8.05.2008

Antara seorang PATRIOT dan seorang MUJAHID

. 8.05.2008


Bila bangsa dan negara ini dijajah maka lahirlah sekumpulan anak watan yang berjuang membebaskannya. Ideologi nasionalisme menjadi akidahnya dan terciptalah hamba-hamba yang dinamakan Patriot.

Ramai yang keliru dan tidak faham erti sebenar perjuangan dan prasyarat seorang pahlawan itu. Maka sesiapa sahaja yang berjuang atas nama negara kekal disanjung sebagai patriot dan yang tidak menuju ke arah itu digelar dengan pelbagai gelaran.

Kadang kala kita juga terasa amat kerdil bila hanya menumpukan pengiktirafan patriot itu pada babak cintakan negara sahaja, walhal selayaknya jiwa patriot itu diangkat ke singahsana perjuangan yang lebih jauh iaitu sebagai seorang mujahid.

Wajah kebanyakan patriot itu didisiplinkan dengan semangat kenegaraan sahaja dan matilah mereka untuk sebuah negara kerdil ini. Setiap 31 Julai mereka akan dikenang dan terus dikenang. Mayat mereka sudah sebati menjadi tanah. Anak cucu mereka sudah pun dewasa dan melupaikan darah patriot yang mengalir ditubuh mereka.

Hari ini, darah warisan itu berjuang pula dalam konteks ekonomi dan patriotismenya dinilai dari kayanya hartanya atau banyaknya sumbangan sosio-ekonominya pada negara.

Bagaimana pula bagi mereka yang memilih jalan yang lebih besar iaitu jalan mujahid. Kenapa tiada suatu pun saat istimewa untuk meraikan sumbangan mereka. Para mujahid ini bukan sahaja berjuang untuk tanah sekangkang kera ini. Mereka berjuang untuk memartabatkan akidah dan akhlak kemanusian di dunia yang lebih universal.

Mereka berjuang untuk keadilan dan matlamat syahid mereka hanyalah untuk bertemu Allah. Kisah-kisah mereka banyak disimpan di balik-balik penjara. Mereka berjuang tiada sempadan. Di mana saudara Islam mereka digilis, disembelih dan dibunuh mereka akan hadir untuk membela.

Pulangnya mereka ke tanahair. Mereka tidak digelarkan Patriot. Mereka hanya dilabelkan sebagai pengganas. Apakah membela saudara muslim itu suatu keganasan. Apakah menentang akidah zalim kaum musyirikin itu suatu jenayah.

Di negara ini, rakyat dirasuk dengan momento yang negatif terhadap perjuangan para mujahid ini. Pulangnya mereka ke tanah air akan diganjari dengan tirai-tirai besi yang mengasingkan mereka dari keluarga dan saudara mara.

Inilah yang berlaku. Dalam negara bangga meraikan 12 Rabiulawal saban tahun, pemimpin negara lupa pada perjuangan Rasulullah. Detik dakwahnya tidak berhenti dikamar pusaranya.

Para sahabat bergalang ganti memimpin jalan dakwah baginda. Dari mimbar hinggalah ke medan perang. Dimana saudara Islam mereka diganyang, disitulah Umar mengirimkan tentera, dimana saudara Islam mereka dibunuh dan diperkosa di situlah Salahuddin Al-Ayubi memimpin mujahidnya.

Maka, apakah beza mujahid zaman silam dan masa kini. Apakah hinanya mereka terhadap kepentingan barat. Roh Nasionalis yang ditanam oleh penjajah masih berjaya mengongkong pemikiran anak bangsa negara ini untuk bersikap pentingkan diri.

Setiap warga dididik untuk berjiwa patriotik dan bukannya mujahid. Patriotik yang hanya penting diri dan sisi sempadan negaranya sahaja. Ini sungguh memalukan kerana dunia Islam semakin dihimpit, sedang umatnya masih dalam gelandangan patriotisme.
Isme-isme yang khurafat ini harus dijahanamkan bagi mengembalikan roh mujahid yang sebenar. Kita berjuang tanpa sempadan kerana akhirat itu begitu dekat dengan laman hidup kita. Jangan biarkan maruah insan dan Islam itu dihinakan. Bangkitlah membawa roh perjuanganmu ke medan yang lebih luas lagi.

Artikel menarik untuk dibaca dari HermanShamsudeen


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com