketakutan dari jihad. Apakah kalian reda untuk tidak berjihad dan sekadar duduk bersama orang-orang munafiq dan orang-orang yang suka beralasan? Apakah bakti yang engkau berikan untuk dien (agama) kalian? Adakah anda sekadar puas bepergian ke seluruh tempat menikmati kehidupan dunia yang tidak kekal ini sambil melupakan Allah!
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Bagaimana engkau boleh duduk santai sedangkan saudara-saudara kalian di Pattani Darussalam, Iraq, Turkistan Timur (Xinjiang), Indonesia, Afghanistan, Kashmir, Maghribi (Jazair), Malaysia, Somalia, Filipina, Palestin, Kaukasus (Chechnya), Singapura dan Jazirah Arab dibantai dibawah penindasan musuh-musuh Allah, sedangkan kalian bercengkerama dengan istri-istri kalian?! Bahkan bagaimana kamu boleh hidup dengan rileks sedangkan saudari-saudari kalian direngggut kehormatan mereka dan di nodai di penjara-penjara kuffar???!!
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Apa alasan kalian di hadapan Allah kelak? Sedangkan saudara-saudara kalian di penjara Inkayuth (Thailand), Guantananmo, Ar-Ruwais, Kemunting (ISA) dan Al-Hair disiksa dan diremehkan kehormatan mereka. Mereka semua ditelanjangkan. Saya yakin kalian telah melihat foto-foto bukti tentang hal itu, yang berhasil dikeluarkan dari penjara Abu Gharib dan Kemunting misalnya, sesungguhnya hal itu tidak lain sebagai gambaran apa yang terjadi terhadap saudara-saudara kita di penjara-penjara Israel, Amerika, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia dan sekutu-sekutu mereka. Apakah yang kalian tunggu lagi? Mengapa tidak membebaskan mereka?
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Bukankah Allah berfirman: "Dan perangilah mereka sampai tidak ada fitnah, dan sehingga seluruh dien (agama) itu milik Allah". (Al-Anfal (8):38).
Bukankah kalian telah mengetahui firman Allah ini: "Dan bunuhlah kaum musyrikin itu dimana sahaja kamu menjumpai mereka, dan tawanlah mereka, dan kepunglah mereka dan intailah mereka di tempat-tempat pengintaian". (At-Taubah (9):5).
Bukankah Allah telah berfirman: "Dan perangilah mereka kelak Allah akan mengadzab mereka dengan tangan-tangan kamu, dan menghinakan mereka dan menolong kalian atas mereka, dan melegakan hati orang-orang yang beriman, dan menghilangkan panas hati mereka." (At-Taubah (9):14-15).
Bukankah Allah berfirman: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. (At-Taubah (9):29).
Bukankah Allah berfirman: Wahai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah neraka Jahannam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya. (At-Taubah (9):73).
Bukankah Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (At-Taubah (9):123).
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Allah berfirman: Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darajatnya disisi Allah dan itulah orang-orang yang menang. (At-Taubah (9):19-20)
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab-Nya)." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah (9):24)
Justeru jangan diberatkan oleh dunia sehingga menghalang kamu daripada Jihad Fi Sabilillah: Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:
"Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (At-Taubah (9):38-39)
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (At-Taubah (9):41)
Untuk itu buatlah persiapan segera atau Allah akan melemahkan keinginan kamu:
Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu. Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kepada kamu selain dari kerosakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke hadapan di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antaramu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim." (At-Taubah (9):46)
Sehingga akhirnya, akibat keenggananmu itu, kamu akan menjadi orang-orang yang munafik:
Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini". Katakanlah: "Api neraka Jahanam itu lebih sangat panas (nya)", jikalau mereka mengetahui. Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. (At-Taubah (9):81-82)
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Bukankah kalian tahu kisah tentang Tiga orang yang tidak ikut berjihad (rujuk peristiwa Perang Tabuk)? Apa dosa mereka? Dan apa kesalahan mereka yang menyebabkan mereka tercela? Tidak lain, dosa mereka adalah karena mereka tidak berjihad! Renungkanlah oleh kalian, mereka itu adalah sahabat radhiyallahu 'anhum. Termasuk golongan manusia terbaik dan mereka ikut berperang bersama nabi Muhammad s.a.w dalam sebagian peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Apa gerangan balasan (hukuman terhadap) mereka? Balasan mereka adalah Rasulullah s.a.w memboikot mereka selama Lima puluh malam, padahal mereka sendiri bertaubat kepada Allah dan Allah tidak memberi mereka taubat kecuali setelah Limapuluh malam!! Sesungguhnya masalah ini adalah teramat penting. Maka tanyakanlah pada diri-diri kalian dan hisablah diri kalian sebelum dihisab oleh Allah di hari akhir kelak.
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Jika kalian mendakwa bahwa peperangan terhadap kaum murtadin (pemerintah Malaysia, Arab Saudi dan Indonesia misalnya) terdapat syubhat -sebagaimana kalian sangka- maka bagaimana dengan Iraq, Pattani Darussalam, Somalia, Kaukasus (Chechnya), Afghanistan, Turkistan Timur (Xinjiang) dan Kashmir? Peperangan telah meletus, kehormatan dan kebebasan mereka telah dirosakkan. Kaum muslimin dibunuh tanpa dosa apapun yang mereka perbuat melainkan kerana dien mereka. Simbol-simbol kaum muslimin pula dinodai. Lantas kenapa kalian masih duduk, tidak berjihad?
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Jika kalian mencela mujahidin, mencela peperangan kami terhadap tentara-tentara itu, dan kalian berkeras mempertahankan bahwa mereka (kaum kafirin dan murtadin) adalah kaum yang tidak harus diperangi, maka demi Allah, kami bertanya kepada kalian siapakah yang menangkapi kami? Dan siapa yang membuka aurat-aurat kami, menangkap syaikh-syaikh kita dan pejuang-pejuang kita dan memasukkan mereka ke dalam Kem Inkayut, Guantanamou atau Kemunting? Siapakah yang membunuh orang-orang baik di kalangan kita? Siapakah yang melampaui batas terhadap wanita-wanita kami, juga harta-harta dan tempat tinggal kami! Saya bertanya pada kalian, siapakah Thaghut (termasuk dari cawangan khas atau SB) yang selalu berjaga malam, memasang telinga dan tangan mereka menyiksa kami? Bukankah mereka itu pasukan khusus, yang selalu mengintai dan mencari-cari Mujahidin? Demi Allah saya bertanya kepada kalian, bukankah mereka itu pelindung pasukan salibis, yahudi dan hindu-buddha?
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Jika kalian mendakwa bahwa kalian sememangnya berjihad dan telahpun berada di medan jihad iaitu di bidang jihad melalui pena, kertas undi mahupun dakwah dan ilmu, kami ingin jelaskan dengan rendah diri bahawa setelah kami amati dan perhatikan, ternyata kalian hanyalah berada di medan wanita-wanita kalian dan di medan kecintaan kepada dunia dan takut kepada kematian. Inilah kenyataannya! Kenyataan yang pahit namun terpaksa diterima. Kamu tidak boleh ‘putar belit’ dalam menafsirkan Jihad Fi Sabilillah. Berjihadlah sebagaimana Nabi saw yang terjun langsung mahupun mengarahkan tidak kurang daripada 60 operasi Jihad. Takutlah kepada Allah wahai manusia, kembalilah kepada kehidupan sebenar kalian iaitu dengan berjihad! Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan." (Al-Anfal (8):24).
Ibnu Abbas r.a berkata: "Yang dimaksudkan dengan 'sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu' dalam ayat di atas adalah Al-Jihad".
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Janganlah kamu menjadi sebagaimana Khalid Al-Walid yang apabila ditanya oleh salah seorang sahabat tentang lamanya masa yang dia ambil untuk akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam dengan pertanyaan:
"Dimana akalmu wahai Khalid, sedangkan cahaya kenabian telah terbit sejak Dua puluh tahun lalu”? Khalid bin Walid menjawab: “Di hadapanku berderet nama-nama yang bersinar terang di mata kami hingga kami memandang mereka dengan penuh karisma (wibawa)".
Ya! Nama-nama besar. Para ‘ulama’ atau ‘pemimpin’ yang ditaati dengan penuh ‘taksub’. Yang kerana mereka, kamu meninggalkan Jihad Fi Sabilillah.
Mereka mengatakan:“Sekarang kita perlu jihad dengan ekonomi dan ilmu” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang kita perlu jihad dalam bidang ternakan” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang kita perlu jihad sekadar dalam bidang dakwah” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang kita perlu jihad dengan sekafar mempelopori dan menerajui kaedah pengurusan kerajaan yang telus dan berhemah” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang kita perlu jihad dengan sekadar berpolitik untuk pilihanraya” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang jihad belum diseru atau diperintahkan” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang kita perlu utamakan iman dan tidak boleh berjihad sebelum iman kuat” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang kita perlu utamakan I’dad iaitu mempersiapkan kekuatan untuk jihad” maka kita pun taat.
