7.27.2008

Strategi TGNA

. 7.27.2008



Dua hari lepas Presiden UMNO berkata‚ muzakarah [ orang – orang UMNO masih nak pakai perkataan MUZAKARAH , walaupun PAS dah tukar ke nama MUQABALAH ] yang bakal diteruskan pada masa – masa akan datang , boleh diluaskan skop dan tajuk serta topik perbincangannya, dimana boleh juga merangkumi soal politik.

Apa maknanya ?

Walaupun kenyataan awal yang terdahulu Presiden UMNO , menegaskan perbincangan berkisar kepada soal agama , iaitu islam yang tidak harus dipolitiikkan.

Selepas satu minggu daripada kenyataan pertamanya , toipiknya sudah cuba dibawa ke satu tajuk yang sensitive , iaitu soal politik , yang mana PAS tidak menyatakan minat yang tinggi , kerana TGHH sudah menegaskan dengan nada tegas dan keras , PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat.

Ada percubaan secara sangat halus untuk mengheret PAS ke dalam Barisan Nasional , melalui “MUZAKARAH“ atau MUQABALAH ini , iaitu ekoran daripada kenyataan Presiden UMNO ini.

Namun begitu , Tok Guru Nik Aziz lebih cepat menghidu muslihat Presiden UMNO , lantas mengemukakan cadangan supaya UMNO dibubar , begitu juga dengan PAS turut sama dibubarkan , dan sebuah parti baru yang berteraskan islam ditubuhkan , bagi orang -orang Melayu dan juga untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

Inilah perangkap maut untuk UMNO.

Adakah UMNO akan bersetuju ? Jawapannya : Besar kemungkinannya sudah pasti tidak

UMNO yang ingin memerangkap PAS , menerusi MUZAKARAH.

PAS yang memerangkap UMNO , melalui MUQABALAH

Dalam kes ini , kesudahannya kejujuran dan keikhlasan kedua – dua pihak , khususnya UMNO , yang akan menentukan MUQABALAH benar- benar akan dapat dijayakan berterusan atau tidak.

Nota

i. Masih jauh lagi perjalanan bagi muqabalah untuk dilaksanakan dan mencapai matlamatnya

ii. Tidak diketahui berapa ramai daripada rakyat Malaysia , sedar dan cakna , banyak lagi urusan - urusan pentadbiran dan halangan - halangan yang perlu diatasi

iii. Tahap syak , ragu dan prasangka masih tebal

iv. Kedua - dua pihak terlalu sangat berhati - hati


Cadangan bubar UMNO dan Pas akan dibawa ke Muktamar Pas - Nik Aziz

27/07/2008 3:35pm KOTA BHARU 27 Julai — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan beliau supaya Pas dan UMNO dibubarkan bagi membentuk satu parti baru akan dibawa ke Muktamar Tahunan Ke-54 parti itu di Ipoh, Perak pada 15 hingga 17 Ogos depan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada perwakilan Pas dari seluruh negara berhubung cadangan itu.

“Kita akan bawa usul ini ke muktamar dan saya juga akan menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Indusri Halal Nasional, di sini, hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya kedua-dua parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.- Bernama



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com