8.03.2008

Minyak ikut pasaran

. 8.03.2008


Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 1 Ogos – Berkuat kuasa 1 September depan, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan minyak, manakala subsidi yang diberikan oleh kerajaan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan dasar itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit baru petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.


Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengkaji secara teliti pola menurun harga minyak mentah dunia kebelakangan ini yang telah turun kepada AS$122 setong pada 29 Julai lalu berbanding harga tertinggi AS$148 setong pada awal bulan itu.

“Kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” kata Perdana Menteri.

Dengan langkah itu, harga petrol berkemungkinan naik atau turun mengikut harga minyak di pasaran dunia.

Abdullah memberi jaminan pada 11 Jun lalu bahawa harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.

Pada 5 Jun lalu, kerajaan mengumumkan penstrukturan semula subsidi minyak ketika harga minyak mentah di pasaran dunia sekitar AS$125 setong.

Langkah menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya.

Pada paras harga tersebut, kerajaan menetapkan subsidi petrol adalah 30 sen seliter dan harga runcit petrol akan diselaraskan dari semasa ke semasa dengan menetapkan subsidi petrol sentiasa pada tahap 30 sen seliter.
Secara keseluruhan bagi bulan Jun, harga purata minyak mentah adalah AS$132 setong dan kerajaan terpaksa menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter.

Sepanjang bulan Jun, kerajaan terpaksa menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com