Mereka mengatakan: “Sekarang kita perlu jihad dengan sekadar berdemontrasi” maka kita pun taat.
Dimana iman kita. Kita sedang diperangi. Namun para syiekh (kecuali yang diberkati Allah) hanya berdiri di pentas dan bercakap tentang Jihad, tentang Islam dan tentang politik dalam Islam. Adakah ini yang kita mahukan? Adakah mereka ini yang perlu kita taati? Bila ditanya tentang Jihad, mereka menjawab, “Ohhh, kita juga ada persiapan”. Sekadar ‘bersiap’. Adakah sekadar bersiap tanpa memulakan peperangan dapat menjauhkan azab Allah daripada kita? Muslimin sedang dibunuh. Muslimah sedang dirogol. Kita.... bergoyang kaki?
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Ibnu Asakir meriwayatkan dari Zaid bin Aslam dari ayahnya, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad akan tetap menjadi sesuatu yang menarik hati, selagi air tercurah dari langit. Akan datang masanya kepada manusia, orang-orang yang dianggap quraa (mengerti agama) akan berkata kepada mereka: "Sekarang bukan zamannya Jihad", barangsiapa menjumpai zaman seperti itu, maka Jihad di waktu itu adalah sebaik-baik Jihad. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w: "Apakah ada orang yang berkata seperti itu?", "Ada" yaitu orang-orang yang Allah telah melaknatnya, juga malaikat, bahkan sekalian manusia melaknatnya", jawab Rasulullah s.a.w. (Sebagian ulama melemahkan hadis ini).
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Saya katakan kepada kalian sebagaimana Ibnul Jauzi berkata kepada orang-orang yang sezaman dengannya: "Wahai manusia, perang telah bergema, para penyeru Jihad telah menyeru kalian untuk berjihad, pintu-pintu langit telah terbuka, jika kalian tidak menjadi pahlawan dalam peperangan, maka berikan saja peluang-peluang jihad itu kepada wanita, biar mereka menempuh jalan itu! Kenakanlah sanggul dan celak matamu, wahai lelaki. Pakailah serban dan berjanggotlah kalian wahai wanita!"
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Bergabunglah kalian dengan kafilah Jihad. Merekalah saudara-saudara kalian di bumi ini, mereka memerangi musuh-musuh Allah daripada kalangan Kafirin dan Murtadin. Jika kalian tidak menemukan jalan untuk bergabung bersama mereka, berusahalah disamping berdoa dengan penuh tulus. Usahakanlah sendiri upaya untuk membunuh orang-orang kafir dan murtadin. Kumpulkan teman-teman yang ikhlas dan buatlah perancangan untuk memulakan ibadah jihad walupun itu dengan sekadar usaha untuk melakukan satu pembunuhan sebagai permulaan. Bunuhlah kafir itu walaupun satu, agar kalian memperoleh apa yang Allah janjikan, sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w :
"Seorang kafir tidak akan berkumpul di dalam neraka dengan orang yang membunuhnya (muslim), selama-lamanya" (HR.Muslim)
Wahai kalian yang enggan berjihad!
"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan" (Al-baqarah (2):195).
Maksud 'kebinasaan' dalam ayat ini adalah: meninggalkan jihad dan sibuk dengan diinar (harta).
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Janganlah kalian menjadi orang-orang yang gagah berani ketika masih jahil tetapi setelah memahami Islam dengan sempurna kamu kembali menjadi pengecut.
Wahai kalian yang enggan berjihad!
Tahukah kalian siapakah mukmin yang sebenarnya? Mereka itu adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia." (Al-Anfal (8):74)
(Diubahsuai daripada Risalah Nasihat dan Teguran kepada Saudara-saudaraku yang Enggan Berjihad oleh Al-Syeikh Al-Mujahid Abu Abdurrahman Al-Atsari Sulthan bin Bajjaad, Mujahidin Dari Dua negeri suci (Haramain) yang kini terjajah.)
7.30.2008
[+/-] |
Masih bermimpikah kita |
saudaraku...!!
dimanakah kita...??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,
Saudaraku...!!
sedarkah kita...??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,
Saudaraku...!!
butakah kita...??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,
Saudaraku...!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,
Saudaraku...!!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,
Saudaraku...!!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah
Saudaraku...!!
tak takutkah kita...??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah...??
Bangunlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah...bangkitlah...bangkitlah...!!
7.29.2008
[+/-] |
Terkini : Media Arus Perdana sepi |
Media Arus Perdana terus menyepi mengenai laporan Perubatan dan gagal berhujah segarang sewaktu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari atas tuduhan liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya. Paling kuat adalah Kementerian Kesihatan mempersoalkan bagaimana laporan peribadi itu boleh bolos seolah-olah impak laporan mengenai tuduhan palsu itu tidak penting. Sekali lagi Barisan Nasional khususnya UMNO parti dominan yang memerintah kerajaan tersepit dengan tindakan Polis menahan Anwar Ibrahim sedangkan laporan perubatan telah diperoleh dan doktor yang bertanggungjawab telah memberi keterangan mengenai laporan perubatan – ini yang dilaporkan oleh polis ( media hari ini) dalam menafikan doktor yang menjalani peperiksaan ke atas Saiful di tahan. Adakah ini tidak kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena dalam isu kes liwat 2 – pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim.
Persoalan mengenai tindakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terhadap isu Melayu kini seolah-olah diketepikan kerana wujud tuduhan konspirasi 2 ke atas Anwar Ibrahim. Kita kena jujur – kerana sekiranya ini berlaku kepada kita, yang mahu adalah keadilan dan ketelusan.
Namun apa yang kelihatan – apa yang dilakukan – mengertikan konspirasi. Tidak ada kenyataan yang konkrit dibuat untuk menunjukkan positivisme kerajaan – untuk mendapatkan keadilan atau mahu mengetahui kebenaran. Lebih banyak kenyataan negativisme dalam penemuan laporan perubatan Saiful yang mengatakan beliau tidak diliwat – lebih kuat menunjukkan konspirasi. Ini adalah pembacaan umum yang boleh di buat berhubung dengan kes ini. Mereka akan bertanya atau setidak-tidak media Internet akan terus memainkan isu – Anwar ditahan dengan begitu gerun sekali – sedangkan laporan perubatan Saiful menunjukkan beliau tidak diliwat dan Saiful masih selesa dengan tuduhan yang secara asas hari ini adalah palsu. Dakwaan dokumen laporan kesihatan tidak sahih – kemungkinan dengan lain palsu sepatutnya tidak mengundang siasatan terperinci kenapa laporan itu boleh bolos dari Hospital Pusrawi dan kenyataan Kementerian Kesihatan untuk meneliti profesionalisme Hospital tersebut.
Media Arus Perdana jangan mainkan langkah ortodoks seperti sedia kala. Ini akan hanya mengundang ketidaktelusan mereka – mengundang tuduhan konspirasi kerajaan terhadap Anwar – menjarakkan kepercayaan ramai terhadap media kita hari ini. Setidak-tidak kita perlu menunjukkan sikap yang lebih terbuka sebelum kerajaan ini – terikat dengan tsunami seterusnya. Jangan pula timbul laporan kesihatan 2 dan doktor yang sama. Perbuatan dan langkah tidak tepat sudah memberi loncatan pada Anwar Ibrahim dan dakwaan teori konspirasi 2 seakan sudah nampak sahih. Sekiranya benar – konspirasi 2 – macam mana perhubungan PAS dan UMNO – adakah muzakarah diteruskan?
[+/-] |
Kenyataan Akhbar oleh DSAI |
29hb Julai 2008
Laporan hospital yang didedahkan semalam mengesahkan hujah kami bahawa tuduhan yang dikenakan ke atas saya sememangnya tidak berasas dan bermotifkan politik serta petuduh itu seorang penipu yang bersengkongkol dengan penguasa untuk membunuh karakter saya dan juga berhasrat untuk melengahkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.
Laporan ini menjadi asas kepada kita untuk curiga dengan apa yang dikatakan sebagai penyiasatan polis yang tidak berpihak dan adil serta menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mensabitkan saya dengan pertuduhan fitnah tersebut, dengan apa cara sekalipun, walaupun ianya tidak berasas.
Kami tidak memahami bagaimana pihak polis dalam jangka masa empat minggu terakhir ini, yang kononnya telah menjalankan penyiasatan yang teliti dan profesional boleh terlepas pandang bukti yang sebegini penting? Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya kecuaian, ketidakjujuran dan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang menghina negara dan mengheret kita untuk melalui penipuan yang jahat dan keji ini.
