8.13.2008

Isytihar "jihad" menghancurkan insan Muslim

. 8.13.2008




Malaysian ruling party women declare 'jihad' against Anwar.

KUALA LUMPUR (AFP...baca di sini) — The women's wing of Malaysia's ruling party has reportedly declared a "jihad" or holy war to prevent opposition leader Anwar Ibrahim returning to parliament in a by-election this month.

"It is a jihad because this individual should not be given the chance to destroy the country's political stability and prosperity," women's wing deputy chief Shahrizat Abdul Jalil said according to The Star newspaper.

Masyaallah..apa sudah jadi ni kak Shahrizat.. Bawa-bawalah bertaubat..Anwar tu makhluk Allah jua, kita semua dijadikan oleh Allah dengan cukup sifat, darah merah. Saya tidak nampak darah Anwar tu warnanya hijau atau biru muda. Janganlah kerana prinsip berpolitik, akal dikuasai dengan nafsu.

Jihad adalah satu perkataan yang sangat mulia disisi Islam. Lihat dalam Wikipedia, Jihad an Islamic term, is a religious duty of Muslims. In Arabic, Jihad means "strive" or "struggle". Jihad appears frequently in the Qur'an and common usage as the idiomatic expression "striving in the way of Allah (al-jihad fi sabil Allah)". A person engaged in jihad is called a mujahid, the plural is mujahideen.{Tak faham, buka kamus}

Apakah Anwar benar-benar sudah "murtad" atau menjadi "Yahudi" hingga perisytiharan ini dibuat. Nampaknya UMNO telah memulakan perang suci (Holy War) keatas individu kerdil bernama Anwar. Benarkah beliau begitu memberi ancaman sehinggakan UMNO begitu kecut perut, takut, panik, gementar, keliru atau sudah kepupusan. Adakah UMNO gentar atas Deklarasi Permatang Pauh yang terbit pada pilihanraya terdahulu.

Sayang seribu kali sayang..pengikut Syarizat yang kini bersuara cuma tinggal beberapa kerat sahaja. Yang lainnya masih dengan urusan duniawi, sibuk mengejar pangkat dan kuasa, memikir cara untuk meloloskan diri dari kecaman dan cemuhan rasuah. Masing-masing alpa dengan kerenah sendiri termasuk Pak Lah yang sendiri pun tidak yakin kepada kemenangan berstatus jihad ini.

Pak Lah sendiri dan pencacainya semakin rajin berurusan ke Pantai Timur Sabah dan Sarawak yang dahulu jarang sekali dijejaknya. Mungkin laungan 16hb September makin menjadi kenyataan. Pak Lah takut untuk mengambil tindakan terhadap SAPP kerana majoriti rakyat Sabah bersetuju dengan SAPP. Mungkin ada benarnya Pak Lah cuba memujuk rakyat Sabah dan Sarawak untuk terus bersama Barang Naik (BN).

Cukup-cukuplah tu, insaflah. Cakap biarlah berlapik, jangan kerana brother anwar seorang...satu Malaysia dihasutnya untuk menentang dan diperkatakan ianya sebagai Jihad yang merupakan ibadah paling Agung umat Islam.

Nota kaki; Ana rela berjihad menentang penjajahan Palestine. Tiada yang paling agung dan mulia dari mati berjihad, moga Allah menyempurnakan cita-citaku ini.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com