8.21.2008

Pelajar UiTM kena tipu! Ha! Ha! Ha!

. 8.21.2008


Artikel Oleh melayunett

" Pelajar UiTM tertipu apabila UMNO mengumumkan bahawa tindakan akan dikenakan ke atas mereka kerana berdemonstrasi secara haram. Keseronokan mereka berdemonstrasi yang ditambah dengan kepuasan tidak perlu hadir ke kelas (dapat pelepasan) berkecai apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron memaklumkan tindakan akan diambil ke atas mereka.

Mungkin benar kata orang ramai, pelajar UiTM bagaikan lembu UMNO. Selepas puas dikerjakan, disembelih pula.


Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya 10 peratus kuota universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera kini berdepan tindakan disiplin.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada lembaga tatatertib universiti berkenaan berhubung bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang bertanggungjawab menganjurkannya.

"Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

"Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu.

Baru-baru ini, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam untuk membantah cadangan membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Tindakan itu disusuli oleh sokongan pelajar UiTM di beberapa tempat di seluruh negara yang turut mengadakan protes berhubung isu sama.

Idris berkata, tindakan pelajar mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu hanya akan mengganggu ketenteraman awam.

"Saya ingin mengingatkan pelajar di universiti tempatan lain supaya tidak mengulangi tindakan sama seperti dilakukan pelajar UiTM pada masa depan ketika berdepan dengan sesuatu isu.

"Banyak cara dan saluran yang boleh digunakan pelajar universiti untuk menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya desakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) supaya kerajaan mansuhkan AUKU, beliau berkata, ia mustahil untuk dipenuhi.

"Kerajaan hanya akan melakukan pindaan kepada 30 perkara membabitkan AUKU. Antaranya membabitkan kuasa menteri, tatatertib dan pembabitan pelajar dalam pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Pindaan AUKU akan dibacakan kali kedua dan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan sebelum diluluskan," katanya.


Kesian betul budak UiTM yang kini dilabel sebagai lembu UMNO. Tapi, bukan semua. Masih ramai yang tak setuju dengan UMNO tetapi terpaksa low-profile untuk elak dikenakan tindakan oleh proksi UMNO No.1, Ibrahim UMNO Shah.
"

Ana rasalah dan korang agak mamat di atas ni patut kena buang UITM ke..memalukan UITM sahaja..dahla kepala senget ..anak buah pun kepala senget terlebih pulak hensem tu..hempehh..bagi kat nenek ana la jadi NC kah ! kah! Kah! ana tak leh nak taip ni..ketawa sorang-sorang. Tolong lah...keluaq air mata ni ketawa..siluncai misai tebai terjun dengan labu-labunya...kah kah kah...


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

Anonymous said...

inilah dikatakan cepat melatah..:))
baru cadangan..dah lebih2 nak demo..
kan dah kene amik tindakan disiplin..
kalau nk diikutkan..
bukan dorang paham pun ape yang terjadi..
Demo semata kononnya nak mmpertahankan hak org melayu..
tapi perangai masing2 mengalahkan barat..

Anonymous said...

ha ha ha

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com