Keengganan kami untuk menyerahkan sampel DNA terbukti benar dan tepat. Kegagalan pihak polis untuk mendedahkan laporan kesihatan ini membuktikan niat mereka untuk memerangkap saya. Keterdesakan mereka untuk dapatkan sampel DNA yang baru menunjukkan usaha terakhir mereka untuk membentuk kes yang sebenarnya tidak muncul.
Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia Dato’ Ambiga Sreenevasan terhadap perkembangan terbaru ini bolehlah kita ambil.
“Kredibiliti sistem keadilan di Malaysia secara keseluruhannya berada di saat genting. Integriti para profesional, samada doktor ataupun peguam janganlah diganggu. Masyarakat mesti tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap sistem keadilan di negara ini dan mereka mesti yakin bahawa ianya tidak disalah guna mahupun dicerobohi.”
Beberapa minggu lalu saya telah menfailkan satu laporan mensabitkan Musa Hassan dan Gani Patail dengan satu konspirasi untuk memalsukan pembuktian kes membabitkan saya pada tahun 1998. Badan Pencegah Rasuah sudahpun memulakan siasatan terhadap laporan tersebut. Saya secara konsisten menyatakan bahawa penyiasatan yang adil adalah mustahil kerana kedua-dua mereka masih mengetuai Pasukan Polis dan Jabatan Peguam Negara dan pernah terlibat dalam menfitnah dan memalukan saya, tambahan pula karakter petuduh yang meragukan disamping dekatnya dia dengan Timbalan Perdana Menteri, isteri beliau, kakitangannya dan individu penting di dalam pasukan polis.
Saya ulangi gesaan untuk menjamin keselamatan dan perlindungan terhadap doktor yang menulis laporan kesihatan tersebut. Adanya laporan yang mengatakan beliau dan keluarga beliau berada dalam bahaya mestilah tidak dipandang ringan kerana wujudnya insiden saksi penting dalam kes berprofail tinggi di Malaysia didapati diugut, dipaksa dan hilang entah ke mana.
Saya sekeluarga telah melalui ujian yang berat beberapa bulan kebelakangan ini. Ketakutan akan berulangnya trauma dan pencerobohan yang dikenakan ke atas kami hanya dapat ditanggung bila menyedari betapa besarnya sokongan rakan-rakan dari Malaysia dan seluruh dunia. Kami merasa beban berat seperti diangkat dari bahu kami bila melihat dan membaca laporan tersebut. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mempercayai kami dan komitmen mereka terhadap perjuangan kebebasan dan keadilan di Malaysia.
Saya secara sukarela bekerjasama dengan penyiasatan yang dibuat oleh pihak polis; namun ianya ternyata cuai dan berniat jahat rupanya. Saya berpandangan negara ini berada dalam kedudukan yang tenat dari aspek ekonomi dan sosial dan saya tidak mahu lagi dipesongkan oleh gangguan sebegini. Saya bertekad untuk melangkah ke hadapan bersama agenda perubahan, yang disokong oleh rakyat Malaysia pada pilihanraya yang lepas, dan saya tidak berhasrat untuk melayan tuduhan fitnah ini lagi.
Pada ketika ekonomi dunia menuju kemelesetan dan Malaysia terpaksa bergelut untuk kekal bersaing dengan jiran-jirannya, skandal ini ternyata muncul pada waktu yang sangat buruk. Masalah inflasi, pengangguran dan terhakisnya keyakinan pelabur semakin hari semakin buruk. Pihak berkuasa dibantu pula oleh menteri kanan dalam kerajaan, kelihatan sengaja mengheret nama negara ini ke bawah hanya kerana untuk kekal berkuasa. Komuniti antarabangsa telah melahirkan rasa tidak senang mereka terhadap apa yang berlaku, ini boleh mengakibatkan pengurangan pelaburan asing, pelancong dan sudah semestinya menyebabkan ekonomi yang lemah.
Saya menyeru kerajaan supaya bangkit meninggalkan segala percaturan remeh dan berniat jahat hanya kerana ingin kekal berkuasa, mereka perlu jujur, ikhlas serta efektif dalam segala tindakan. Pada saat ini kemaslahatan negara adalah tanggungjawab mereka, kita menuntut tidak kurang dari itu.
ANWAR IBRAHIM
[+/-] |
Tok Guru Pekena Umno, Karpal Terasa? |
Bermula dengan kisah muzakarah, Tok Guru Nik Aziz memerangkap pemimpin Umno untuk mempolemikkan isu ini. Mulanya tiada respon, tetapi selepas Dollah mengesahkan bahawa tiga pemimpin Pas ada membuat pertemuan berasingan dengan pemimpin Umno maka jaguh-jaguh kampung Umno naik pundak.
Mulalah mereka canangkan Muzakarah Umno-Pas ini menjadi suatu kewajaran untuk masa depan Melayu dan Islam.
Belum habis kisah muzakarah, pimpinan Pas bermusyawarah. Keputusannya Pas hanya berminat bermuqabalah. Maka pimpinan Umno yang gelenyai pun mulalah bicara isu muqabalah. Ulama’ Umno dipanggil untuk terangkan maksud muqabalah dan sekonyong-konyongnya mereka menukar lagu dari muzakarah ke muqabalah.
Tok Guru pastinya ketawa geli hati melihat telatah pimpinan Umno yang begitu jakun dengan ungkapan-ungkapan ‘arab’ yang disebutkan oleh beliau. Kesian, tapi tak apalah mereka boleh belajar dan seluruh rakyat sekarang boleh cakap arab sikit-sikit.
Genap seminggu, Tok Guru membuat suatu lagi kenyataan yang mengejutkan semua. Tok Guru cadang parti Umno dan Pas bubar, kemudian bergabung untuk buat satu parti. Tajul Rosli yang gila talak pun setuju. Lantas kenyataan media dibuat untuk pujuk Pas bersatu di Perak. Tapi Ust. Ahmad Awang bijak, pelawaan itu ditolak.
Tajul dan yang lain lupa atau sengaja tak dengar ayat terakhir Tok Guru. Kedua-dua parti kena bubar kalau Umno bersetuju letak Islam sebagai jalan perjuangannya seperti Pas, bukan bubar buta-buta.
Sebelum ini pun, Tok Guru dah sebut bahawa Pas tidak akan tentang Kerajaan termasuklah Umno kalau mereka jadikan Islam sebagai perlembagaan, tapi selagi dasar sekarang tidak diubah maka, pertempuran akan terus berlaku.
Apa yang kelakar sekarang ini, Karpal pula yang terasa. Sebut sahaja Islam dan Melayu maka, melentinglah orang tua ini. Tanpa sedikit pun usul periksa, beliau terus meminta Pas bagi tunjuk sebab pada Pakatan. Bila masa Pas istihar nak masuk Umno atau BN.
Apasal karpal nak gelabah. Beliau tidak berhak untuk minta Pas ikut telunjuknya. Pas hanyalah rakan dalam Pakatan dan organisasi ini hanyalah sekadar kesepaduan politik yang mana setiap anggotanya berhak memimpin dasar parti masing-masing.
Urusan Pas dan Umno adalah urusan peribadi Pas. Pimpinan Pas tahu apa yang sedang dilakukan dan sesekali tidak akan menjual prinsip walaupun ditawarkan dengan jawatan. Pas kenal siapa kawan atau lawan. Semaklah mana-mana buku sejarah, Pas tak pernah tikam belakang atau tinggalkan rakan-rakan yang bergabung bersama Pas.
Apa yang Dap inginkan adalah negara sekular dan idea itu pastilah tidak disukai Pas. Adakah Dap sanggup menghapuskan cita-cita mereka itu untuk bersama dalam Pakatan. Pastilah tidak dan mereka akan gunakan alasan masyarakat majmuk untuk mempertegaskan cita-cita sekular mereka.
Karpal lupa bahawa sejarah Negara Islam tidak pernah menindas orang bukan Islam. Hanya sejarah sekular sahaja yang pernah menghancurkan hubungan bangsa dan agama hingga hilangnya nilai dan akhlak dalam tamadun manusia.
Jadi, dalam soal hubungan Umno dan Pas. Karpal jangan gelojoh dan masuk perangkap Umno yang sengaja mengapi-apikan isu ini bagi menyakitkan hati rakan Pakatan lain. Pimpinan Pas disemua peringkat telah sepakat, Pakatan adalah wadah perjuangan kini dan usaha hubungan dengan Umno akan tetap dilakukan jika memberikan kebaikkan kepada Pas, Pakatan dan rakyat keseluruhannya.
