7.21.2008

Datuk Fauzi Abd Rahman keluar UMNO

. 7.21.2008



Desas desus bahwa Datuk Fauzi Abd Rahman keluar UMNO sudah menjadi kenyataan beberapa jam tadi. Ia diumumkan bersama program Jelajah Anwar di Kuantan dihadapan kira-kira 30 ribu rakyat yang menghadiri ceramah itu.

Bekas S/u Parlimen dan Timbalan Menteri Penerangan, Bekas AHLI MT UMNO, Ahli Parlimen Kuantan dan bekas ADUN Baserah ini terkenal dengan keberaniannya pernah mendedahkan kepincangan UMNO di zaman Tan Sri Khalil Yaakob menjadi Mentri Besar Pahang.

Dalam aduan itu, beliau mendakwa Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika menjawat Menteri Besar Pahang antara 1986 hingga 1999

Ulasan : No2UMNO

Dato Fauzi yang kami kenali sewaktu ana berkerja di Kuantan dahulu sangat tegas orangnya...lebih kurang Dato Shahril Samad dalam UMNO kalau dia tak puas hati tetang sesuatu dia cakap lepas aje terutama yang melibatkan rakyat di Beserah..krisis balak dengan Menteri Besar Pahang dulu iaitu Dato Khalil Yaakob membuatkan di tenggelam dalam persada arus politik Pahang..nampaknya dia dah bangkit kembali moga jadi macam Ibrahim Ali di Pasir Mas, Kelantan...


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com