7.18.2008

Komen anak petani negeri johor

. 7.18.2008



assalamualaikum semua...

Pertama sekali secara ihklas aku beritahu, sebenarnya aku asalnya dari pihak UMNO atau kerajaan sebelum ini.Tetapi selepas menonton debat live Anwar vs shabery chik.Aku rasa aku berada ditempat yang salah.Malah aku dan sekeluarga sebelum ini adalah penyokong kuat UMNO.Kesan langsung dari debat tersebut, aku sekeluarga malah ada rakan2 keluarga aku yang lain menonton bersama sudah merasakan kedudukan kami sebenarnya berada pada landasan yang salah.

Aku nak berterima kasih dekat shabery chik sebab berani mengajak DSAI berdebat secara langsung dan dipertontonkan kepada semua rakyat.Sebenarnya debat secara langsung ni tidak disukai oleh UMNO dari dulu lagi bila mana pihak pembangkang sering mengajak kerjaan mengadakan persidangan atau debat secara terbuka kepada rakyat tetapi pihak kerajaan sering membisu.Baru aku tahu kenapa kerajaan tolak, sebab kerajaan bimbang kelemahan kepimpinan kerajaan yang lemah diketahui oleh rakyat!

Terus terang aku cakap, kami sekeluarga tidak celik pembangkang sebab di kawasan dipelopori oleh golongan kerajaan.Tetapi sejak live debat, baru kami tahu, satu kampung tahu, satu daerah tahu yang kami sebenarnya yang kami salah.

nak tahu tak, selepas debat tu, kedai kopi kampung kami penuh dan semua orang banyak tak pergi kerja menoreh getah.semua sembang pasal debat.hasilnya, rata-rata penduduk kampung telah sebulat suara hendak menyokong anwar.malah kalau kerajaan buat balik pilihanraya, mereka akan menyokong anwar 100 percent.Sebab, mereka kata, debat tesebut membuktikan anwar lebih prihatin terhadap masalah rakyat berbanding kerajaan yang banyak menjaga buntut sendiri.

di sini, aku melahirkan rasa kekesalan kerana tidak menyokong anwar sebelum ini, tapi hati aku sekarang dah berubah sebab memikirkan pentingnya pemimpin yang berjiwa rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat secara spesifik sehingga menceritakan tahap harga bawang, ikan dsb untuk rakyat.sebelum ni kerajaan hanya cakap pembangunan, dibuatnya pembangunan tetapi tidak dirasai oleh rakyat secara total.habya segelintir sahaja.kami amat tersentuh bila anwar beritahu ' apa salahnya kerajaan beri subsidi satu billion untuk turunkan harga minyak 50 sen utnk bantu rakyat'.seolah-olah rakyat keutamaan anwar. disini aku luahkan rasa hati sebab aku rasa bersalah terhadap prasangka buruk terhadap anwar.aku harap dia maafkan kami semua.

sekian..
dari anak petani.

Ulasan penulis :
Apa tunggu lagi..teruskan usaha jadikan Negeri Johor kubu Pas dan PKR bersama-sama membantu Sdra kita di sana sdr Khairul Faizi..gelombang reformasi bermula


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com