7.28.2008
[+/-] |
Roslan Shahir : Komen beliau... |
Kebelakangan ini kita banyak melihat PAS khasnya melalui Dewan Pemudanya sering melakukan protes sama ada terhadap kerajaan negeri milik bersama Pakatan Rakyat mahupun kerajaan yang diterajui BN. Ianya bukan sesuatu yang baru tetapi lebih kerap kebelakangan ini.
Terbaru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan nota bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung konsert yang melibatkan artis Indonesia kontroversial, Inul, yang dijadual diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 27 Julai ini.
Sebelum itu Pejabat Daerah Johor Bharu telah membatalkan konsert yang sama yang sepatutnya diadakan di daerah tersebut 19 Julai lalu. Khabarnya Dewan Pemuda PAS Johor adalah antara yang terlibat membantah program itu.
Mengapa penting sangat kita membantah acara-acara ini, sebagaimana Dewan Pemuda Selangor merasakan penting membantah konsert Ella dan Mas Idayu di Stadium Shah Alam baru-baru ini?
Sudah pastilah ianya kait-mengait dengan asas dan dasar perjuangan kita. PAS adalah sebuah gerakan Islam dan jelas terpahat kukuh Islam sebagai dasarnya dan Islamlah juga tujuan dan matlamat perjuangannya. Lantaran itu terpikullah atas kepala bahu setiap ahli dan pendukungnya, amanah untuk memastikan yang Islam dalam apa keadaan sekalipun diperjuang, dipertahan dan dipelihara.
Allah SWT berfirman:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya. (ali Imran: 104)
Lalu dalam hal ini, PAS lah puak itu, dan tindakan PAS melalui Dewan Pemudanya itu merupakan manifestasi dari pegangan ahli-ahli PAS terhadap ayat ini malah seluruh yang dituntut dan diseru serta dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan oleh Rasul s.a.w. melalui sunnahnya.
Kerana itu PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu-isu kemasyarakatan dan negara khasnya yang melibatkan Islam, nasib dan masa depannya. Isu-isu Islam sama ada yang kecil atau remeh sehinggalah yang besar dan yang berkaitan dengan kenegaraan, hukum dan perundangan akan terus diperjuangkan sebagaimana yang ternukil di dalam perlembagaan parti.
Mungkin ada sesetengah pihak merasakan tindakan PAS membuat bantahan terhadap konsert itu sesuatu yang tidak signifikan. Ternyata mereka ini tidak mengenali PAS. PAS sama ada dalam keadaan ia menang besar atau tinggal satu kerusi parlimen, tanpa satu negeri pun yang ditadbir, tetap konsisten dalam usaha-usahanya. Jika tidak ia seolah menggugurkan prinsip dan dasar perjuangannya yang didukung sejak lebih 50 tahun lalu.
Kerana itu sejarah telah membuktikan PAS, sama ada dalam keadaan bersendirian atau bertahaluf dengan pihak lain, tidak pernah sekali-kali bersetuju atau bersedia menggadaikan prinsipnya kerana kemahuan kawan atau tuntutan kuasa. Dalam apa keadaan pun redha Allah adalah lebih penting dari redha manusia dan populariti. Inilah dasar yang dipertahankan oleh para pengasas kita, membawa ke zaman Almarhum Dr Burhanuddin, Almarhum Prof Zulkifli, sehingga ada yang keluar masuk penjara, tercedera hatta syahid di Memali.
Kerana itu PAS akan terus berjalan sama ada bersendirian atau berkongsi kuasa bagi menerokai jalan untuk memungkinkan Islam mendapat ruang dan peluang untuk dilaksana dan dinobatkan. Sesiapa sahaja yang membuka ruang dan peluang itu akan menjadi rakan PAS dan sesiapa sahaja yang mengekang atau menghalangnya akan ditinggalkan oleh PAS.
Kita mahu melihat 50 tahun berikutnya, PAS menempuh era baru dimana dasar dan perjuangannya diberi pengiktirafan dan dihormati serta diterima oleh semua. Itulah perjuangan kita dahulu dan itulah perjuangan kita insya Allah sampai bila-bila. - tajdid
Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS.
[+/-] |
Teka-teki Imam Ghazali |
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
[+/-] |
Allah tidak beri Permit |
Islam datang menggantikan tempat duduk jahiliyyah di atas muka bumi Allah SWT. Islam datang dengan matlamat mengajak manusia bahkan seluruh makhluk supaya tunduk dan taat hanya kepada Allah. Melaksanakan tanggungjawab dan tugas di atas muka bumi ini dengan maksud berubudiyyah kepada Allah. Berkeluarga, bernikah kahwin kerana ubudiyyah, mengejar sijil ijazah pun untuk mencapai matlamat ubudiyyah, berekonomi, berpolitik, memerintah negara, semuanya adalah kerana ubudiyyah kepada Allah SWT.
Bila Islam datang, maka runtuhlah sekalian binaan jahiliyyah. Semuanya terbina atas ketaatan kepada Allah SWT. Bila sekular lahir di atas muka bumi ini, pejuang dan pendokong sekular berusaha habis-habisan untuk suburkan kembali jahiliyah dan kuburkan Islam. Asalnya sekular itu muncul di barat. Suara asal ajakan sekular itu ialah menyerahkan kuasa memerintah kepada pemimpin dan agama kepada gereja. Sebab sebelum itu, segala keputusan mesti dirujuk dan datangnya dari gereja. Kita tinggalkan dahulu yang ini.
Bilamana musuh Islam nampak faham sekular ini amat berguna untuk hancurkan Islam, maka ianya dipergunakan habis-habisan. Maka dikaderkanlah orang-orang Islam sendiri untuk perjuangkan faham kufur sekular ini (meminjam bahasa kekanda saya Ustaz Zulkifli Ismail Ketua Dewan Ulama’ Melaka).
Sebenarnya, musuh-musuh Islam mahu merungkaikan ikatan Islam dari leher umat Islam. Selagimana agama terikat kukuh di batang leher seorang Muslim dan terus subur dalam jiwa mereka, maka selagi itulah musuh-musuh Islam takkan dapat mengalahkan dan menghancurkan Islam. Sekular adalah satu jenis faham yang mengajak manusia mengasingkan agama dari kehidupan. Agama berada di satu lembah dan kehidupan mesti diletakkan di lembah yang jauh dari agama. Pendek kata, jangan sekali-kali ada pengaruh agama dalam kehidupan. Komunis pula menganggap agama adalah candu yang mneghalang kemajuan. Lebih kurang samalah tu. Kesemua itu jalan-jalan kepada kekufuran belaka.
Rasulullah SAW datang mengikat kembali antara agama dan kehidupan. Agama dijadikan payung kehidupan. Hidup akan jadi kering dan gersang tanpa jiwa agama. Agama menyuburkan, menyegarkan, memanas dan menghangatkan, agama juga mengajak kepada permuafakatan, ketamadunan dan kemajuan duniawi dan kejayaan ukhrawi. Rasulullah SAW telah menghubungkan kembali antara langit dan bumi. Memperkenalkan Khaliq kepada Makhluq ciptaanNya. Ini semua adalah tugas kerja dan peranan agama.
“ Dan Demikianlah kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah kami. sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” Surah Asy Syuura : 52
Kerana sebab itulah bilamana gerakan Islam mendapat kuasa pemerintahan, maka bertungkus lumuslah pimpinannya menghidupkan sekolah-sekolah agama. Sanggup berbelanja sampai berpuluh juta demi hidup suburkan institusi pendidikan agama.
Golongan sekular pula sibuk membina masjid tetapi menutup pintu masjid dari hidayah Allah SWT rapat-rapat. Bila ada ulamak mukhlisin kupas isu kehidupan dalam masjid, dikatanya ustaz ini hanya tahu mengata orang. Bila isu politik dikupas di dalam masjid, dikatanya dalam masjid tak boleh cakap politik. Politik suku agama suku.
Dalam isu konsert Inul Daratista, penganjurnya tidak berpuas hati bila DBKL menolak permohonan mengadakan konsert yang dijadualkan malam esok. Pihak berkuasa tempatan memberikan alasan keselamatan. Pihak Polis enggan lepaskan permit kerana keselamatan. Penganjur dipetik sebagai berkata bahawa alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa tidak cukup konkrit kerana faktor keselamatan bukan masalah besar yang perlu dibangkitkan. Katanya anggota polis cukup ramai untuk menjaga keselamatan konsert Inul.
Cuba perhatikan betapa berjayanya musuh aqidah Islam mensekularkan si mamat penganjur konsert yang beragama Islam ini. Kalau pihak berkuasa memberikan alasan keselamatan, itu hak mereka. Tetapi yang pastinya, program yang dianjurkan tidak mendapat permit dari Allah SWT. Hilang sudah rasa gerun takut kepada Allah SWT. Hilang sudah pertimbangan iman bila nafsu menguasai. Betapa tidak berfaedah langsung konsert tersebut melainkan menaikkan nafsu syahwat dan mengajak manusia berbuat sesuatu yang melampaui batas kehambaannya. Inilah buah pahit lagi beracun hasil faham sekular yang dianuti pemerintah negara ini sejak merdeka. Kini semua kita merasai padahnya.
