7.18.2008

Komen Kamal Affandi

. 7.18.2008



KUALA LUMPUR 17 Julai – Ujian asid deosiribonukleik (DNA) tidak boleh dimanipulasikan kerana ia adalah ujian saintifik yang diterima di mahkamah sebagai bukti keterangan yang tidak boleh disangkal.

Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, ujian DNA yang dijalankan di negara ini mahupun di seluruh dunia adalah ujian yang diiktiraf memandangkan ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa.

Katanya, dalam kes jenayah, ujian DNA bukan sahaja dijalankan bagi mencari pesalah tetapi juga untuk membuktikan seseorang itu tidak bersalah.

“Ramai yang tersalah anggap bahawa DNA hanya boleh digunakan untuk membuktikan seseorang itu bersalah sedangkan ia juga boleh menentukan seseorang itu tidak bersalah.

“Jadi tidak timbul isu bahawa seseorang itu enggan melakukan ujian DNA kerana khuatir ia dimanipulasikan pihak tertentu terutama polis.

“Ujian DNA tidak dijalankan oleh polis sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak Jabatan Kimia. Keputusannya tidak boleh dimanipulasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamal Affandi berkata, ujian DNA yang dilakukan akan menghasilkan keputusan yang 99.9 peratus tepat dalam menentukan identiti individu.

Jelasnya, walaupun di Malaysia, tiada undang-undang yang boleh memaksa seseorang suspek menjalani ujian DNA, masyarakat boleh menentukan secara rasional alasan seseorang itu enggan menjalani ujian tersebut.

Kenyataan DSAI

Berhubung laporan polis yang dibuat Mohamad Saiful Bukhari terhadapnya, Anwar menjelaskan sehingga kini pihak polis gagal menyerahkan satu salinan kepada beliau.

“Kalau pun di beri sekarang apa jaminan laporan polis tersebut tidak dipinda oleh polis.

“Bakri berkata polis menjalankan tugas mereka secara professional tetapi laporan polis pun tidak diberi walaupun beberapa kali kami minta, adakah ini professional?,” tanya Anwar.

Penulis ;

Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim patut memberi komen tentang salinan laporan polis yang DSAI dan peguam tidak diperolehi hingga kini, sedangkan rakyat boleh mendapatkan salinan polis tersebut dengan hanya RM2.00 dengan menyatakan polis report no berapa..apa yang nak disorokan apakah benar ada konspirasi...apa Kamal Affandi nak jadi polis balik ke atau ditawarkan jawatan tinggi kamu dah berada dalam NGO cukup baik dah dari jadi polis barua UMNo tu lu fikirlah sendiri


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Anonymous said...

Saudara bercakap kepada saya ya? Saya boleh terangkan.

Begini, salinan polis yang dibuat oleh kita sendiri memang boleh beli. Yang dibuat oleh pihak lain tak boleh. Kalau mahu juga, kena tunggu proses pertuduhan di mahkamah dimana anda bukan sahaja dapat salinan repot itu tetapi juga salinan keterangan, gambar dan lain lain. Ini prosedurnya.

Kalau rasa berat sebelah proses ini, minta ahli parlimen2 mengubahnya kerana mereka yang menggubalnya.

Kedua, saya tidak ada kroni. Kerajaan Kelantan pun dah panggil saya bagi ceramah 2 kali. Baru baru ini PKR Selangor panggil pun saya pergi. Saya tidak memusuhi atau berpihak kepada sesiapa walaupun tak seorangpun dari mana mana pihak pernah hendak membantu saya dari dulu hingga sekarang.

Dalam masa yang sama, saya harap saudara, sebagai seorang muslim, dapat menggunakan perkataan yang sopan sedikit sebagai teladan kepada saya yang jahil ini dan lain lain pembaca ya.

kamal fnd hashim
019-2109999

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com