7.21.2008

Kepentingan Islam diutamakan, bermuzakarahlah dulu..

. 7.21.2008



"Assalamualaikum,,..

Ana terpanggil untuk turut sama menyertai muzakarah 'peringkat awal' ini kerana beberapa perkara.Ada reaksi bercampur baur berkaitan muzakarah yang diwar warkan akan berlaku diantara PAS dan UMNO.Nampaknya perancangan untuk mengalih perhatian kepada kebobrokan dan kebangkrapan idea berkaitan debat DSAI-DSC serta kes liwat DSAI berjaya di peringkat awal ini.Merata rata orang bercakap pasal muzakarah sehingga menenggelamkan isu debat dan kes liwat DSAI.Apakah ini petanda UMNO menghampiri zaman kehilangannya?

Sebelum PRU dulu ana ada menulis mengenai masa depan RUNNNER POLITIK UMNO dan selepas PRU ana kembali membangkitkan perkara yang sama tetapi ana olah semula istilah RUNNER kepada PENCACI UMNO.Barangkali apa yang cuba ana sampaikan tidak kesampaian.Oleh itu suka ana ulangi sekali lagi dengan harapan kita semua faham bahawa di sana akan terpadat satu golongan yang akan terbiar dan menjadi beban kepada PR bilamana memerintah nanti.Ana harap agar semua dapat memahami kemungkinan ini terutama mereka yang cepat melenting dengan isu muzakarah yang dibuat semata mata untuk mengalihkan perhatian kita semua kepada permasalahan sebenar rakyat jelata.

Umum tahu komposisi keahlian UMNO terdiri dari pemimpin yang suka merompak dan ahli ahlinya yang jadi seperti kerbau kekenyangan dengan suapan rumput dari tuannya(pemimpin).Mereka ini tidak akan dapat hidup berdikari apatah lagi kalau ditinggalkan bersendirian.Mr.persen,tukang lobi dan ali baba antara cara mereka mencari makan.Lantaran itu,dengan polisi samarata PR ,kemungkinan besar golongan ini tidak akan mampu bersaing.Dengan menggunakan hak keistimewaan melayu mereka mencuri hak rakyat,dengan ketuanan melayu mereka hidup goyang kaki dan mendapat hasil dari kerja atas angin.Kesemua perkara ini bakal menjadi beban yang besar kepada kerajaan PR nanti.

Jadi apa tindakan kita? kerana di sana yang akan turut menjadi korban kepada kegiatan mereka ialah keluarga dan anak anak mereka.Apakah kita mahu melihat sahaja kesengsaraan yang bakal dihadapi mereka?Atau apakah kita sanggup terus menerus memberi subsidi kepada mereka?Inilah antara perkara yang perlu dipertimbangan dalam masa kita gahirah menuntut perubahan.

Pandangan jauh ini pula menyedarkan kita bahawa kembali kepada ajaran Islam merupakan pilihan yang betul.Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada sesiapa jua yang inginkan perubahan untuk memulakan usaha agar golongan ini diseru kembali kepada ajaran Islam.Barang diingat ada dikalangan golongan ini mungkin saudara kita yang sewajarnya tanggungjawab itu terpikul di bahu kita.

PAS sekalipun tegas menyatakan akan kekal bersama PR patut disokong bilamana pada masa yang sama menemui UMNO untuk menyatakan betapa mereka telah jauh terpesong dari ajaran Islam sekaligus mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam.Inilah intipati wawancara Tok Guru yang perlu difahami bersama.Kenyataan pertemuan dengan PM pula perlu difahami merupakan sebagai usaha untuk mengajak saudara saudara kita kembali kepada ajaran Islam dan hidup dalam kawalan carahidup Islam.

Tetapi malangnya, pertemuan ini nampaknya dimanupulasikan oleh UMNO yang mungkin datang dari Think tanknya,BTN.Dan lebih malang lagi bilamana manupulasi ini turut disertai oleh pendokong sendiri dengan berbagai bagai reaksi yang kalau dihalusi lebih dipengaruhi oleh emosi.UMNO yang terkenal dengan sikap"pulling the leg" mengulangi lagi sikap tersebut.Kenyataan PM bahawa antara yang dibincangkan ialah Islam tidak harus dipolitikan jelas satu pembohongan.Kita tahu benar ungkapan sebegini menjadi ungkapan biasa bagi pemimpin UMNO tetapi merupakan satu yang terang lagi bersuluh ditolak oleh pemimpin PAS.Tidak akan ada pemimpin PAS apatah lagi ust Nasarudin akan menyatakan sedemikian.UMNO seolah melihat PAS sama seperti mereka.Perkara ini harus difahami dan didalami.Begitu juga penglibatan Cikgu Pa yang dilihat sebagai seorang pemimpin yang gila kuasa hanya mainan UMNO yang nampaknya mudah dibeli.Sepatutnya kita sebagai pendokong perjuangan suci ini mengkaji dan mendalami berita ini apatah lagi sejarah politik Cikgu Pa sendiri tidak memperlihatkan beliau seorang yang gila kuasa.Lagipun apalah yang ada dalam PAS yang didokongi sekian lama oleh Cikgu Pa.Barangkali perbandingan dengan EZAM boleh memberi jawapan samaada Cikgu Pa benar benar gila kuasa.

Barang diingat mandat hanya diberi oleh parti kepada 3 orang yang memegang jawatan tertinggi untuk menemui UMNO dan menyatakan seruan supaya kembali kepada ajaran Islam.Tidak benar sama sekali pertemuan itu untuk tujuan bergabung.Begitu juga peringatan dari TGNA bahawa perbincangan kalau ada mesti atas kapasiti peribadi bukan parti serta syarat untuk bermuzakarah yang mesti dipatuhi UMNO sekalipun PM cuba mempengaruhinya dengan menyatakan sukarlah kalau ada syarat.

Presiden PKR pula telah menyatakan persetujuannya dengan pertemuan ini yang menjelaskan kepadaa kita PAS tidak melakukan sesuatu di belakang kawan.Semuanya jelas cuma bila diputar belit oleh UMNO yang memang pakar putar belit maka inilah jadinya.Mereka boleh buat turn around 360 darjah bila bila masa diperlukan.Muzakarah melenyapkan debat dan liwat DSAI.Tetapi semuga kita semua tidak hilang fokus kepada perjuangan sebenar dan tidak lupa bahawa hari ini bila mengisi minyak kereta perlu diisi lebih dari biasa.

Sekian."


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com