Biarlah kita kerugian 500 ribu sekalipun asalkan kita tidak dimurkai Allah. Inul pula menganggap ini adalah ujian dari Allah untuk dia. Yang ini, lagilah memeningkan saya. Macaman saya nak huraikan?
[+/-] |
Hati-hati bila memilih |
Yakin dengan apa yang diperjuangkan adalah ciri dan prasyarat untuk diangkat sebagai pimpinan dalam sebuah gerakan Islam. Kalau pemimpin sendiri tidak yakin dengan apa yang diperjuangkan, bagaimana pula ahli di bawah?, dan bagaimana pula pemimpin tadi boleh mengemudi perjuangan hingga mencapai matlamat perjuangan.
Sedap kita bercakap kepada ahli di bawah bahawa jalan perjuangan ini sangat jauh, tiba-tiba kita pula tidak sabar dengan jauhnya jalan perjuangan. Kita bersyarah berdetum detam mengatakan bahawa tidak ada jalan perjuangan yang sunyi dari ujian,mehnah dan fitnah, tiba-tiba kita sendiri tidak punya ketahanan dan istiqamah untuk berhadapan dengan sunnah perjuangan.Pelik sungguh.
Bila aqidah menjadi tunjang perjuangan, ianya akan membuahkan keyakinan yang sangat tinggi terhadap apa yang diperjuangkan. Yakinlah dia bahawa tumpas di medan tidak bererti kalah dalam perjuangan. Kerana kemenangan yang hakiki adalah di sisi Allah SWT. Inilah akibatnya bila tarbiyyah diabaikan dan politik diutamakan serta dijulang. Bertembung sahaja program politik dengan program tarbawi maka program tarbiyahlah yang pasti akan menjadi mangsa ditunda, dibatal, kaji semula dan sebagainya. Akhirnya bila berpolitik dengan kosong minda tarbawi maka wujudlah pimpinan sendiri yang tidak yakin terhadap apa yang diperjuangkan. Firman Allah SWT :
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.” Surah Ali Imran : 142
Lebih mendukacitakan lagi bilamana keraguan terhadap apa yang diperjuangkan oleh si pemimpin ini diluahkan di khalayak sehingga menjadi alat dan diperalatkan oleh musuh. Lebih-lebih lagi pula, dijadikan hujjah oleh musuh untuk menghentam perjuangan Islam yang suci murni. Rupanya bukan dalam UMNO sahaja berlaku kesilapan memilih pemimpin, tetapi dalam PAS pun sama juga. Lebih-lebih lagi yang bersemangat muda ditambah pula dengan tiada pengalaman dalam perjuangan dan sentiasa menganggap diri sudah cukup tarbiyyah dan tidak perlu lagi hadir dalam program-program tarbiyyah.
Saya hairan bagaimana seorang pemimpin boleh bercakap bahawa satu hari nanti PAS tidak akan dipercayai lagi kerana mengkhianati sokongan rakyat terutamanya sokongan bukan Islam. Saya yakin PAS tidak akan khianat selagi ia kekal dengan prinsip Islamnya. Syura Ulamak pasti akan mengambil tanggungjawab besar dalam memelihara hal ini. Kalau Syura pun tidak dipercayai, maka siapa lagi yang kita boleh letakkan kepercayaan?. Persoalan strategi pun adalah di bawah pantauan dan keputusan Syura Ulamak. Kenapa seorang pimpinan boleh bercakap bahawa hanya soal hukum diserahkan kepada Syura Ulamak dan soal strategi diserahkan kepada AJK PAS Pusat?. Bagaimana boleh seorang pimpinan gerakan Islam seperti PAS tidak memahami apa yang dikatakan perlembagaan PAS itu sumber rujukannya adalah Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Kalau soal strategi diserahkan kepada AJK PAS Pusat dan soal hukum kepada Syura maka samalah PAS dengan UMNO dengan prinsip pemisahan politik dan agama yang diadaptasi dari sekular. Kalau kita selalu bercakap dosa rakyat yang undi UMNO dalam pilihanraya kerana mereka akan terus melakukan kezaliman dan menyuburkan dosa maksiat, bagaimana pula dosa ahli yang mengangkat pemimpin gerakan Islam dari kalangan mereka yang masih berbau najis sekular?.
Berbalik kepada khianat kepada sokongan bukan Islam. PAS adalah sebuah gerakan Islam dan Dakwah adalah tunjang kerja buat PAS. PAS ingin berkuasa demi menegakkan Islam. Di samping mahu mengajak dan membuat pendekatan dengan non Muslim untuk menyokong PAS dan terlebih baik lagi jika kita berjaya mengajak mereka beraqidah dengan aqidah tauhid yang murni. Sememangnya teruk jika bukan Islam tidak sokong PAS dalam pilihanraya baru-baru ini, tetapi lebih teruk lagi jika ada tuntutan yang bukan-bukan sehingga kepada peringkat mencabar prinsip aqidah Islam. Sokongan dan tahalluf yang seperti ini tidak menguntungkan Islam. Jangan sampai mereka datang memberi amaran kepada kita agar tidak melaksanakan tanggungjawab ubudiyah kita kepada Allah SWT . Jangan sampai mereka datang membawa amaran dan ugutan bahawa kemenangan yang kita dapat adalah kerana kuasa mereka dan kita mesti tunduk kepada tuntutan mereka.
Sememangnya PAS, PKR dan DAP ada kelemahan. Tetapi takkanlah sama kelemahan PAS dengan kelemahan PKR dan DAP di hadapan seorang pemimpin PAS?. Sememangnya juga ketiga-tiga parti ini saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Tetapi PAS mempunyai prinsip dan dasar perjuangan yang jauh berbeza dengan DAP serta PKR. PAS tidak boleh membiarkan ia diperkuda, diperbudakkan dan dibodohkan. Seorang pimpinan dalam PAS wajib mempertahankan kemuliaan perjuangan PAS. Kalau sanggup membiarkan PAS terhina dengan hanya kerana mahu terus dilihat sebagai dapat mempertahankan kepercayaan sokongan bukan Islam, maka ini bukan sikap pimpinan PAS, tetapi lebih layak duduk dalam UMNO.
Di hadapan Allah SWT, kelemahan PAS tetapi masih lagi bertunjangkan aqidah yang benar sudah tentu masih dalam ruang lingkup kasih dan rahmat Allah. Kelemahan dalam PAS adalah tarbiyyah dari Allah. Kita sebagai manusia diajar untuk bersedia menerima kelemahan dan sedia mendengar nasihat. Inilah manisnya berada di dalam sebuah gerakan Islam yang bekerja untuk mencari keredhaan Allah bukannya sokongan manusia semata-mata. Nak buat apa seluruh manusia sokong kita sekalipun dalam keadaan kita dimurkai Allah. Sepertimana kata seorang sahabat saya, bila Karpal Singh marahkan PAS dengan dasar Islamnya, takkan nak suruh pimpinan PAS segera pergi memohon maaf kepada dia?
Kesimpulannya, berhati-hati memilih pemimpin dalam PAS. Jangan kerana petah berkata-kata terus diangkat dan dipilih menjadi pemimpin. Padahnya, kita akan terasa pedih berhadapan dengan pimpinan yang tidak punya keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan dan lansung tidak optimis dengan kemenangan Islam adalah kerana jihad dan pengorbanan golongan yang bertaqwa walaupun bilangan mereka itu sedikit sekalipun.
[+/-] |
Program Galakan Solat Negeri Perak |
Sempena Sambutan ISRA' MI'RAJ 1429H,satu majlis pelancaran bulan GALAKAN SOLAT peringkat Negeri Perak, akan dilancarkan pada 29 Julai,2008 , bertempat di Dataran DBI,Ipoh.
YAB Menteri Besar Perak,Dato' Seri IR Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyempurnakan majlis perasmian tersebut.
Orang ramai, Muslimin dan Muslimat dipersilakan hadir menjayakan majlis tersebut sebagai salah satu usaha bersama kita mempertingkatkan lagi Syiar agama Islam.
Bawalah bersama keluarga anda kerana ada artis jemputan yang sensasi menunggu anda disana - Suhaimi & Ina Naim. Jangan lupa bagi tau , Zaki, Rahim , Zainal, Pah Bedah dan kawan-kawan lain!
[+/-] |
Ketua Penerangan PAS Pusat mohon maaf |
Petikan Malaysiakini
Ketua penerangan PAS, tokoh pertama yang menafikan secara rasmi wujud pakatan PAS-Umno, hari ini memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti berhubung rundingan kongsi kuasa dua parti tersebut.
