7.16.2008

Berita terkini dari Utusan Meloya

. 7.16.2008


ANWAR DITAHAN POLIS

KUALA LUMPUR 16 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berhampiran kediamannya di Segambut dekat sini pukul 1 tengah hari ini.

Difahamkan sepasukan anggota komando lengkap dengan topeng dan jaket memintas kereta Anwar di simpang berdekatan rumahnya sekembali beliau daripada memberi keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. – Utusan, 1:20pm

ANWAR TIBA DI IPK KL PUKUL 1.15 TENGAH HARI

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan kenderaan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini untuk memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkannya tepat pukul 1.15 petang ini.

Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar untuk hadir memberi keterangan di IPK sebelum pukul 2 petang ini atau berdepan dengan tindakan ditahan selepas polis mengeluarkan waran tangkap. – Utusan, 2:02pm
WAN AZIZAH KESAL CARA ANWAR DITAHAN

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis kira-kira pukul 1 petang ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut, sekembalinya daripada ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.

Ketua Pembangkang itu berkata, suaminya memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon daripada dalam kenderaan polis ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. – Utusan, 2:18pm

Mawi gagal hadir di Bukit Aman

KUALA LUMPUR 16 Julai – Penyanyi terkenal, Asmawi Ani atau Mawi hari ini gagal hadir ke Bukit Aman untuk menjelaskan tindakannya memakai pakaian uniform polis baru-baru ini.

Mawi dan wakil KRU Film yang menerbitkan filem Jin Notti, dipanggil oleh Cawangan Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ekoran tindakan penyanyi itu menggayakan pakaian polis dalam sesi fotografi baru-baru ini.

Beliau dijadualkan hadir di unit berkenaan pada pukul 1.30 petang tetapi sehingga pukul 5.50 petang ini, Mawi dan wakil KRU Film langsung tidak muncul - Utusan, 5:56pm

Musa enggan komen penahanan Anwar

SEPANG 16 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas mengenai cara polis yang menggunakan pasukan komando bertopeng untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang ini, Musa tidak mahu menjawab sebarang soalan mengenai penahanan Anwar berhubung kes liwat itu.

Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:

“Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng.”Utusan, 6:00pm

Jangan terpengaruh khabar angin perhimpunan

KUALA LUMPUR 16 Julai – Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub meminta semua penyokong pakatan pembangkang supaya bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin kononnya akan diadakan perhimpunan membantah penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, khabar angin sedemikian tidak boleh dipercayai kerana sebarang arahan mesti dikeluarkan oleh pemimpin atasan pakatan berkenaan.Utusan, 7:01pm

KDN nafi Anwar dikasari

KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa polis bertindak kasar ketika menahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, perkara itu tidak berlaku kerana Anwar telah memberikan kerjasama ketika ditahan dan beliau juga memasuki kenderaan polis secara sukarela. Utusan, 7:01pm

Bersambung lagi nanti....mahu solat dan makan malam..


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com