7.16.2008

Anwar ditahan mengikut Seksyen 377A, kes liwat

. 7.16.2008


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat, kata peguamnya Sankara Nair.

Katanya, sehingga jam 2.50 petang tadi, Anwar yang ditemani seorang lagi peguam, R Sivarasa, sedang memberi keterangan kepada polis selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada jam 1.10 tengah hari.
“Polis selepas ini akan memohon kepada mahkamah bagi perintah reman selama 24 jam atau tidak melebihi 14 hari terhadap Datuk Seri Anwar bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di IPPKL di sini hari ini.


Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar sudah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.

Sankara berkata Anwar ditahan pada jam 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, kira-kira 50 meter dari rumah Anwar di Segambut, sebelum diiringi ke IPKKL.

Beliau yang turut berada bersama Anwar ketika itu mendakwa polis tidak mempunyai dokumen rasmi atau surat perintah ketika menahan Anwar.

Pemandu Anwar, Abdullah Sani Said, 49, berkata ketika ditahan, Anwar sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya sambil diiringi dua peguamnya itu, selepas selesai memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya, berhubung laporannya mengenai pemalsuan fakta oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap kepada pemberita ketika sedang menunggu di IPKKL, Abdullah berkata kira-kira 20 anggota polis yang berpakaian seragam menahan kenderaan yang dipandunya sebelum mereka memaklumkan kepada Anwar tujuan mereka tanpa bertindak kasar terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Mereka hanya kata nak ambil Datuk Seri (Anwar) untuk bawa ke IPKKL untuk siasatan. Datuk Seri ada tanya mereka ada surat tak, tetapi polis kata tak ada,” kata Abdullah yang telah bekerja untuk Anwar selama 25 tahun. - Bernama


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com