"Saya menulis surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno," kata Mahfuz Omar dalam satu kenyataan panjang.
"Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini."
Beliau seterusnya menambah: "Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.
"Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.
"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."
Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:
Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.
Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.
Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.
Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.
Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.
Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.
Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.
Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.
Maafkanlah saya.
Sekian, wassalam.
Hj Mahfuz Hj Omar Ketua Penerangan PAS Pusat"
[+/-] |
Apabila cadangan TGNA diterima |
" Pandangan bernas TGNA agar PAS dan UMNO bersatu di bawah panji-panji Islam dengan cara membubar parti masing-masing ternyata mengkelukan lidah dan menyentak urat saraf ramai tokoh politik tanah air, baik pembangkang mahu pun kerajaan. Saranan tersebut walau pun kelihatan semacam gimik politik, tetapi ianya mengandungi makna yang mendalam bagi politik di Malaysia.
TGNA tahu bahawa pandangan beliau agak sukar untuk diterjemahkan kepada kenyataan, tetapi perkara tersebut tidak mustahil berlaku jika Allah menghendakinya. Beliau tentu mempunyai panduan terhadap saranannya itu dengan merujuk kepada al-Quran dan sejarah di mana dua golongan terbesar di Madinah yang tak pernah lekang dengan pemusuhan semenjak sekian lama, tiba-tiba dapat disatu oleh seorang tokoh luar Madinah, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Waktu itu tidak siapa pun dapat menduga, termasuk tokoh kemasyarakatan bahawa dua kaum tersebut dapat disatukan di bawah kalimah tauhid yang cukup simple iaitu Lailaha illallah. Natijahnya, suku bangsa Madinah bertukar secara drastik menjadi kuat dan mampu mempertahankan diri dari percubaan musuh luar untuk menggayang Madinah, sebuah kota yang terlalu kerdil pada masa itu. Inilah rahsia besar hasil dari penyatuan Auz dan Khadraj di Madinah sehingga peristiwa yang bersejarah itu dirakam dalam al-Quran untuk panduan generasi manusia hingga kiamat.
Apakah formula yang ditujuk oleh al-Quran itu tidak sesuai diteladani oleh umat Melayu di negara ini jika mereka benar-benar cintakan kekuatan dan kestabilan setelah 50 tahun berpecah? Inilah mesej yang tersirat di sebalik saranan TGNA dari suku sakat bangsawan Raja Jembal itu? Beliau tentunya tidak mengeluar kenyataan tanpa bersandarkan kepada hujah dan nas yang konkrit.
Mungkin bagi golongan nasionalis pekat yang terdiri dari generasi lama sukar menerima formula penyatuan tersebut kerana mereka sudah sebati dengan gaya berfikir cara lama yang terbenam dalam minda mereka. Sebab itulah apabila akhbar mengajukan pertanyaan mengenai perkara tersebut, mereka dengan selamba menjawab: “Belum sampai masanya”, atau “Mustahil perkara tersebut dapat dilakukan”.
Semuanya ini membayangkan bahawa hati kecil mereka tidak bersedia menerima perubahan politik dan lebih rela berada ditakuk lama, walau pun sudah ketinggalan zaman. Namun, bagi generasi baru lain pula pandangan mereka.
Sebenarnya perbezaan antara PAS dan UMNO tidaklah terlalu jauh sehingga menyulitkan usaha penyatuan. Perbezaannya cuma dasar perjuangan yang mana ianya boleh diselesaikan menerusi pindaan kecil dalam perlembagaan parti yang sedia ada kemudian disatukan. Rangka perlembagaan boleh digubal dan diubahsuai sewajarnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh parti Keadilan dan PRM yang akhirnya berjaya bergabung menjadi PKR.
Ini suatu contoh mudah untuk dijadikan panduan. Kalau dua parti kecil tersebut boleh disatukan, kenapa parti terbesar UMNO-PAS tidak boleh? Takkan cara berfikir pemimpim mereka lebih teruk dari pemimpin parti kecil sehingga tak mampu berfikir kearah kebaikan masa depan bangsa Malaysia?
Pokoknya, cuba tanya golongan akar umbi kedua parti tersebut sanggup lagikah mereka berpecah berterusan dalam politik sampai ke cucu cicit? Sanggupkah mereka bersengketa sehingga mengabaikan tuntutan penyatuan yang digesa oleh syarak, semata kerana mempertahankan ideologi politik?
Sanggupkah mereka mewariskan penderitaan kepada generasi pelapis akan datang dengan kesengsaraan dan penderitaan akibat peluang-peluang ekonomi dan prmbangunan dinafikan terhadap mereka ekoran perbezaan fahaman politik yang berlangsung sepanjang 50 tahun itu?
Soalan-soalan tersebut wajar diajukan untuk mendapat maklum balas dari bangsa Melayu yang semakin terhimpit sekarang.
Seeloknya golongan pelapis UMNO yang bergelar putera dan puteri tidak lagi berfikir sebagaimana makcik dak pakcik dalam UMNO yang berjuang untuk jangka pendek demi untuk mengekal kedudukan mereka semata-mata. Paradigma mereka memang sukar diubah dek karat-karat nasionalime yang terlalu tebal melekat dan melekit dalam jiwa mereka.
Tetapi kamu yang akan mewarisi perjuangan bangsa yang masih jauh perjalanannya itu harus berfikir dalam jangkauan 100 tahun ke depan dengan berpandukan pengalaman 50 tahun yang lepas. Waktu itu segala-galanya berubah dan generasi lama yang masih ada sekarang tak mungkin wujud lagi pada masa itu.
Waktu itu nasionalisme tak relevan lagi dijadikan dasar perjuangan politik. Justeru itu, penyatuan yang dibuat atas nama nasionalisme sudah tentu tidak dapat dipertahan sampai ke bila-bila. Sebaliknya agama terus mengungguli keadaan hingga ke dalam perjuangan politik untuk generasi mendatang. Ini hakikat yang setiap umat Melayu-Islam perlu menyedarinya.
Lantaran itu, mulai sekarang, galaslah saranan TGNA dengan sebaiknya dan mulalah langkah awal dengan berfikir, berbincang dan seterusnya merancang. Janganlah mengharap sangat gagasan ini diimplimentasikan oleh generasi pakcik, makcik dalam UMNO yang sedang berkuasa sekarang, sebab sejarah telah membuktikan bahawa setiap perubahan besar yang berlaku dalam sesebuah negara di dunia ini datangnya dari usaha orang muda yang berpengetahuan luas serta jauh jangkauan mindanya.
7.27.2008
[+/-] |
Apabila Nik Abduh bersuara |
Salam Kamunting,
“Hidangkanku secangkir kopi panas.” Begitu isteri saya memahami bahasa hati saya apakala saya memintanya secawan kopi. Ia mesti panas sepanasya.
Bila ia dihidangkan sempurna di atas meja tempat saya membaca, atau menulis, atau mungkin nanti saat saya menonton pasukan premier leaugue saya, Newcastle United menentang Manchester United Ogos ini, jemari saya akan menyentuh perlahan cawan itu dan merasai keperitan panasnya. Jika panas, ia segera menyelinap ke dalam diri menerpa selera di lubuk dalam lalu membukanya. Sebelum lidah bertarung mengurai kepanasan air kopi itu, diri saya telah pun menikmatinya dengan rasa segar membangkit selera.
Jika tidak, saya akan memanggil isteri saya kembali. Bila dia berpusing balik, saya mencebik dan menyengetkan kepala saya. Dia mengetap bibir dan mendengus kemarahan, kadang - kadang melepaskan senjata perempuannya, membebel - bebel entah apa. Ah, saya menikmati telatah seorang isteri yang solehah. Marah itu bukan benci. Marah itu tanda sayang. Marah reda beriring keredhaan. Redha datang bila faham. Isteri saya cukup memahami saya.
Kopi tak panas itu jadi habuannya. Kebetulan ratu permaisuri saya ni suka minum kopi suam. Marah pun reda dan saya menikmati tegukan akhir kopi panas sepanasnya itu pada suhunya yang sudah suam atau langsung dah sejuk.
Aku harap Newcastle aku tak kalah pada Manchester pada perlawanan pembukaan nanti. Aku minat Owen budak baik itu. Sumbat Owen, jangan tak sumbat.
Tetapi sesetengah manusia tak memahami saya.
Bila saya kemukakan nas dan sirah serta praktikal gerakan Islam menghadamkan politik damai dalam perjuangan menuju keredhaanNya, teman yang menghujah saya itu membalas, yalah, nas itu satu hal. Tapi UMNO ni bla bla bla. Taring kemarahan saya segera menyeringai. Kalau tidak kerana saya cepat memacak tanda bodoh jahil di atas kepalanya, pasti saya ketuk kepalanya dengan cawan kopi panas di depan saya lalu berkata, ” Bodoh lebih baik daripada degil. Kamu ni degil.” Kawan saya ini hanya jahil.
Bolehkah anda menghujah nas dengan perkiraan dan jenis strategi bebal otak anda? Saya bacakan nas dan menghurainya, anda pun berkata, “Yang Allah kata tu ye lah. Tapi bla bla bala..” Apa kita diajar beradab begitu di depan Allah? Lihat al Hujurat:1-2.
Hujah nas mesti didepani nas juga. Samada anda datangkan nas lain atau anda mentafsir nas yang sama dalam kerangka ilmu tafsir dan takwil yang dibenarkan. Anda tak boleh menolaknya dengan hujah bengal bingal otak anda. Salah, lemah dan tak beradab namanya di sisi agama.
Jangan jadi sesat seperti segolongan manusia yang melayan ayat al Quran yang memuji kebesaran para sahabat ar Rasul sallaLlhu alaihi wasallam dengan tafsiran dan takwilan sesat demi semata - mata nak menegakkan bahawa kebenaran dan kebesaran hanya milik Ali karramaLlahu wajhahu dan ahlil Bait sahaja, bukan untuk seluruh para sahabat.
Allah menyuruh kita berdamai bila musuh miring untuk berdamai. Abaikan dulu soal tipu daya. Allah bersama kita menolong kita. Jika Pak Lah nak tipu, tipulah. Allah takkan bersama Pak Lah pun. Apa takut? Bila Pak Lah tipu, Allah tipu Pak Lah. Tipah tertipu, Pak Lah lagi tertipu.
Berdamai! Kamu takut? Allah bersama. Dia tunjukkan jalan untuk mengelak daripada ditipu atau, jika Dia benarkan tipu daya berlaku, Dia sendiri ambil risiko tipu daripada kita. Bila dia ambil, sekali lipat Allah pukul balik musuh yang menipu.
Allah tidak membebankan kita dengan risiko rugi ditipu. Allah bebankan kita dengan keberanian untuk berdamai.
Ingat, berani untuk berdamai!
Sesetengah anda takut untuk berdamai. Allah telah menjawabnya. Anda mesti berani untuk berdamai. Allah mahu dan sukakan perdamaian.
Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.
Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?
Sekarang, ayahanda telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.
Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..
Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.
Isteriku, hidangkanku secangkir kopi panas. Aku mahu terus berperang. Damai itu hanya rehat mengesat hanyir darah yang mengalir..
[+/-] |
Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang : isu muzakarah antara Umno dan PAS. |
Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu merasmikan konvensyen PAS Perak di Ipoh turut menyentuh isu muzakarah antara Umno dan PAS.
Mengulas tentang tawaran-tawaran jawatan eksklusif sebagai Menteri Besar dan kedudukan exco sebagaimana yang didedahkan oleh PM Abdullah Badawi,Presiden PAS dengan tegasnya menyatakan:
“PAS tidak akan menukarkan ugama dengan harga yang murah! Kami mengemukakan kepada Umno cadangan-cadangan daripada PAS mengenai diskriminasi dan tekanan-tekanan terhadap kerajaan negeri yang berlaku sejak era Hussein Onn lagi,”
“Mereka melambat-lambatkan bayaran geran supaya kerajaan negeri mengalami masalah dan pelbagai cara lagi untuk menganggu pentadbiran kerajaan negeri,” ulas beliau lagi.
Tuan Guru telah memetik potongan ayat dari Surah Al-Anfal :
وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٦١) وَإِن يُرِيدُوٓاْ
(أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٦٢
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.(62)
“Mereka telah mengajak dan menjemput kita dan kita telah menyambut baik undangan mereka itu. Dan kalau mereka bertujuan mahu menipu kita , Allah tetap akan lindungi kita, itulah jaminan Allah kepada orang-orang yang beriman,” jelas Tuan Guru.
“Untuk mengubah minda mereka dengan perbahasan di Parlimen adalah tidak mampu kerana pelbagai halangan daripada Yang Dipertua Dewan melalui halangan usul-usul dan undang-undang yang menghalang perbincangan yang terbuka antara PAS dan Umno,” jelas Tuan Guru lagi.
“Budaya Umno yang selama ini menganggap negeri ini kepunyaan mereka sahaja dan menganggap mereka sahaja yang mampu untuk memerintah adalah merupakan kepercayaan khurafat yang wajib kita tentang dan buktikan anggapan demikian itu adalah salah,” kata Tuan Guru.
[+/-] |
Luahan Dr. Maza |
Kata para sarjana: “tiada perbalahan dalam istilah selagi maksudnya betulnya”. Apa yang penting ia membuahkan kesan yang positif untuk masa depan umat Islam khususnya dan negara umumnya.
Jam sudah 3.00 petang. Biasanya saya menulis ruangan ini pada pagi Sabtu sehari sebelum rencana ini disiarkan. Hari ini agak lewat. Hanya beberapa jam untuk diserahkan. Saya masih berfikir tentang perundingan UMNO-PAS yang agak panas diperkatakan dimedia.
Saya tidak kisah samada hendak dipilih perkataan muzakarah, atau muqabalah atau hiwar, atau munaqasah, atau musyawarah atau apa sahaja. Selagi tidak menunjuk petanda yang negatif, pilihlah. Walaupun jika saya diberikan peluang memilih, mungkin saya memilih perkataan musyawarah yang berasal daripada syura. Ini kerana ia disebut dalam al-Quran. Namun itu tidak penting.
Kata para sarjana: “tiada perbalahan dalam istilah selagi maksudnya betulnya”. Apa yang penting ia membuahkan kesan yang positif untuk masa depan umat Islam khususnya dan negara umumnya. Jika kuasa-kuasa dunia yang berbagai; Amerika, Eropah, Rusia dan selain mereka boleh duduk semeja –sekalipun berbeza aliran- untuk menentukan masa depan umat Islam dan negara-negara Arab, mengapa pula kita tidak mampu?
Jika mereka yang mempunyai hasrat buruk untuk melanyak Umat Islam sanggup melupai perbezaan antara mereka, apakah kita umat Islam tidak dapat melupai perbezaan antara kita buat seketika demi memastikan masa depan umat Islam dalam negara ini selamat dan terjamin?!. Saya yakin pemimpin-pemimpin kedua parti lebih tangkas dan tulus dalam memikirkan hal ini.
Kita tahu ada pihak yang mula gusar dan mencemburui pertemuan antara dua parti tersebut. Justeru, saya kembali membelek-belek catatan sejarah yang mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri dalam Peperangan Jamal. Peperangan yang disebabkan oleh peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Peperangan yang setiap kali kita mengenangnya, kita akan mengalirkan airmata kekesalan. Cuma kisah bukan Syiah yang hidup dalam nostalgia lama dan enggan keluar daripadanya.
Kita bersedih atas Peperangan Jamal kerana menyebabkan dua pasukan tokoh agung umat iaitu Saidina ‘Ali r.a. dan Ummul Mukminin Saidatina ‘Aishah r.a. bertempur antara satu sama lain. Ia telah menyebabkan wajah sejarah kegemilangan sahabah terguris disebabkan peristiwa yang tidak pernah mereka ingini itu.
Dalam peperangan tersebut juga, dua tokoh besar sahabah yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. dan al-Zubair ibn al-Awwam r.a. berada di pihak ‘Aishah r.ha. Sebelum trajedi yang mengheret peperangan itu berlaku Saidina `Ali telah menghantar wakilnya al-Qa’qa’ bin `Amr bertemu dengan `Aishah dan bertanya tujuan kedatangannya.
Kata al-Qa’qa’: “Wahai ibu! Apakah yang menyebabkan engkau hadir ke sini?”. Jawab `Aisyah: “Wahai anakku! Kerana inginkan perdamaian di kalangan manusia”. Lalu al-Qa’qa’ meminta Talhah dan Zubair hadir, lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertanya Ummul Mukminin tentang tujuan kedatangannya, beliau menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk perdamaian antara manusia”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Kami juga demikian”. Kata al-Qa’qa’: “Beritahulah aku apakah cara perdamaian itu dan bagaimana ia boleh dilaksanakan. Demi Allah! Sekiranya kami dapat menerimanya, kita akan melaksanakannya. Jika kami tidak dapat menerima, kami tidak akan mengadakannya?”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Membunuh balas pembunuh `Uthman, jika ini tidak dilaksanakan bererti kamu telah mengabaikan al-Quran”. Jawab al-Qa’qa’: “Sesungguhnya hasrat kamu semua ingin membunuh pembunuh `Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya lebih besar daripada itu. Sepertimana kamu tidak mampu menangkap salah seorang yang memberontak kepada `Uthman di Basrah iaitu Harqud bin Zuhair disebabkan enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah `Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai”.
Hasil dari perbincangan ini, akhirnya `Aishah, Zubair, Talhah dan semua para pengikut mereka setuju untuk memberikan janji setia kepada `Ali dan bersetuju menyerahkan tugas mengambil tindakan terhadap pembunuh `Uthman kepadanya apabila keadaan mengizinkan. `Aisyah r.a pun menghantar wakilnya menemui `Ali r.a. dan memberitahu tujuan mereka ialah untuk berdamai. Kedua-dua golongan begitu gembira dengan keputusan ini.
`Ali bangun berkhutbah di hadapan tenteranya, mengingatkan mereka bagaimana Islam menyatupadukan penganutnya dan bagaimana Allah telah menghimpunkan mereka selapas kewafatan Nabi s.a.w di bawah pemerintahan Abu Bakar kemudian `Umar dan kemudiannya `Uthman. Selepas itu berlakulah apa yang berlaku disebabkan golongan yang mencari kepentingan dunia dan dengkian nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya.
Seterusnya `Ali menegaskan: “Besok aku akan pergi berjumpa `Aishah dan mereka yang bersamanya untuk berdamai, kamu semua akan mengikutiku. Namun jangan ada seorang pun yang terlibat membantu pembunuhan `Uthman turut bersamaku”. Apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut.
Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai di atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka. Lalu ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar diambil tindakan terhadap `Ali seperti yang mereka telah lakukan terhadap `Uthman iaitu membunuhnya.
Cadangan ini dibantah oleh kepala penghasut mereka iaitu `Abdullah bin Saba’ sambil berkata: “Buruk sungguh pandangan tersebut, kalau kita membunuhnya kita juga akan dibunuh. Wahai para pembunuh `Uthman! Jumlah kita hanyalah dua ribu lima ratus orang, sedangkan para pengikut Talhah dan Zubair berjumlah lima ribu orang, kita tidak ada kemampuan menghadapinya dan mereka itu mahukan kita”. Mereka terus berbincang, akhirnya `Abdullah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan terlebih dahulu supaya peperangan tetap tercetus.
Maka pada malamnya, tentera di kedua-dua belah pihak tidur dengan hati yang senang dan puas di atas keputusan yang mereka perolehi. Sebaliknya para pengkhianat yang bimbangkan kesatuan umat Islam pula tidur dengan penuh kerisauan dan keresahan. Seperti yang dirancang, sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji.
Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak dan berakhir dengan kemenangan di pihak `Ali.
(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/248-249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya bimbang di zaman ini masih ada kelompok Abdullah bin Saba yang bimbangkan perdamaian antara sesama umat Islam. Bahkan beberapa tokoh politik bukan musuh dengan jelas mempertikaikan hasrat murni tersebut. Malang lagi, terdapat juga di kalangan umat Islam mempertikaikannya sekalipun pemimpin kedua-dua pihak secara jelas telah bersetuju. Mereka ini akan berusaha sedaya mungkin agar tidak akan lahirnya perdamaian antara umat ini.
Walaupun parti-parti politik yang ada itu tidaklah boleh untuk disamakan dengan keimanan, kejujuran dan kesolehan ‘Ali, ‘Aishah, al-Zubair dan Talhah, tetapi pengajaran peristiwa boleh diambil. Jika mereka yang begitu hebat, dapat dikeliru oleh Abdullah bin Saba dan pengikutnya sehingga tergamam yang membawa kepada peperangan, siapalah kita di zaman ini? Lebihnya, kita ada bekalan sejarah mereka yang membantu kita agar lebih berhati-hati. Moga kita tidak ulangi kesilapan mereka.
Setakat ini para pemimpin utama kedua parti politik tersebut telah menzahirkan nilai-nilai tanggungjawab yang patut dipuji. Cuma kita bimbang mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, atau yang setia di belakang musuh merancang agar digagalkan hasrat untuk kedua parti ini untuk duduk berbincang dan merancang tentang masa depan umat. Mereka ini nanti akan menimbulkan berbagai kerenah supaya hasil yang positif itu tidak direalisasikan.
Jika boleh mungkin mereka akan mencetuskan sesuatu kejadian akan pertempuran sengit isu akan tercetus dan hasrat murni akan terbatal. Inilah strategi yang pernah dipraktikkan oleh Abdullah bin Saba dan pengikut. Terbukti berjaya menghancurkan cita-cita perdamaian antara ‘Ali dengan ‘Aishah. Harapan kita, agar genetik ‘Abdullah bin Saba pada zaman ini, tidak akan memperak-perandakan kita sekali lagi.
Ya memang benar, rekod pertarungan politik antara UMNO dan PAS ini bukan sedikit. Entah berapa banyak keperitan yang dirasai oleh PAS dek tindakan Umno, begitu juga sebaliknya. Serang menyerang peribadi, tuduh-menuduh dan pulau-memulau telah mencemar hubungan yang sepatutnya antara kedua parti ini. Inilah hasil daripada demokrasi ala Barat yang dalam banyak keadaan meminggirkan prinsip-prinsip syura dalam Islam.
Bagi saya, ketegangan yang menghalang untuk mereka duduk semeja selama ini, bukanlah sangat soal dasar. Tetapi ia lebih menyentuh soal perasaan, persepsi dan soal hati yang terluka. Juga mungkin kerana telah terlepas cakap, atau jaga hati pengikut atau kepentingan tertentu. Buktinya UMNO boleh duduk dengan MCA, MIC dan lain-lain parti yang amat berbeza antara mereka. PAS boleh duduk dengan Semangat 46, DAP, PKR yang ternyata amat berbeza antara mereka dari segi dasarnya. Namun, apabila adanya kepentingan yang sama, semua mereka dapat duduk semeja.
Hari ini kepentingan umat Islam lebih besar dan utama untuk dihayati sebagai kepentingan bersama PAS dan UMNO. Memang banyak sejarah pahit antara kedua parti itu. Sejarah buruk semalam diambil pengajaran, bukan lagi untuk kita ulangi. Tidak juga untuk kita terus mengingatinya sehingga terpaksa hidup dalam kesedihan lalu kita tidak berupaya lagi memandang masa depan yang gemilang.
Kita bawa sejarah pahit sebagai bekalan pengajaran, untuk kita menghadapi cabaran. Melainkan jika ada penipuan secara jelas, atau mesyuarat yang ternyata tidak tunduk kepada kaedah dan peraturan, atau jelas dari awal kesannya hanya keburukan untuk umat, maka tentu tidak wajar diteruskan.
Namun, telah ternyata umat di kala ini amat memerlukan kesefahaman antara mereka dalam saat yang sebegini untuk kepentingan semua, yang termasuk dalamnya kedua parti itu sendiri. Maka mereka mesti menelan jika ada kepahitan pun demi masa depan yang lebih baik.
Parti-parti ini mesti jadi seperti seorang ibu yang sanggup menanggup keperitan perasaan dan kesedihan silam demi masa depan anak-anaknya yang terus membesar. Kadang-kala seorang ibu terpaksa bersabar dengan kehidupan yang tidak selesa untuknya, tetapi demi hari esok yang bahagia untuk anaknya, dia telan jua.
Para pejuang juga begitu. Betapa banyak mereka terpaksa mengharungi keperitan hidup, tohmahan, ejekan, makian, penghinaan, sangkaan buruk dan berbagai lagi hanya semata untuk membawa obor cahaya agar menerangi perjalanan orang lain. Hanya yang harapkan atas pengorbanan itu syurga Allah di Hari Akhirat kelak.
Para pemimpin yang ikhlas juga terpaksa menanggung perkara yang tidak disukai, demi kebaikan pengikut mereka. Allah berfirman kepada Nabi s.a.w: (maksudnya): “Maka dengan sebab rahmat daripada Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari mendampingimu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. (Surah Ali ‘Imran: ayat 69).
Dalam ayat ini jelas Allah mengingatkan Rasulullah s.a.w agar janganlah kesalahan dan kesilapan pengikut baginda itu menghalang baginda untuk terus bermusyuarat dengan mereka dalam perkara-perkara yang wajar untuk diperbincangkan bersama. Begitulah sepatutnya kita semua.
Jika para pemimpin kedua-dua itu nanti berunding dan berbincang agar mereka dapat memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah, tentulah perundingan itu mendapat berkat dan rahmat. Jika ada yang berunding untuk menjaga kerusi dan pengaruh dalam politik, maka itulah nanti akan menjadi punca kegagalan. Walaupun mereka ada perbezaan dan perasaan yang tersimpan, namun memang nostalgia itu dikenang, tapi masa depan hendaklah dipandang.